Monday, May 9, 2011

Terima kasih anak abah dan mama

Alhamdulillah dengan izin Allah jua, hasrat dan hajat anak-anak didik untuk berkunjung ke
teratak kami di SBPISB ini tertunai. 10 orang bekas anak murid dari SBPI khususnya Exco BADAR Puteri dan 9 orang anak murid dari ILDAS berkesempatan datang kerumah pada hujung minggu lalu.

Dah lama hasrat dan keinginan untuk bawa ke rumah tapi kekangan masa dan tugasan sedia ada membantutkan hasrat tersebut. Berbetulan hajat anak-anak dirik BADAR untuk bertandang dapatlah disatukan sekali semuanya.




Terima kasih pada semua. Doa dari abah dan mama buat kalian semua moga dikurnia dan dikekalkan taufik juga hidayah ke atas kalian sepanjang hayat. Kepada anak didik PSDK selamat menduduki peperiksaan pada minggu ini. Buat yang terbaik. Jangan lupa hantar kertas kerja akhir ....












Buat anakanda BADAR pula, teruskan iltizam untuk berjuang dan menyumbang bakti kepada ummah. Letakkan pergantungan usaha kepada Allah setelah gigih berusaha. Tingkatkan kualiti dan nilai diri selari dengan tuntutan syariat Islamiah. Doa dari abah dan mama kalian semua terus berjaya dunia dan akhirat. Ada kelapangan jemput dan datanglah ziarah kami di sini.








Bukan main berselera pula si cilik tomel niiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails