Tuesday, November 24, 2009

ulangtahun Perkahwinan ke 14 ...



tanggal 24 November 1995 termeterinya janji setia dalam satu ikatan perkahwinan bersaksikan kaum keluarga dari kedua belah pihak. Maka bermulalah perjalanan hidup kami sebagai pasangan suami isteri juga pasangan kekasih yang sah disisi syarak ...

Segalanya bemula dari 0 dari A dengan Hanya berbekalkan doa harapan dan rahmat Allah serta peringatan dariNya .. firman Allah dalam al-Quran, Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

kini .. 14 tahun telah berlalu dengan penuh kesederhanaan dan kebahagiaan. Sedikit tips buat pengunjung ;

1. Jadikan Allah tempat pergantungan mutlak dalam mengukuhkan hubungan suami isteri,
2. Terimalah pasangan seadanya dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya.
3. Berusaha untuk saling lengkap melengkapi dalam segala perkara dan tindakan
4. Kuasai kemahiran komunikasi berkesan kerana ia asas dalam hubungan sesama kita
5. Sabar dan jadilah pemaaf dan sedia memaafkan sesama pasangan
6. Sedia untuk berubah dari segala kelemahan diri ke arah yang lebih baik
7. Banyakkan " memberi" dari hanya sentiasa mengharap untuk menerima sesuatu dari pasangan. Cth ; beri sokongan, beri galakan, beri bantuan dan pertolongan, beri nasihat dan bimbingan


catatan

syukur atas segala kurniaanNya.
SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 14 buat isteri tersayang

2 comments:

Anonymous said...

salam aidiladha bt ustaz sekeluarga....saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 14 bt ustaz dan ustazah....semoga berbahagia hingga ke akhir hayat,dilimpahkan rahmatNYA dan dimurahkan rezeki...tahniah jgk bt adq maryam husna atas kecemerlangannya dlm UPSR...smg Allah sentiasa mempermudahkan segala urusannya...aminn..

pai2u-ustazfadzlan.blogspot said...

Selamat menyambut ulang tahun perkhawinan yg ke 14..semoga berbahagia hingga akhir hayat..lebih dimurahkan rezeki..insyaallah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails