Wednesday, December 7, 2011

Pantasnya masa berlalu

Detik yang berlalu sememang amat pantas sekali. Tanpa kita sedar kekadang ntah kemana perginya usia kita yang lalu. Membesarkan 5 anak dalam keadaan kami berdua bekerjaya makin mempercepatkan masa bergerak. Si kecil abang chik (anak ke3) yang dulunya terlalu amat pemalu kini semakin membesar dengan rasminya setelah berkhatan baru-baru ini. Abang Ngah (anak ke2) yang selama ini kami hantar ulang alik ke sekolah rendahnya juga akan menjejaki alam remajanya tahun hadapan iaitu tingkatan 1 tahun 2012 .



Beruntunglah sesiapa dikalangan hamba Allah yang mampu mengurus masanya dengan baik terutama dengan perkara yang berfaedah dan mampu meningkatkan kemahiran diri , daya kreativiti dan pengetahuan sedia ada. Kepada anak-anak yang sedang bercuti seribu satu kemahiran boleh ditimba. Memasak, menjahit, membaca, berniaga, mendalami ilmu komputer  dan macam2 lagi. Ibubapa pula berilah peluang seluasnya kepada anak-anak menimba pengalaman  melalui minat dan hobi mereka selagi tidak memudaratkan atau merosakkan dan masih dalam kemampuan kita. Pendek cerita pelbagaikan lah  kemahiran kita kerana pastinya ia menjadi nilai tambah yang akan membantu kita kelak.


Masa berkualiti sudah semestinya amat-amat perlu ditekankan kerana masa bergerak begitu pantas. Bagi kami keluarga bekerjaya  waktu cuti beginilah peluang keemasan untuk berdamping dan meluangkan masa bersama anak.  Ini lah masa nak tunjuk ajar, tegur dan nasihat , didik dan bimbing. Tak banyak sikit pun memadai sekadar keupayaan kita cuma yang lebih penting berterusan dan berpanjangan. Untuk abang Chik dan abang Ngah ni.... tugasan masa cuti menghafaz surah dan al quran mengikut kudrat dan upaya mereka lah. Susah memang susah mulanya tu tapi .. berilah peluang atau sedikit masa kepada mereka. Beri peneguhan dan galakan serta rangsangan. Kekadang perlu main tarik tali atau orang putih kata give anda take . Jika perlu hukuman dikenakan seperti sekat kemudahan yang sedia ada atau sekat hobi dan minat mereka. 3 atau 4 hari ok lah ... Moga dewasa kelak mampu jadi manusia yang beriman dan bermanfaat utk agama bangsa dan negara hendaknya




Cerita pasal masa yang pantas sememangnya betul dan benar2 terjadi. 5 tahun di SBPISB hampir ke penghujungnya. Sebahagian rakan kalian pun dah meninggalkan sekolah minggu lalu sebaik tamat kertas SPM yang mereka duduki. Hari ini tamatlah kertas Bahasa Arab Tinggi SPM buat calon kelas Sains Agama. Saat yang dinanti-nanti dengan penuh debaran akhirnya tiba jua. Syukur semuanya berjalan dengan baik. Para pelajar juga menunjukkan reaksi positif dengan apa yang telah dilakukan.
Soal keputusan dan hasil nanti .... itu urusan Allah yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu. Yakin dan redha dengan apa yang kita usaha dan bersangka baik dengan ketetapan Allah nanti ... selesai banyak masalah. Nak sesal???? keluar air mata darah pun tiada guna kerana masa yang berlalu tak mungkin mampu kita ulangi saat dan detiknya. 


Tahniah dari ustaz, juga rakan sejawat ustaz Abdul Wahid buat kalian semua. Sikap dan kesungguhan yang kalian tunjukkan amat kami hargai dan kami sentiasa mendoakan kalian semua berjaya dunia dan akhirat kelak. 

Apa akan jadi 15 tahun akan datang?????????   Kalian fikirkanlah sekarang. Kerana waktu itu ustaz sendiri dah pencen sebagai penjawat awam sebagai guru. Cuma usaha mendidik dan menabur bakti akan tetap ustaz jalankan dalam suasana atau medan yang berbeza. Buah fikiran yang ustaz lontarkan sebelum ini, jika bermanfaat jadikan panduan hidup kalian. Selamat maju jaya dan sayang selalu dari ustaz dan mama ...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails