Tuesday, August 16, 2011

Santai Ramadan


Alhamdulillah Ramadan tahun ini berjalan baik tanpa ada masalah atau bebanan yang besar yang perlu difikirkan. Anak-anak juga dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Kak Ijah anak ke 4 juga mampu menjalani latihan ramadan tanpa masalah. Cuma hari pertama dan ke dua pastinya mencabar padanya sebab itulah pertama kali dalam hidupnya ibadah puasa ini dilalui bersama abang-abang dan ahli keluarga yang lain.












Selain dari tugasan wajib di sekolah, amalan waib dan sunat yang dijadikan keutamaan sepanjang ramadan ini, alhamdulillah dapat juga kami melakukan aktiviti santai bersama keluarga dan rakan sekerja di asrama.

Aktiviti yang mampu membangkitkan kesegaran minda dan fizikal ini memang menyeronokkan kerana bukan sahaja mampu memberikan perubahan dan diri dan sekitar kita tetapi juga dapat mengeratkan ukhuwwah sesama rakan dan keluarga. Selamat berpuasa moga rahmat, keampunan dan kasih sayangNya melimpahi kehidupan kita. aminn


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails