Monday, April 4, 2011

Kamek ke sarawak

Tanggal 1 April 2011 pastinya tarikh yang tak dapat dilupakan oleh barisan rakan warden di SBPISB. Ini kerana julung-julung kalinya kami dapat berkunjung ke Sarawak untuk lawatan penanda aras asrama di SM Sains Kuching walaupun dengan perbelanjaan sendiri. Peluang mengetuai lawatan seumpama ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan sesama kami rakan sekerja


Kepada 3 orang rakan warden yang tak berpeluang bersama , meskipn senyuman mengiringi pemergian kami tapi dihati mesti sedih punya .... he.he









































Buat rakan yang kali pertama menaiki belon terbang ni mesti teruja melihat keindahan ciptaan Allah dari ruang udara dengan ketinggian 3000 kaki
















makan malam pertama kami di Kubah Ria diikuti TopSpot iaitu lokasi medan selera di bandar Kuching yang bertempat di bumbung bangunan letak kereta



































Mee Kolok , laksa Sarawak antara makanan orang sarawak. Ok sadap jugak . Satu lagi dipanggil "umai" iaitu sejenis makanan berasaskan ikan mentah yang diperah dengan asam limau. senang cerita kerabu ikan la... sadap rasanya cuma yang tak biasa mungkin tak boleh masuk mulut la. Lain lagi dari tu pastinya kek lapis sarawak yang terkenal dan terubuk ikan masinnya. Sediakan duit saja lah untuk memborongnya.

















sabanarnya kamek ni sik pandey nya kelaka sarawak. cuma sikit2 saja ... Sapa madah ngan nya kah? itu semuak kawan2 la .. jadi kaluk mauk beli barangan tu .. susah mau tawar he.he













2 hari di bumi kenyalang kami berkesempatan berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan di sekitar bandar Kuching. Antara yang terkenal pastinya kampung budaya Sarawak. Dengan yuran rm60 seorang untuk sekali masuk dapatlah kami mengenali budaya rakyar sarawak dengan lebih dekat. Selama ini mungkin hanya tahu suku Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dari pembacaan sahaja. Tapi kali ini kami dapat melihat sendiri corak kehidupan lampau mereka di kampung budaya tu. Tengok sahaja 3 wajah 3 gadis iban di pintu rumah Iban ni ... comel kan?





































Bersiar-siar sekitar bandaraya Kuching jua menyeronokkan dengan deretan gerai cenderamata sekitar waterfront dan pasar satok yang terkenal dengan ikan terubuk masin. Terletak dibelakang hotel penginapan kami, sudah tentunya lebih memudahkan urusan kami. terima kasih tidak terhingga kepada rakan ustaz abang bohari yang banyak membantu mengurus penginapan hotel di Kuching tu. Ada kelapangan boleh lah ke Serikin iaitu salah satu lokasi membeli belah ala rantau panjang yang bersepadanan dengan Kalimantan




























Apa pun terima kasih buat rakan-rakan warden yang sama-sama berjaya merealisasikan program lawatan ini. Diharapkan ilmu dan pengalaman sepanjang di Sarawak dapat dimanfaatkan sekembalinya kita semua ke bumi Intesaber ..

2 comments:

Anonymous said...

trinak kaseh ngagak tempat mek orang di sitok. mun nak datang agik, padah ajak ngan kamek. kelak kita berloyar agik mun kitak udah ada di sitok.

bohari

huda.othman said...

salam ustaz..

memang best lawatan ke sarawak tue..terima kasih banyak2 sebab bawak kami semua geng2 warden ke sana..next time, kita pegi tempat lain pulak, bleh ustaz? hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails