Friday, March 25, 2011

Cuti lagi ... nasi goreng campak

asslamualaikum buat semua ..

Hari ni ustaz bercuti sehari . Setelah hampir 2 minggu batuk selsema dan badan tak berapa larat, semalam sempat ke klinik Nurul Huda di Sg Besar untuk mendapatkan sedikit rawatan. Alhamdulillah tiada jangkitan apa2 yang serius.

Apa pun semua ni pastinya ada kebaikan di sisi Allah untuk kita benama manusia. Susah, senang, suka duka, kaya miskin, sihat sakit semua tu adalah rencah alam yang dihidang Allah sebagai proses ujian untuk melihat siapakah yang terbaik di kalangan hambaNya.

Dapatlah sedikit ruang pagi ini untuk ustaz melayari samudera internet ni mencari kebaikan darinya di pagi Jumaat yang mulia ini sambil2 mendengari radio IKIM .. alhamdulillah

Lepas ni sambung lagi nak buat sarapan kejap ...


Jam 10.00 pagi



Hmm .. ini hasil masakan tadi tu. Sempat lah campak2 bahan yang ada dalam petu sejuk dan periuk nasi tu. Dari membazir tak abis dimakan ada baiknya ustaz makan. Kebetulan duk sorang2 di rumah ... boleh ke dapur tingkatkan skill sedia ada he.he

Dalam telur bungkus kecik tu adalah sosej ... hmm ok gak rupa dan rasanya. Nak resepi ???? senang je. Asalkan boleh dimakan dan halal campak apa kita nampak dalam dapur tapi sebelum baca bismillah dulu.

Lupa pulak mak bagi tahu nama menu ni ... nasi goreng campak

Kepada semua pelajar yang baru lepas ambil result dan duk sorang je di rumah boleh lah cuba dan rasa resepi ni ya. Selamat mencuba dan selamat beramal

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails