Monday, September 5, 2011

Belajarlah menghargai

Kehidupan di asrama mengajar kita erti sebuah kehidupan. Di sana kita dididik erti menghargai masa, makna disiplin, erti persahabatan, hidup bermasyarakat. Kita juga diasuh agar sentiasa bersedia untuk berjuang memburu kejayaan hakiki yang kekal abadi. Maka beruntung lah mereka yang berpeluang tinggal di asrama dan menghayati segala bentuk MAKNA KEHIDUPAN yang terpapar dihadapan mereka.


Namun usaha mendidik itu tidak mudah. Memerlukan kesungguhan yang berpanjangan dan berterusan tanpa mengenal erti kemu dan berputus asa. Sabar dalam perjuangan, bijaksana dalam tindakan. Mengapa???  Kerana sasaran pendidikan itu adalah makhluk Allah bernama manusia yang berakal lagi bernafsu.


Melihat sikap anak-anak yang kekadang tidak kisah dan tidak menghargai apa yang dimiliki .... amat menyentuh  hati kecil dan perasaan. Tahukah mereka betapa peritnya kehidupan hari ni?? Apakah mereka sangka wang ringgit itu mudah digapai pada hari ini? Harga barang naik melambung, yuran pengajian semakin tinggi, kos bahan api terus meningkat, kos perkhidmatan tidak semurah dahulu.... masih adakah barang dan perkhidmatan percuma hari ini????  Sedarkah mereka bahawa segulung ijazah yang bakal diterima oleh abang atau kakak mereka hari ini tidak menjanjikan tempat dan pekerjaan? Bagaimana mereka nanti? fuhhh ...


Sedikit masa dahalu harga ayam sekitar RM4.50 sekilo sahaja berbanding RM9.00 yang perlu ustaz bayar baru-baru ini... RM25 seekor ayam!!!!  berapa harga untuk seketul ayam goreng di pasaran hari ini?   Dengan seekor ayam dipotong 12 kerat adakah berbaloi dijual dengan harga RM2.50?? Adakah minyak masak, rempah ratus percuma? Bayangkan dan fikirkanlah .... puluhan malah mungkin ratusan pakaian yang perlu dibuang setiap kali menjelangnya cuti persekolahan hanya kerana rasa tidak kisah dan tidak mahu belajar untuk menghargai harta yang dimiliki ....

Mohon pengertian anak-anak semua ... ustaz sayang kamu tapi ustaz kesian ibubapa kamu. Belajarlah menghargai pemberian orang apatah lagi dari ibubapa yang bersusah payah membesar dan mendewasakan kamu selama ini. Mohon maaf jika apa yang telah ustaz lakukan menyakitkan hati kamu semua. Percayalah ... ustaz sayangggg kamu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails