Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri dan rehlah

Alhamdulillah Aidilfitri 2012 disambut dalam suasana berbeza sedikit dari tahun2 yang lalu. Tahun ini kami beraya di " rumah baru" di SMS Banting ini. Sekian lama duk berjauhan , dapatlah tahun ini rasa beraya di "rumah sendiri"  bersama ahli keluarga di kampung tu.

Sebaik selesai  solat raya ... sempat kami singgah banting untuk bergambar


Berkunjung dan merayakan aidilfitri bersama adik beradik memang satu kemestian bagi kami. Almaklumlah adik beradik ramai 10 orang semuanya. Happy mesti happy bila semua berkumpul .. penat tak penat pun sempat juga abiskan kunjungan kami ke rumah saudara mara terdekat


Aidilfitri ke 2 adalah hari ulang tahun kelahiran anakanda sulung kami Maryam Husna . Sebagai menghargai minat dan kecenderungan nya yang suka membaca, tahun ni kami bawa dia ke Putrajaya khusus ke kedai buku MPH untuk membolehkan dia mencari buku2 kegemarannya. Sehari suntuk kami di sana ... riuh rendah kedai tu dengan suara 2 puteri  kenit kami Kak Ijah dan Sumayah

Tumpang gembira bila melihat kegembiraan anak-anak

Syawal ke 3, ustaz adakan rumah terbuka buat ahli keluarga berdekatan di kampung tu. Harapkan haria biasa nak minta dia orang datang memang susah sikit sebab masing2 sibuk dengan kerja masing2. Raya2 inilah masanya untuk berkumpul. Sempat lagi bakar membakar dengan "george foreman"  yang baru dibeli dari adik mok su di Bangi



Syawal ke 4, kami bergerak hala sabak bernam untuk mengunjungi saudara mara dan rakan di sana.  Pertama sekali pastinya rumah pengasuh kak Ijah dan Kak Sumayyah iaitu mak Uji dan Wak Tamin .
Happynya dia orang sebab dapat melepaskan rindu terpendam . Perjalanan diteruskan hingga ke Taiping Perak . Kali ni kami terus ke Hotel Seri Malaysia sebab dah bercadang untuk bawa anak-anak terus bercuti sekejap. Apa lagi.... kolam lah renang lah tumpuan utama mereka. Manda sakan sapi kecut kulit badan dibuatnya... Abahnya pun tumpang sama sebab nak jaga keselamatan dia orang tu semua

Keesokan hari kami terus ke Bukit Mereh Resort untuk melihat  orang utan di sana.  Di Sabah dulu memang dah pernah ke Sepilok Sandakan iaitu pusat pemeliharaan orang utan tapi si kecik tu semua tak pernah lah berpeluang untuk mengenalinya sebab belum ada...


Berpeluang akhirnya mereka mengenali adam... antara nama orang utan yang menjadi penghuni di pusat orang utan Bukit Merah tu . Selain itu, taman herba juga boleh memberikan sumber inspirasi baru untuk membuat lanskap sekeliling rumah atau sekolah sekiranya mahu ...

Kesesakan lebuhraya memaksa kami menggunakan jalan dalam untuk balik ke KL. Dari Taiping terus ke Trong, Pantai Remis dan Setiawan sebelum ke Teluk Intan dan Sbak Bernam. Meskipun memang memenatkan... tapi berbaloi bila dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails