Tuesday, October 12, 2010

soalan Balaghah Fasahah dan Hakikat Majaz

Siri paparan bimbingan balaghah kali ini ustaz ketengahkan tajuk fasahah juga tajuk hakikat dan majaz buat semua pengunjung terutama calon SPM.

Perhatikan Arahan Soalan 31 hingga 33 ; jelaskan sebab tidak fasahah perkataan yang bergaris dibawahnya

jawapan 31 menjelaskan bahawa kalimat tersebut susah untuk disebut

( aku tinggalkan untaku memelihara الْهُجْخُعَ sejenis tumbuhan )

Sukar disebut kerana perkataaan yg panjang dan gabungan huruf yang hampir sama dalam susunannya



jawapan 32 menjelaskan bahawa kalimat tersebut jarang digunakan

Perkataan تكأكأتُمْ dan افْرنْقَعُوا jarang digunakan oleh orang arab lazimnya mereka menggunakan kalimah berikut

ما لكم اجتمعتم ؟ تنحوا و انصرفوا


soalan 33 pula ; kalimah tersebut bersalahan dengan kaedah saraf

Perkataan حالِلٌ dan يُحْلَلُ menyalahi kaedah sorof yang yang betul. Sebetulnya perkataan itu disebut bertanda sabdu حالّ و يحلّ dan bukan menambahkannya dengan satu huruf lagi



Soalan 34 hingga 37 pula ; tentukan hakikat dan majaz dalam jumlah berikut ;


soalan 34 : Imam Syafiee adalah pena umat. Pena adalah majaz bukan makna sebenar@ hakiki kerana ia hanya benda yang disandarkan kepada seseorang

soalan 35 : Sang Singa sedang berkhutbah di atas mimbar dengan bersemangat . Sang Singa adalah majaz bukan hakiki kerana singa tidak boleh berkhutbah. Sebaliknya yang sedang berkhutbah adalah Imam yang garang macam singa

soalan 36 : saya melihat laut sedang bersedeqah kepada orang fakir. Laut adalah majaz yang disandarkan kepada seseorang yang bersifat pemurah seperti laut

soalan 37 : Singa adalah haiwan buas yang hidup di hutan. Singa disini makna hakiki kerana memang singa hidup di hutan


Selamat maju jaya buat semua ... cemerlang dan gemilang bersama arab2u



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails