Thursday, August 19, 2010

Bila tiba saatnya

Assalamualaikum buat semua pengunjung budiman, Selamat beribadah di bulan Ramadhan mulia ini .


Hidup mati, jodoh pertemuan, rezeki semuanya diatas ketentuan Allah jua. Kepada sesiapa dikalangan hambanya yang ingin diberi maka diberikannya. manakala sesiapa yang Allah ingin cabut dan tarik semula nikmat kurnianNya maka itu jua atas kehendakNya . Hari ini kita berharta esok lusa mungkin binasa, hari ini kita sihat sejahtera esok lusa mungkin kita akan terlantar di rumah sakit. Maka dengan itu kita mesti sedar bahawa HIDUP MATI sendiri ini adalah ujian Allah untuk melihat siapa di kalangan hambanya yang benar2 terbaik amal ibadahnya .

Selain berusaha untuk memperolehi atau menghindarinya maka apa yang ada adalah berserah dan bertawakal kepadaNya. Di samping itu kita tanam dalam diri nilai positif dan berprasangka baik dengan Allah .
Redha dan bersabar atas ujian Allah adalah sebaik2 amal ibadah dan perkara kebaikan di sisi Allah. Apa yang pasti Allah akan sentiasa bersama hambaNya yang sabar dan berbuat kebaikan.



Baru baru ni ustaz berpeluang mengikuti rakan2 guru bimbingan mengadakan kunjungan muhibah ke beberapa rumah pelajar yang terpilih sekitar perak. Dalam perjalanan pergi , kami terserempak dengan satu kemalangan ngeri tidak jauh dari Teluk Intan. Kelihatan 3 bungkusan plastik hitam berhampiran kenderaan malang itu. Sangkaan kami pastinya itu adalah mayat terbabit . Dengan penuh keinsafan kami meneruskan perjalanan dengan lebih berhemat.


Rupanya benarlah ... kemalangan tersebut terpapar di dada akhbar keesokan harinya. Bagi kaum keluarga terlibat ustaz yakin amat pedih untuk menerima hakikat ketiadaan orang yang disayangi apatah lagi dengan kehadiran syawal tidak lama lagi. Berat mata melihat berat lagi bahu yang memikulnya. Apa pun moga kesabaran akan menjadi senjata ampuh untuk menghadapi dugaan ini.


Dalam perjalanan balik pula, kami dikejutkan sekali lagi dengan kemalangan motosikal yang berada betul2 dihadapan vas sekolah yang kami naiki. Secara tidak sengaja pembawa motosikal gagal mengawal motosikalnya kerana terlanggar sesuatu. Sepantas kilat, dia rebah dan berguling atas jalan raya. Dengan mengejut juga abang Razak pemandu menghentikan van.

Pengalaman sebanag komandan PBSM sewaktu di KUSZA dulu ustaz gunakan untuk memberi bantuan dan pertolongan kepada mangsa. Keadaan panik tercetus apabila sepasang india gagal mengawal rasa terkejut apabila melihat keadaan mangsa yang berlumuran darah di muka dengan cebisan kulit dan isi terjurai .




Alhamdulillah pengalaman dan pengetahuan banyak membantu ustaz mengawal suasana tu. Setelah ustaz leraikan pasangan dan meredakan perasaan mangsa yang masih terkejut dan takut kerana tiada lesen memandu dapatlah ustaz berikan rawatan . Sempat ustaz rakamkan gambar ni untuk tatapan dan coretan semua.

TAPI PERCAYA DAN YAKINLAH ... BILA TIBA SAATNYA hanya sifat sabar dan redha menjadi penenang jiwa.


Bila kita ingin meminta, mintalah dengan Allah nescaya Dia akan mendengar permintaan kita.



kemudian bersusahalah dengan kudrat yang ada sebaik mungkin





"DOA - USAHA - TAWAKKAL"

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & mengerjakan solah.."
(Al-Baqarah-ayat 45)

gambar hiasan ustaz copy dari rakan blogger aa ... tak marah kan!!!


3 comments:

azimah-Butik Nur Kasih said...

askum ustaz...terima kasih di atas artikel yg sarat dgn nasihat dan pedoman ini, yg sy kira amat diperlukan di kala ujian dtg menimpa hidup kami sekeluarga. terima kasih...

Um@r said...

Bermaksud: "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk: 2)

Imam al-Mawardi menafsirkan 'siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya' sebagai 'siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya'

Dulu saya pernah terbaca petikan di atas. Setelah membaca tazkirah Y.Bhg Ust ni, saya bertambah faham dan yakin dengan petikan tersebut. Alhamdulillah...

syukran ya Ust...

ustaz said...

Kekadang ujian Allah datang untuk mematang dan mendewasakan kita dari pelbagai cabaran hidup. Allah nak ajar dan didik kita berfikir matang, buat keputusan dengan bijaksana, bertindak dengan rasional dan pelbagai kemahiran lain yang tak mungkin kita perolehi dalam bilik kuliah. Yang pasti selagi kita bergantung harap kepadNya. Dia tidak akan mempersiakan usaha dan permintaan kita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails