Friday, October 30, 2009

kem membaca 1 malaysia

Jumaat 30 oktober

Pagi ni diadakan pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia di dataran Informasi. Sebaik saja selesai doa dan nyanyian lagu Sekolah, Negeri dan Negaraku , acara diteruskan dengan ucapan aluan pengerusi pelaksana program diikuti perasmian oleh tuan Pengetua dan pengisian slot atau program iaitu ulasan buku oleh Ustaz Ahmadi Abas berjudul " Catatan Seorang Lelaki"



Ucapan alu-aluan oleh pengerusi pelaksana


Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua


Resensi buku berjudul : " Catatan Seorang Lelaki "
Program akan terus berjalan sehingga 6hb November hadapan. Dengan kesibukan pelajar mengduduki peperiksaan akhir tahun 2009, tumpuan sudah tentunya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang telah selesai menjalani peperiksaan PMR mereka ..




Monday, October 26, 2009

Karangan bahasa arab Aidil Adha

Karangan seterusnya sempena sambutan Aidil Adha ... berikut antara sisi penting boleh diguna pakai untuk menjawab soalan ini.



Bagaimana kamu menyambut hari raya ? kami menyambut hari raya ........

pertama ; dengan bertakbir

kedua ; pergi ke masjid untuk menunaikan solat

ketiga ; minta maaf dari kedua ibubapa @ antara rakan dan guru

keempat ; bersalaman dengan kedua ibubapa dan menciumnya @ demikian para guru

kelima ; kami saling bertukar ucapan tahniah di pagi hari raya

keenam ; saling bertukar kunjungan antara kaum kerabat dan rakan taulan

ketujuh ; kami memakai pakaian baru berwarna warni

kelapan ; kami mengambil @ menikmati makanan dan minuman

terakhir ; kanak-kanak merasa gembira dan riang di hari raya




Dalam menulis apa jua karangan, perlulah dimulakan dengan muqaddimah yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Sebagai contoh ; karangan ini dimulakan dengan menceritakan perihal sambutan perayaan keagamaan yang diadakan di negara kita. Perhatikan no 1 hingga no 6 di bawah.

Selepas tu, bolehlah dimulakan dengan isi berkaitan tajuk yang dikehendaki. Jangan lupa ... jelaskan matlamat, bentuk aktiviti atau program2 yang berkaitan dan akhiri dengan penutup ringkas.



1. Pada tahun ini sekolah telah mengdakan pelbagai program

2. Sempena sambutan perayaan Islam yang penting

3. Antara sebahagian daripadanya ceramah agama sempena

4. majlis memperingati Israk Mikraj

5. dan kelahiran Nabi @ Rasulullah dan Nuzul Al Quran

6. Sepertimana juga diadakan sambutan hari Raya Aidil fitri di bulan Syawal.

7. Pada bulan Zul Hijjah

8. Sekolah telah mengadakan majlis sambutan Aidil Adha yang mulia @ berkat


9. Dan antara objektif majlis

10. Menguatkan hubungan kasih sayang antara pelajar

11. dan Menanamkan semangat kerjasama dalam jiwa semua

12. Objektis ini akan tercapai

13. Melalui program penyembelihan korban

14. Pada hari yang dijanjikan

15. Para pelajar lelaki dan perempuan memakai

16. pakaian baru dan berwarna warni


17. Sekolah menyediakan

18. makanan yang lazat untuk para hadirin

19. Sebelum mengambil makanan,

20. Para hadirin berdiri untuk bertakbir secara beramai-ramai

21. untuk melahirkan kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah

22. selepas itu para guru dan pelajar mengagihkan

23. daging-daging sembelihan untuk para miskin dan golongan yang memerlukan

Jumpa lagi

sumber ; buku bahasa arab tingkatan 2 edisi 2009


NOTA balaghah Tg 5 JINAS ( الجناس )

Alhamdulillah kita teruskan siri pembelajaran bahasa arab SPM kita dengan memaparkan tajuk balaghah yang seterusnya iaitu JINAS .




Perhatikan contoh JINAS AL TAM ( sempurna ) berikut. 4 ciri yang dinayatakan di atas terdapat dalam semua contoh di bawah .



Sebaliknya contoh jenis ke 2 iaitu JINAS GHAIRU TAM ( tidak sempurna) , TIDAK MENEPATI 4 ciri yang dinyatakan di atas tadi.
Contoh no 1 ; tidak menepati susunan huruf,
contoh no 2 ; tidak sama dari sudut barisnya,
contoh no 3 ; tidak sama jenis hurufnya,
contoh no 4 ; tidak sama bilangan hurufnya.



Moga paparan ini menambahkan lagi pemahaman pengunjung khususnya calon SPM terhdapa tajuk di atas. Selamat meneruskan perjuangan bersama ; arab2u.blogspot.com




Friday, October 23, 2009

Seloka Takrim Widak untuk ustaz Jaafar

Salam perpisahan dan takrim widak buat rakan sejawat ustaz Jaafar Rajuli yang bakal meninggalkan kita semua sepenuhnya bermula Isnin ini untuk meneruskan perjuangan sebagai Ketua Penolong Pengarah , Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Selangor di Shah Alam.
Semalam Jumaat , satu majlis khas sempena perpisahan telah diadakan.




syabas pada cikgu Abd Rahim atas ehsan Naza Ria nya ... membawa Ust Jaafar dengan iringan pelajar sepanjang jalan menuju ke jamuan perpisahan beliau.


Antara gambar kenangan ustaz Jaafar ( tiga daru kiri) bersama ummi dan Mentor ustaz tu tuan Haji Rizuan Atan ( duduk kiri sekali )


Kenangan yang pasti sukar untuk dilupakan tentang Ustaz Jaafar adalah rekacipta pelbagai kolam yang telah dibinanya di intesaber ...




Bagi warga SBPISB.. doa kami moga ustaz beroleh kejayaan dalam segala usaha yang dilaksanakan. Jangan lupakan kami ye ....




Seloka Takrim Widak
(Dedikasi Untuk Ustaz Jaafar Rajuli)

Alkisah dengarlah ini satu cerita
Cerita benar bukannya dusta
Pada tanggal 18 Oktober 1958
Lahirlah seorang putera Jawa
Di Labu Kubung, Hilir Perak tempat tumpah darahnya
Setelah puas kitab dikaji
Setelah banyak rang tua dirujuki
Maka putuslah di hati Wak Rajuli
Jaafar namanya matan diberi

Putera diasuh di laman kampung
Dusun dan bendang tempat bertandang
Sepat, haruan, keli, dan puyu itulah hidangan
Pecal dan tempe santapan warisan
Tak lupa ubi rebus dan pisang salai
Menambah pejal otot di badan
Setelah tiba musim ketujuh
Putera yang lasak dibawa berteduh

Di SK Chenderong Balai putera diatur
Mengenal huruf dan juga nombor
Enam musim telah berlalu
Di sekolah dasar menuntut ilmu
Putera yang cerdik kelihatan nakal
Di benak Wak Rajuli timbulnya akal

Putera tak diutus ke sekolah gomen
Bimbangkan putera leka bermain
Madrasah Irshadiah sekolah pondok
Duduk letaknya di Bagan Datuk
Di situlah putera mengabdi diri
Mudah-mudahan menjadi da’i
Moga sejuklah perut bonda yang mengandung
Ilmu agama itulah yang ditenung

Sedarkan diri tidak bersijil
Masa hadapan menjadi musykil
Apakan jadi jika begitu
Di pasaran kerja pasti tak laku
Putera bertekad di sanubari
Belajar sendiri meningkatkan diri
Tanpa menyesali masa berlalu
Peperiksaan awam ditempuh satu persatu
SRP, SPM, dan STPM cuba dijawab
Usaha kendiri tanpa berguru
Tekun dan rajin tak kenal jemu
Kesemuanya lulus sijil dipangku
Putera desa bertambah yakin
Menapak pula ke menara gading
Di UKM pula menimba ilmu
Yang tak termimpi pun sebelum itu
Itulah bukti insan yang gigih
Tak pernah bosan tak pernah letih
Rasa rendah diri ditolak ke tepi
Bersainglah putera di gelanggang siswa siswi

Menara gading sudah ditinggalkan
Segulung ijazah sudah pun di tangan
Sarjana Muda Pengajian Islam itulah gelaran
Panggilan ustaz menjadi basahan
Tibalah waktunya di alam kerjaya
Ustaz muda menabur bakti
Di bilik darjah berhujah berperi
Mencurah ilmu mendandan peribadi
SM Convent St Francis, Kota Kinabalu
Letaknya di Negeri Di Bawah Bayu
SM Gombak Setia, Selangor ustaz pernah di situ
Antara 1994 – 2001 ustaz berkelana
Di SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Menambah pengalaman menjadi pentadbir
Guru Kanan Kemanusiaan dan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itulah jawatan

Namanya kini mula menjadi sebutan
Di bibir murid, sahabat dan taulan
Tanggal 2002 berhijrah pula ke SBPI Sabak Bernam
Penolong Kanan itulah jawatan
Membangun sekolah yang baharu didirikan
Banyaklah perkara yang perlu dilakukan
Mengangkat, menyusun segala perabot
Dan banyak lagi yang tak dapat disebut

Ustaz ini penyabar orangnya
Segala masalah tenang dicerna
Bagaikan Sang Kancil peguam di rimba
Segala soalan pasti ada jawapan
Petah menjawab jika di hadapan
Betul atau salah bukanlah ukuran
Yang penting yakin menjawab secara spontan

Di SBPI Sabak Bernam ustaz menabur bakti
Meneruskan kreativiti dan juga hobi
Seni Laman dan taman batu
Dibina dijaga tak mengira waktu
Untung dan rugi tak pernah bicara
Ringan tulangnya mereka cipta
Projek dibina tanpa berpelan
Namun siap dan dapat dimanfaatkan
Ustaz juga pencinta kereta
Jenama “Wak Segen” dalam koleksi
Pelbagai replika menjadi bukti
Disusun di meja dan juga almari
Makanan kegemarannya sup ceker
Dan iwak leleh goreng bersantan kencur
Pabila pekena hati terhibur

September 2009 Ustaz dilamar
JPN Selangor di situlah kamar
Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam
Menggamit ustaz walaupun tak tenteram
Maklumlah banyak kos melepas
Namun, cabaran pasti digalas
Agar jiwanya berasa puas

Ustaz punya keluarga
Seorang suri dan enam cahaya mata
Empat puteri dan dua putera
Alhamdulillah cerdas-cerdas belaka
Kediamannya di Lambaian Pinang Sebatang
Di Sungai Lias, Sungai Besar jemputlah bertandang
Ustaz pasti berkunjung ke situ
Mungkin waktunya pada hujung minggu
Majlis ini menjadi bukti
Takrim Widak nama diberi
Mengenang jasa ustaz bestari
Bakal berkelana membawa diri
Warga SBPI Sabak Bernam masih di sini
Keizinan diberi dalam terpaksa
Pemergian ustaz biarlah bahagia
Dipanjangkan usia bertemu pula
Keberkatan rezeki itulah yang dipinta.


Nukilan: Rizuan Atan


( Mentor Ustaz la ni .. @ Guru Cemerlang Gred Khas C )
Jumaat: 23 Oktober 2009

mufradat Tg2 siri1

Alhamdulillah ... kita teruskan siri pembelajaran kita dengan memaparkan makna-makna perkataan seerti ( المرادفات ) dan berlawan ( المتضادات ) untuk tatapan semua.

Kepentingan bahan ini untuk membantu calon SPM menjawab kertas 1 dan juga calon PMR tahun 2010 yang bakal menjawab soalan peperiksaan format baru . Sama2 kita nantikan ...

Perkataan seerti


Perkataan berlawan




sumber : Buku Bahasa Arab Tingkatan 2 ( edisi terkini 2009 )



Thursday, October 22, 2009

mujam kalimah Tg3 siri1

Assalamualaikum buat semua pengunjung.

Lama rasanya tak berkesempatan untuk up date blog ni. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan faktor kesihatan keluarga terpaksa ustaz lupakan sejenak dunia maya ni. Terima kasih kepada semua pengunjung yang masih setia mengunjungi blog ini.

Mulai hari ini insyaAllah ustaz akan berikan perbendaharaan kata bahasa arab buat koleksi semua. Ustaz mulakan dengan bahan yang dari buku teks tingkatan 3 yang bakal kita ucapkan "selamat tinggal " kepadanya kerana mulai tahun 2010, buku tersebut akan digantikan dengan buku baru.








Disamping menjadi bahan ulangkaji, diharapkan ia dapat membantu pelajar mengharungi pembelajaran seterusnya di peringkat SPM kelak. Jumpa lagi ...

sumber : buku teks Bahasa Arab Komunikasi Tingkatan 3 ( edisi lama )

Tuesday, October 13, 2009

nota qawaid 3 Jumlah mufidah

Salam sejahtera buat semua pengunjung. Siri pembelajaran bahasa arab kita teruskan dengan memaparkan nota qawaid bertajuk jumlah mufidah ( جملة مفيدة ) .

Jumlah mufidah ialah satu jumlah ayat yang lengkap dan boleh difahami maksudnya. Manakala jumlah ayat yang tidak lengkap atau " tergantung" tanpa dapat difahami maksudnya dikenali sebagai jumlah ghairu mufidah ( جملة غير مفيدة )

Perhatikan paparan bahan di bawah ini. Cuba kenalpasti manakah ayat yang dapat dikategorikan sebagai jumlah mufidah dan sebaliknya.


Klik pada ulasan dan tuliskan "ya" pada jumlah mufidah dan "bukan" pada jumlah yang sebaliknya. Contoh 1.ya , 2. bukan, 3. ya dan seterusnya.


Selamat mencuba ...

Monday, October 12, 2009


Hari khamis lepas , sempat ustaz turun ke Hotel Quality KL memenuhi undang ceramah Haji untuk staff Pos Malaysia seluruh negara yang bakal bertolak ke Tanah Suci bagi menunaikan tanggungjawab mereka bertugas di sana. Satu pengalaman baru sebab peserta terdiri dari pelbagai latar belakang dan tahap yang penguasaan ilmu yang berbeza. Diam tak diam, selesai amali jam 1.30 pagi ...
Terima kasih kepada tuan Haji Hisham Zuhdi atas undangan tersebut.



Esok paginya terus ustaz bergegas ke Lumut Perak menghadiri Kursus Profesionalisme Warden SBP zon Tengah dan Utara tahun 2009

Sebahagian peserta berlumba menyiapkan istana pasir dalam aktiviti tema building . Semangat cikgu Syukri ( intesaber) , Haji Kamarul ( kusess) nampaknya tuuu ..



Ha... hok ni kami punya. Comel dok? terima kasih kepada semua rakan warden dalam team 8 yang berjaya menyiapkan projek tersebut



Bersama barisan warden SMAP Kajang yang turut serta dalam kursus. Dari kiri Cikgu Farhana Munirah , Ustazah Hasimah, cikgu Atan, Ustaz Shukri ( sebelah ustaz tu ) dan cikgu Maslan.


Penutupan oleh Puan Timbalan Pengarah . Tak kering gusi kami dibuatnya setiap kali mendengar ucapan beliau.


Friday, October 9, 2009

Karangan bahasa arab Sambutan Kemerdekaan

Alhamdulillah .. kita teruskan siri latihtubi bahasa arab kita dengan beralih kepada penulisan karangan bahasa arab. Tema dipilih adalah sambutan kemerdekaan. Walaupun dah agak lewat kira masih ok lah ... Bahan ni usatz ambil dari buku baru tingkatan 2 .
Apa yang penting adalah teknik memulakan penulisan karangan bahasa arab ini. Ingat tak nota karangan dalam paparan sebelum ini? masih ingat teknik menjawab iklan PMR ? Konsep dan kaedah yang sama kita guna pakai di sini. Isi yang perlu dikenalpasti adalah ; tajuk , masa, tempat, aktiviti atau peristiwa , penyertaan, matlamat jika ada, penganjur atau apa sahaja yang berkaitan. Susun mengikut urutan yang sesuai dan bahagikan perenggan agar menjadi satu bentu karangan. Bagi memudahkan calon SPM mahupun PMR akan datang, ustaz susun seperti di bawah supaya mudah untuk dilihat dan dihayati.




Maksud karangan ;
1. Negara kita Malaysia menyambut hari kemerdekaan
2. Hari kebangsaan itu berlangsung pada 31 ogos setiap tahun
3. Majlis perasmian pembukaan diadakan di Putrajaya
4. Antara matlamat sambutan @ perayaan
5. Memperingatan sumbangan @ jasa wira kemerdekaan
6. Menanam perasaan suka dan gembira
7. Sempena bulan gembira dalam jiwa setiap warga negara @ anak watan
8. Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan " jalur gemilang"
9. Dan membawa sepanduk2 dalam pelbagai gambar @ rupa yang cantik
10. Antara program bulan kemerdekaan
11. Kempen mengibarkan bendera kebangsaan
12. Menulis artikel @ karangan bertajuk kemerdekaan
13. Menyampaikan syair @sajak@ puisi
14. Kumpul maklumat berkaitan wira kemerdekaan
15. Menghias kelas2 dan bangunan2 dengan bendera kebangsaan
16. Rakyat Malaysia bergembira di hari kebangsaan


Kepada calon SPM,

Perhatikan penggunaan kalimah masdar dalam ayat di atas sebagai muqaddimah isi pentingnya. Untuk memanjangkan ayat tersebut, mulakan dengan menggunakan feel asal samada ( فعل ماض ) atau ( فعل مضارع ) . Contoh perkataan ( كتابة ) ditukarganti dengan kata kerja ( يكتب )

يكتب التلاميذ المقالة بموضوع الإستقلال. وهذه مسابقة كتابة المقالة مفتوحة للجميع


Demikianlah dengan pengembangan ayat dari kata masdar yang lain . Semoga ini dapat membantu kalian dalam peperiksaan kelak. Selamat Maju jaya. Cemerlang sentiasa bersa arab2u.blogspot.com

Thursday, October 8, 2009

Masih ngan aktiviti

Alhamdulillah .. berkesempatan jua akhirnya meng update blog ni. Minggu lepas program sekolah masih lagi berjalan rancak meskipun di saat akhir menjelangnya PMR. Aktiviti di sekolah tu dimulakan dengan sembelahan aqiqah untuk jamuan Restu Ilnu calon PMR dan SPM. Sempat juga ustaz menyaksikan upacara penyembelihannya pagi tu. Siap lapah terus bawa ke Dewan Makan untuk jamuan sebelah malamnya bersama ibubapa.


Alhamdulillah ramai gak parent yang turut sama dalam majlis tu. Selesai baca yasin dan sedikit taklimat terus jamuan bersama anak2 di DM. Esok pagi buat qiam dan sedikit tazkirah subuh sebelum semua dibenarkan meluangkan masa bersama anak2.

Pagi Isnin, semua bersiap untuk menghadapi PMR. Pagi tu sekolah buat majlis Restu Guru pulak dikalangan calon PMR. Sempat malam tu ustaz dan mama siapkan cenderahati berupa alat tulis dan kelengkapan exam pada semua calon. Comel tu kannnn ....



Hm... dalam duk menahan sebak .. tu sedih pun ada, risau pun ada. Macam2 dalam fikiran ni bila mengenangkan anak2 yang bakal menduduki exam. Hanya doa mengiringi mereka untuk menempa kejayaan insyaAllah.



Okeh kerana cuaca kurang baik .. perhimpunan dibuat sedikit perubahan. Nampak boss kurang selesa sikit dengan plan B yang dilaksanakan. Tapi ok lah ... yang penting berjalan dengan baik.


Dalam kesibukan dan debaran menghadapi exam anak2 didik tu .. sempat juga ustaz join bowling ngan kekawan di Lumut. Kejohanan Tenpin Bowling 6 penjuru kali pertama anjura SMS Bagan Datok. Dulu memang cikgu Faris kat SBPI kan tapi bila dah berpindah sana ... dia jugaklah yang menggerakan permainnan ni. Kami cuma ikut2 je.
SBPISB hantar 2 team. Malang tak berbau ... team A kecundang teruk. Gara2 nak lepas giam main. Maklumlah dah lama tak main. Sebelum kejohanan dan main 5 game. Pemanas badan kononnn ... alih2 bila nak mula , abih tangan tak boleh nak pegang. Bukan sorang 2 orang dari 3. Sapa lagi ... ustaz lah salah seorang nya. Sorang lagi cikgu Azmi. Maluuuu ... tensionnn .. kesimpulannya , serik dah nak buat cam tu lagi .... tapi tulah pengalaman namanya kan. Bukan apa ... sesekali jumpa dan berkumpul ngan kekawan seronok rasanya. Nak turun padang berlari dah kurang upaya!!! Carilah mainan yang sesuai macam bowling ni ...


Team B intesaber yang menggegar!!! Tahniah dan syabas pada cikgu khairudin, cikgu Hishamudin dan abang Razak (pemandu) . Meletup2 dia orang ni. Bolehlah salah sorang ganti tempat ustaz dalam team A bila dah pindah Kajang nanti. he.he.


Juara dan kekal juara!! tahniah. memang hebat. terutama hok tengoh2 tu... sapa lagi bro Hamer Kontang lah . Muncul 3 terbaik kategori individu keseluruhan. fuh... hebat.


Gambar kenangan bro Hamer dan tag team kami cikgu Rozali. Pemain terbaik dalam satu game. 220 mata. OK lah ... aib kami team A kira tertebus gaklah dengan anugerah yang dimilikinya. Cuma bro Hamer jangan duk selesa pulak ... lain kali tunggulah kami bangkit semula. Apa2 pun ustaz memang enjoy ngan game ni. Relaks, tak payah panas2, tak payah lari2 .... peluh sikit2 kira ok lah tu ... yang penting fun tu tetap ada ...

Harap SABDA akan anjurakan lagi di tahun2 hadapan. Cuma nampaknya kena buat team baru lah lepah ni .. he.he.
Minggu ni ada jemputan ceramah Haji untuk staf Pos Malaysia di KL. Lepas tu terus ke Lumut ada meeting Ketua Warden SBP. Jumpa lagi dalam berita seterusnya ...
Assalamualaikum ....

Friday, October 2, 2009

Macam-macam ada

Assalamualaikum pada semua pengunjung.... istimewa pada anak didik Intesaber yang sedang balik bercuti sempena program Restu Ilmu untuk calon PMR dan SPM 2009 esok sabtu 3hb Okt 2009 .

Seminggu selepas buka cuti sempena Hari Raya lalu .. aktiviti di sekolah masih rancak berjalan. Samada kelas exam SPM yang masih bergelut dengan gerak gempur examnya, lain2 aktiviti sempena hujung tahun yang tak lama kunjung tiba mahu pun semangat Aidilfitri yang masih membara.

Terdahulu .. aktiviti dimulakan dengan "baraan raya " khusus bagi warga kuaters guru intesaber. Tahniah pada penghulu baru cikgu Ismail n the gang. Best bila dapat berkunjung ke rumah2 dia orang. Walau pun memang duk depan mata, depan pintu .. sebelah menyebelah tapi ... selama ni sembanfg depan pintu je. Masing2 sibuk memanjang dengan urusan kerja tersendiri. Tak sempat nak ziarah menziarahi. Hmm .. ada peluang cam tu ... baru tahun semua rumah dah tukar cat baru. rumah ustaz je yang masih mengekalkan "keaslian seni abstrak" karya dari anak2 tu. he.ehe.

Yang ke duanya mesyuarat tahunan kelab dan sukan ... Nampaknya berakhirlah penguasaan kuasa ustaz dalam basketball club selama selama 7 tahun tu... Bermula tahun depan 2010 ... pengurusan baru akan diambil alih 2 jutawan wanita yang hebat ... he.he.
Ha.. Ni lah orangnya !! cikgu Wani dan cikgu Nurul Inayah

Tahniah pada semua ahli dan pemain yang telah bertungkus lumus membangun dan menghidupkan kelab bola keranjang Intesaber selama ini. Ariff , Harith , Emir , Anis, Shahirah, Aufa , Amira, dan lain2 lagi lah. Pengerusi baru 2010 akan dipimpin saudara Hafiz "panjang" ( nama glamor ) dibantu oleh Khir dan Mimi. Teruskan perjuangan memburu kejayaan .. bertemu tahun depan di PPM zon Tengah ya ...
Pada hari Khamis, aktiviti diteruskan dengan sambutan Aidilfitri peringkat Asrama ... hmm apa lagi bergaya sakan dia orang semua. Pagi2 gi sekolah comel semunya. Setengah cikgu nak mengajar pun tak menjadi kot sebab demam raya. hu.hu ... tapi ustaz gunakan kesempatan tu untuk mengajar bahasa arab tingkatan dua tajuk hari raya!!! ha.. baru lah real feelnya kan! Abis kelas pakat nak bergambar belaka. Tapi sempat jugak merotan anak2 yang tak siapkan kerja sekolah. Raya, raya jugak ye... kerja tatap kena bereskan. Betul tak?


Sebelah sesi tengahari Asrama buat jamuan raya untuk semua warga SBPISB dan sejurus lepas tu kami membuat kunjungan ke dorm2. Terima kasih lah atas layanan istimewa. Kami guru2 ni ... kesian kat ko orang semua je. Ntah2 tu lah stok raya yang masih berbaki kannnn . Jadi nak jamah pun control2 sikit. he.he.

Akhirnya sekali sebelah petang rumah ustaz dikunjungi anak2 yang nak beraya. Maafkan kami tak dapat nak buat rumah terbuka untuk semua . Memang tahun ni agak terhad kesempatannya. Lebih2 lagi ada baby kecik susahlah mama nak bergiat aktif menyediakan jamuan raya tu. Terima kasih pada yang berpeluang untuk bertandang terutama yang sempat pulak berposing ni haaa ( 4 Hidayah) ... dan mohon maaf kepada yang dah berkunjung tapi tak berkesempatan utk beraya sama.

Sabtu ada majlis Restu Ilmu untuk calon exam PMR dan SPM. Ramai ibubapa bakal hadir mengikut soal selidik awal. InsyaAllah jamuan sikit istimewa sebab tumbang seeokor lembu. Cikgu Iskandi dan ustaz buat aqiqah untuk anak masing2. Nantikan berita lanjut dari arab2u ....

Jumpa lagi ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails