Thursday, March 15, 2012

Sukarnya menyusuri kejayaan

Alhamdulillah kehadrat Ilahi atas segala nikmat kurnianNya selama ini . Jika mana mahu dihitung sudah barang pastinya tidak mampu untuk dihitung. Hanya kesyukran mampu diucap sebagai tanda terima kasih atas pemberianNya.

Sebagai manusia biasa, sebagai ibubapa dan sebagai pendidik membesar, menjaga dan mendidik anak-anak adalah satu tugas yang amat berat, mencabar dan kekadang amat menyukarkan. Hingga kekadang kesukaran itu sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Usah dikira berapa banyak pengorbanan ibubapa kerana nescaya kita tak mampu menghitungnya ..... untuk membalas dengan balasan setimpal? Jauuuuuh sekali. Justeru itu mentaati ibubapa adalah salah satu cara dan lambang kita anak-anak mensyukuri nikmat tersebut.

Setiap ibubapa juga pastinya menyimpan impian dan hasrat utk melihat anak-anak berjaya dunia akhirat. Ada kalanya tercapai dan tidak kurang ramainya yang kecewa dan meratapi kegagalan. USAHA DAN IKHTIAR? Ada yang sanggup bergolok bergadai demi menggapai cita-cita tersebut. Saban tahun mengurus kemasukan murid ke SBP dan etiap kali mendengar rintihan, rayuan ibubapa malah pelajar sendiri. memberi keinsafan dalam diri betapa KEKUASAAN dan KETENTUAN ALLAH mengatasi segalanya. Pesanan ustaz pada mereka .... SABAR LAH, REDHA DAN YAKIN dengan ketentuan Allah. Yang penting kita usahakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Ada rezeki anak tuan/puan di sini, pasti kita jumpa lagi .

Sebut " kita usahakan yang terbaik untuk anak-anak" ... perkara yang sama jugalah ustaz lakukan untuk anak-anak sendiri. Terengganu, Negeri Sembilan , Melaka semua kami kunjungi demi memastikan apa yang yang terbaik untuk anak2. Kos pelepas? Tak perlu dikira . Masa, tenaga, wang ringgit apa saja yang boleh dinamakan sebagai kos semuanya pasti ibubapa akan penuhi demi anak-anak.

mengimbau kenangan semasa di Imtiaz Terengganu untuk menghadiri temuduga tahun lalu


sewaktu sesi temuduga di Imtiaz Melaka akhir  tahun lalu



Syukur alhamdulillah akhirnya, abang Ngah dapat memasuki Sekolah Imtiaz Melaka yang baru saja beroperasi Feb 2012  yang lalu. Terengganu dapat juga tapi lebih baik Melaka sebab lebih dekat untuk dikunjungi.  Penantian selama 2 bulan di rumah sementara menunggu bangunan sekolah dibina dan disiapkan memang berbaloi. Waktu tu.. " boring la abah.. boring tak ada kawan kat rumah "  Apa yang menjadi fokus kami waktu tu adalah memberikan kefahaman yang betul tentang mengapa, untuk apa kami menyarankan dia memasuki sekolah tahfiz tu. Baik buruk, susah senang dan pentingnya dia berkorban demi masa hadapan yang sangat mencabar dan sukar nanti. Kita tidaklah memaksa sehingga tidak memberi ruang untuk dia membuat pilihan cuma dia perlulah fikir2kan cadangan dan pandangan kita mak ayah ni. Ikutkan  kehendaknya sudah tentu SBPI Sabak Bernam pilihan hati sebab bukan saja ada kakak di sana tapi disana juga lah dia membesar selama ini. " Selesai tahfiz.. abang ngah boleh pilih apa bidang yang abang ngah minati untuk kerjaya . Nak jadi saintis robotik, doktor, usahawan .. ikutlah asalkan baik dan dapat memberi manfaat pada agama bangsa dan negara "



Kini setelah 3 minggu di sana alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Meskipun bangunan masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya tapi pembelajaran telah berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih buat seluruh warga Imtiaz Melaka yang pastinya banyak melakukan pengorbanan di awal penubuhan sekolah yang jauh serba kekurangan berbanding SMS Banting ni. Tu lah selalu terfikir.. "susah2 aku mengurus sekolah baru ni, ingat... ramai lagi orang lebih susah sebenarnya."




Moga Imtiaz terus maju dan berkembang menjadi institusi pendidikan tahfiz yang terulung bukan saja di Melaka tapi seluruh negara. Buat anakanda Muhammad Rushdan moga kelak menjadi insan yang berguna buat keluarga, agama dan bangsa seluruhnya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails