Friday, September 3, 2010

Terjemahan ; Malaysia Masyhur


Gerak Gempur Bahasa Arab Tinggi SPM ini diteruskan dengan memaparkan 2 bentuk soalan penting dalam kertas 2 BAT iaitu bentuk terjemahan dari petikan yang diberi .

Terjemahkan petikan pendek berikut ke dalam bahasa Arab ;

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal di dunia. Telah mengecapi keamanan sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa antaranya Melayu, Cina , India dan sebagainya. Agama Islam adalah agama rasmi bagi negara ini. Rakyat Malaysia yang berbagai bangsa mengamalkan agama yang berbeza-beza.

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara ini namun bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang perniagaan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Rakyat Malaysia menyambut beberapa sambutan hari kebesaran dan perayaan seperti Hari Kemerdekaan , Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Deepavali, sambutan Tahun Baru dan sebagainya

Jawapan

ماليزيا دولة مشهورة في العالم و تتمتع بالأمن منذ استقلالها في 31 من أغسطس 1957 م ويتكون سكانها من أعراق مختلفة من الملايويين والصينيين والهنود وأعراق أخرى. إن الدين الإسلامي هو الدين الرسمي للدولة, ويُمارس شعبُ ماليزيا المتعددة الأعراق الديانات المختلفة
اللغة الملايوية هي اللغة الرسمية للبلاد. أما اللغة الإنجليزية فتستعمل على نطاق واسع في المجالات التجارية والصناعية والخدمات الأخرى . يتمتع الماليزيون بالعديد من الاحتفالات والمناسبات والأعياد منها يوم الإستقلال وعيد الفطر وعيد الأضحى وديفابالي
وحلول السنة الميلادية الجديدة وغيرها


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails