Wednesday, June 27, 2012

Gua Kandu dan cameroon

 
Sesekali berlibur bersama keluarga sememangnya menyeronokkan. Tambahan bila melihat wajah dan raut muka anak2 yang gembira dengan apa yang dilalui. Salah satu destinasi yang boleh dikunjungi untuk aktiviti luar ini ialah gua kandu yang terletak di gopeng, Perak.


Terletak lebih kurang 3 km dari tol gopeng . Sebaik keluar tol ambik simpang kiri dan tak jauh dari situ jumpa jejantas. Lepas jejantas ada tanda nama kecil ,  simpang masuk agak kecil  dan  laluannya sempit. Bas sememangnya tak boleh masuk . Saja nak beri pengalaman anak2 meneroka alam gua dan buat aktiviti lasak ..Ada banyak pakej aktiviti di sini cuma kebetulan kami sampai hujan lebat. Semua yang dirancang terpaksa dibatalkan. Masuk gua je yang boleh. Hajat nak ke air terjun, flying fox dan mcam2 lagi. Tak ada rezeki lah namanya


Perjalanan dalam gua ok ... enjoy dan mencabar untuk budak kecik2 tu. Yang seksa sikit kita yang tua sebab kena dukung dan angkat anak2 di sesetengah lokasi curam dan tinggi.

Bestnya bila sampai puncak gua la... huuhh lega dan puas rasanya. anak2 pun happy bila berjaya mendaki


Hala balik sempat pulak menyinggah ke cameron ... dapat jugak merasa ais krim strawbery !! Banyak2 tempat tu ada satu pusat tananam yang diusahakan orang orang Islam kita. Jadi menyinggah lah kami. Sayangnya di situ tak boleh petik sendiri. Tapi lebih murah an ekonomi sebenarnya cuma tak ada pengalaman petik sendiri aje lah

Apa pun ok lah juga trip kali ini. Yang penting dapat meluangkan masa dengan anak2 semua ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails