Tuesday, February 9, 2010

Respon buat sahabat


Kandungan Email ....

" saya nak share kan analisis keputusan PMR sekolah saya, cuba ustaz tengok, Bahasa Arab ramai gagal, selalu Bahasa arab jadi penyumbang tidak dapat 100% di sekolah kami.

ustaz mintaklah share apa2 tips atau kaedah2 PnP bahasa arab yang berkesan utk naikkan peratus tahun2 seterusnya. Masa meeting baru ni kami puas memikirkan kenapa pelajar ramai gagal, kalau nak kata soalan susah ramai juga dapat A malah meningkat dari tahun lepas, tapi yang gagal pun ramai juga.. rasanya kaedah2 menjawab dah pun diterangkan dan ditekankan kepada pelajar saban tahun, tapi setiap tahun ada saja pelajar yang gagal bahasa arab.

Respon ustaz di dahului dengan Jazakallah.


RESPON ;

Terima kasih atas email yang diberi. Apa yang dapat ustaz perkatakan sebagai perkongsian

1. Sabar dan redha atas ketentuanNya. Tidak berputus asa dengan rahmatNya .
2. BERFIKIR, BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR untuk sentiasa berjaya. Terutama guru sebagai nakhoda yang mengendalikan bahtera kelas bahasa arab ini. Jika kita gagal dan malas berfikir untuk mencari jalan dan kaedah bagi memajukan anak didik kita maka gagallah kita.
3. BIJAK mengurus sumber yang ada. Guru mesti bijak menarik perhatian murid utk belajar subjek mereka . Ini dapat dicapainya antaranya dengan penguasaan pedagogi , Kemahiran komunikasi yang tinggi dan kemahiran perhubungan perorangan ( interpersonal) dan penampilan diri yang berkesan oleh guru. Guru mesti bijak menggunakan khidmat rakan yang berkemahiran untuk membantu kerja mereka. Guru mesti bijak mengatur strategi untuk "berperang" supaya kita tidak gagal dalam usaha meningkatkan pencapaian murid kita contoh tempatkan guru yang diminati para pelajarnya dalam kelas peperiksaan dan elakkan sebaliknya. Guru mesti bijak merangsang dan memotivasikan murid supaya bersama2 gigih memburu kejayaan kerana kemahuan membara dan kegigihan para guru tanpa disambut pelajar sia-sia juga akhirnya. Guru mesti bijak merancang tugasan dan kerja murid mereka kerana kerja rumah dan latihtubi akan banyak memahirkan murid untuk menjawab dengan yakin. Jika perlu buat modul yang sesuai dengan aras dan tahap murid kita.
3. Kemahuan dan komitmen guru sememangnya pra syarat utama kejayaan anak didik kita. Mengikut pengalaman peribadi ... jika kita gigih, murid turut sama menjadi gigih. Jika kita leka mereka juga akan leka. Sentiasa memuhasabah diri samada sesama rakan sejawat atau dengan diri sendiri. Nilai diri mengikut kaca mata atau pandangan murid kita. Bagaimana mereka menilai kita sebenar? Berapa markah dan standard yang diberi untuk kita ? Jika kita meyakini bahawa kita diberi penilaian tinggi oleh murid kita, ini memberi isyarat bahawa kita telah berjaya menguasai pemikiran anak didik kita untuk turut sama memberikan komitmen demi sebuah kejayaan.
4. Selain merancang pastikan kita mempunyai masa yang secukupnya untuk bertindak . Jika terlewat buruk padahnya. Justeru itu penguasaan ict akan banyak membantu guru menjimatkan masa dan seterusnya mmberikan fokus pada kecemerlangan pencapaian murid.

sebenarnya teringat ustaz 6 perkara yang dipesan oleh imam syafie untuk sesorang itu memperolehi ilmu atau mencapai kejayaan dalam usaha antaranya bijak, kemahuan membara, kesungguhan dan komitmen yang tinggi, kos, bimbingan guru/ rakan, masa yang panjang ( cukup utk bertindak )


waallahua'lam ...




2 comments:

nhamizahashim said...

salam.. masih berkesempatan untuk intai2 blog ust.. ttg b.arab nie, mmg sedikit mencabar utk belajar lagi2 b. arab tinggi. sy dlu pun pernah merasa. tak mengapa kalau markah rendah sebab niat belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata tp bgaimana kita mengamalkan ilmu itu. 'sungguh beruntung bg seseorang jika bertambah ilmunya tapi rugi nya seseorang itu jika ilmu yang ada tidak mampu diamalkan bahkan makin jauh dari tuhan... '

safi said...

syukran ustaz kerana memberi respon pada email yang saya kirimkan. Memang betul peranan guru sangat penting, guru ibarat nakhoda. Betul juga, saya tak pernah meminta pelajar menilai cara pengajaran saya, nanti saya cuba, tapi takut juga kalau rupanya mereka tidak menyukai saya, nampaknya selama ni saya syok sendiri ajelah ye.

Usaha perlu diteruskan, fikir dan terus berfikir, kerja berpasukan itu penting. blog ustaz ni banyak membantu saya, syukran ustaz kerana sudi menurunkan idea2 cemerlang ustaz kepada kami. Jazakallah sekali lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails