Alhamdulillah dapat kita teruskan siri pembelajaran dan perbincangan kita . Sebelum ini ustaz telah paparkan beberapa perkara dan kelemahan jawapan pelajar untuk kertas Bahasa Arab Tinggi baik kertas 1 atau kertas 2 . Mari kita lihat sendiri dalam contoh jawapan para pelajar dalam kertas 2 dibawah ini .
Atas adalah salah satu contoh soalan 2 dalam kertas iaitu menjawab kefahaman dari teks yang disediakan. Bawah pula adalah contoh soalan yang dikemukakan
Maksud soalan
Soalan 1 : Negara kita terkenal dengan apa?
Soalan2 : Apakah hasil keluaran tempatan yang dieksport ke luar negara?
Soalan3 : Mengapa kepala sawit dianggap sebagai penyumbang terbesar pendapatan negara?
Soalan 4 : Sebutkan industri berat yang terpenting di Malaysia?
Atas adalah contoh jawapan untuk setiap soalan yang diberi manakala dibawah ini adalah contoh jawapan para pelajar . Mari kita analisa bersama .....
Jawapan calon di atas ini (soalan2) dipotong 1 markah kerana tidak mengemukan muqaddimah atau pendahuluan jawapan dalam penulisannya manakala jawapan soalan ke3 calon diatas hanya diberi 1 markah kerana jawapan yang kurang tepat dan tidak disertakan muqaddimah.
Perkara yang sama dilakukan oleh calon seterusnya seperti contoh jawapan di atas. Tiada muqaddimah untuk jawapan bagi soalan ke 2 dan jawapan kurang tepat bagi soalan ke 3.
Lihat dan bezakan pula dengan jawapan calon terakhir di atas ini. Semua jawapan menepati kehendak soalan yang diberi dan betul.
Moga semua calon mendapat manfaat dari paparan ini. Berhati2 ketika menjawab. Meskipun 1 atau 1/2 markah akan dipotong dari pendahuluan yang diabaikan oleh calon .... ia tetapa markah yang amat bernilai!!!!!
Selamat berpuasa untuk semua.
1 comment:
Ustaz, sapa yg betul semua tu? hehe.
Post a Comment