Thursday, September 5, 2013

Si BAHLUL al Majnun dan kenaikan harga roti


Alhamdulillah segala puji-pujian kehadarat Ilahi atas limpahan nikmat yang masih tiada terhenti hingga saat ini. Semoga segalanya ini akan sentiasa disyukuri...


Terpanggil untuk mencoretkan sesuatu bilamana fenomena kenaikan harga barangan sekali lagi melanda negara kita akibat kenaikan bahan api tempohari.  Seribu satu pandangan, ulasan dapat dibaca dalam pelbagai medium sosial terkini. Apa jua komen baik dari rakyat biasa hingga ke menteri .... barang sudah pasti wahai sidang pembaca khususnya anak-anak didikku yang tersayang semua,  hidup kita sebagai rakyat semakin sukar dan mencabar. 


Seringkali ustaz perjelaskan dalam kesempatan berbicara bahawa  zaman atau era  mee hoon 20 sen sebungkus seperti pernah ustaz kecapi tika disekolah rendah dahulu  lama telah berlalu. ( sambil senyum dan gelak anak-anak mendengarnya ). Zaman udang sekilo RM16  baru juga berlalu sebaik terbenamnya mentari senja  Tahun Baru Cina yang lalu kerana kini udang dipasaran berharga sekitar RM28@30  sekilo. 


Harga rumah teres di Taman Banting Baru di Jugra ini mencecah RM300 hingga 400 ribu !! Untuk dapatkan harga bawah RM200 ribu  perlu keluar dari zon pesat membangun yang tiada kemudahan asas mencukupi. Sukar memang semakin sukar... namun kehidupan mesti diteruskan dengan penuh keyakinan dan berfikiran positif bahawa semua ini atas perancangan dan kehendak Allah jua yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu dan pastinya JALAN KELUAR  DAN REZEKI Allah akan dikurniakan kepada hamba2 Nya yang terpilih



Teringat akan sebuah kisah yang tercatat dalam kitab Syarah al Hikam terjemahan dan syarahan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri iaitu karangan asal Abu Athaillah Iskandary tentang  Kisah Si Bahlul Yang Gila.

Pada satu ketika seorang ahli sufi bernama Sarey as Saqoty menceritakan ;

Pada satu hari aku mengunjungi sebuah tanah perkuburan untuk membacakan sesuatu pada ahlinya. Tiba2 aku melihat seorang lelaki yang dianggap gila oleh masyarakat bernama BAHLUL  atau dikenali namanya BAHLUL AL MAJNUN  sedang mengolekkan badannya di atas tanah perkuburan. Bukan satu kehairanan padaku kerana sememangnya dia sering membuat tindakan  atau perlakuan yang dianggap pelik oleh masyarakat sekeliling. 

" Kenapa engakau berada disini ?"  sapa Syeikh Sarey kepada Bahlul. " Memang aku suka dan selesa disini kerana mereka tidak ,menyusahkan aku dan apabila aku pergi dari sini mereka tidak pernah mencaciku dibelakangku "  katanya dengan puas hati .

Aku terpaku dengan jawapan si Bahlul dan menyedari betapa mendalamnya pengertian dari ucapan tersebut yang menggambarkan betapa rosaknya akhlak masyarakat  yang tidak menghiraukan dosa pahala, betul atau salah. Mereka hanya suka mengikut hawa nafsu yang lebih banyak membawa kerosakan kepada manusia. Aku terdiam dan tidak tahu untuk bertanyakan apa lagi padanya ,bimbang akan menerima jawapan yang tidak menyenangkan darinya

" Wahai Bahlul tahukah kamu berapa harga roti sekarang? "  Lidahku tiba2 melontarkan soalan tersebut tanpa aku sedari. Beliau menjawab dengan penuh tegas dengan wajah yang muncung serius dan masam " Demi Allah aduhai Sarey aku tidak peduli berapa harganya walaupun sebuku roti berharga sedinar sekalipun. Itu bukan urusanku"  

Bahlul terus  bersyarah dengan penuh falsafah. " Apa yang aku harus anggap lebih penting ialah kita mesti mencari jalan untuk menyembah Allah sebaik-baiknya sebagaimana yang diperintahkan, nescaya Allah SWT akan mengurniakian rezeki Nya sebagaimana yang dijanjikan. Harga roti naik atau turun  bukan menjadi masalah, sebab walau apa pun keadaan yang berlaku sesungguhnya rezeki dari Tuhan tetap ada "   tammat.

Teringat akan pepatah dan kata bijak pandai arab  "Ambillah mutiara hikmah meskipun ianya keluar dari mulut seorang gila "  Semoga  situasi hari ini akan menjadikan kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dan mensyukuri segala nikmat kurniaanya.


1 comment:

Anonymous said...

salam,

sayangnya tidak ramai seperti bahlul dan tidak ramai juga seperti kamu.

pada zaman ini kebanyakan manusia termasuk majoriti ulama berpakat dalam kesesatan maka jadilah musibah demi musibah demi musibah demi musibah demi musibah.

musibah ini, tidaklah ia datang tanpa sebab kerna Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa sebab.


jika tidak kerana Rahmat Allah, pastilah tidak diangkat segala musibah ini pada waktu dekat atau panjang.


sebelum sesiapa katakan apa apa padaku, lebih baik aku beritahu yang aku lebih bahlul tidak mengerti dari bahlul itu dan aku seorang yang hampir gila tidak sedarkan diri.

salam atas kamu, hai tuan rumah!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails