Monday, July 31, 2023

Kita semakin ke penghujung

 


Tahun baharu hijrah hadir lagi . 1445H muncul lagi

Usia bertambah .. bertambahkah amalku?

Usia bertambah .. semakin ikhlaskah diri ini?


 Pantasnya masa berlalu ...

Setahun seumpama sebulan

Sebulan seperti satu Jumaat @ seminggu

Seminggu serasa  seperti sehari

Sehari macam sejam

Sejam Sepantas percikan api


Ya Allah 

aku tahu usiaku semakin luput 

rambutku semakin beruban

ubanku semakin membiak

Semua ini tanda bahawa 

saat untuk bertemu Mu kian hampir .


Ya Allah

Ampunilah aku

ampuni dosa isteri dan ahli keluargaku

ampuni kedua ibubapaku

ampuni seluruh ahli keluarga dan kaum kerabatku


Pimpinlah kami ya Allah

kembali ke jalan yang kau redhai

Lihatlah kami dengan kasih sayangMu

Lihatlah kami dengan keredhaan Mu


Biarlah sepantas mana pun masa berlalu

biar sesukar mana halangannya 

asal sahaja keredhaan MU 

bersama kami ya Allah

kami sedia harunginya



Catatan : 

Semoga Allah mengizinkan ku untuk terus berkarya di sini.

# Usaha memurnikan kembali blog ini akan dijalankan secara berperingkat dan berdikit-dikit.



Tuesday, February 2, 2021

Bertabahlah wahai anakku


Demi sesungguhnya .. semua orang diuji dengan kesukaran, keperitan, keresahan, kekecewaan , kesakitan dalam hidup. Sebahagian yang lain diuji pula dengan kejayaan, kesenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Ini lah ketetapan Allah

Semua itu ujian Allah, yang difikirkan  baik atau buruk

( وَبَلَوۡنَـٰهُم بِٱلۡحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّیِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ)

[Surah Al-A'raf 168]




cabaran getir calon SPM 2020 .. moga kalian bertabah, bersabar



Mengapa diuji?  supaya kita sentiasa kembali mengingati Allah

 ( يرجعون  )


Allah itu Maha Mengetahui akan rahsia segala sesuatu, yang tersurat mahu pun yang tersembunyi, yang lampau juga akan datang. Sedangkan kita hamba-Nya sangat LEMAH untuk mengetahui akan rahsia dan hikmah sesuatu. ( 
عليما )

Allah Maha Bijaksana.  ( حكيما  )  Mengatur mentadbir merancang dan menetapkan sesuatu takdir itu dengan kekuasaan dan kehendakNya.




Kepada siapa lagi kita mahu BERHARAP , BERSERAH melainkan hanya kepada-Nya.  ( وترجون من الله ) Kita ada tempat bergantung  dan berharap di saat dan ketika tiada sesiapa dari manusia  mampu berbuat apa apa. 


Pesanan ustaz kamu jadikanlah panduan dan bekalan sepanjang mengharungi cabaran ini. Usah sesekali kalian berputus asa, berputus harap dari rahmat Allah ( ولا تهنوا)

Teruskan pengharapan dan kebergantungan kita kepada Allah. Ustaz sentiasa mendoakan anak anak ustaz kuat jiwanya, kental emosinya  untuk terus memburu kejayaan di dunia dan akhirat.


Selasa 2/2/2021 , 

jam 5.25 petang


Latih tubi Sorof ( الـمشتقة )

 


إملاء  الفراغات  الآتية  بكلمة  مشتقة  من  الكلمات  التى  بين القوسين

  

1.        اتفقَ  ..... والـمربون على ضرورة الامتحانات (علَّم )

…… bersetuju akan kepentingan peperiksaan ( mengajar)

2.        شاهدت  الحافلة ......  في سيرها  ( سرع )

Saya melihat bas …… dalam perjalanannya (laju)

3.       للتلفِزِيُون .... كثيرة للمُشاهِدِين والـمشاهدات ( حسن )

Televisyen banyak …… untuk para penonton (baik)

4.              ........ الـمُضيف  الــزُّوار  بابتسام   ( قبل )

Tuan rumah ……. para pelancong dengan senyuman ( sambut)

5.              ........ السيَّارة  يخالف  قوانين الـمُرور  ( قاد )

………. melanggar undang undang lalu lintas (memandu)

 

Musytaqqah adalah kata terbitan yang lahir dari kata kerja@dasar sesuatu perkataan. Sebagai contoh (  علَّم  ) yang bermakna mengajar. Ia boleh berubah menjadi pengajar@guru, diajar,  pengajaran.

 

maka latihan di atas menuntut kamu mengubah kata dasar yang diberi bersesuaian dengan susunan ayat yang tersedia.

 

  الإجابة


1.              المعلَّمون  guru      

2.              مسرعة سريعة    keadaan laju

3.              مـحاسن   kebaikan      

4.              استقبل  -استقبل @ أقبل  - قبل   menyambut

5.              قائد pemandu     

 

 


ِLatih tubi Sorof ( اسم الفاعل )


       إملاء الفراغات الآتية باسم  فاعل مناسب من الافعال  بين القوسين

 

۱  وزراء التجارة تضمن حقوق  .......    ( استهلك )

Menteri Perdagangan menjamin hak …….  (mengguna)

٢   شرحت  ......  كيفية  التيمم      ( علَّم )

…..…. menerangka cara melakukan tayammum ( mengajar )

٣   سكن  .........  الجديد  في بيت الطلبة  ( أشرف )

……….. baru tinggal di rumah pelajar  ( menyelia)

٤   ......... يتنزهان في  المتحف الوطني    ( زار )

…..…. berjalan-jalan di Muzium Nasional ( melancong)

٥  ........ يشاهدون  مباراة  كرة القدم ( تفرَّج )

…..…. menyaksikan perlawanan bola sepak (tonton)


   الإجابة

1.                مستهلك   -  مستهلكين

2.                معلَّمة

3.                الـمشرف

4.                الــزائران

5.                متفرَّجون


( استهلك ) ( علَّم ) ( أشرف )  ( تفرَّج )

Jika dilihat dan diperhatikan dengan teliti, semua kata kerja di atas terbentuk melebihi 4 huruf. Bagi memudahkan pemahaman, selepas kata kerja tersebut ditukarkan kepada bentuk mudhori’ (   مضارع  )  kamu hanya perlu menukarkan huruf  YA ي  )  kepada MIM ( م  ) untuk menjadikannya sebagai kata nama pelaku (  اسم الفاعل  )


 ( زار )

Perkataan ini terbentuk dari 3 huruf, maka ia kekal menggunakan 

wazan   الفاعل   ) .

 



Sunday, January 31, 2021

الفصل 5 : الكلمة (1) من وحدة الأولى

 


Assalamualaikum semua

Hari ini kita mulakan sesi PdP kita untuk tingkatan  5 KSSM yang baharu. Bab 1 bertajuk  HARI  PENDAFTARAN UNIVERSITI .

 


         

Terjemah ayat diberi untuk memudahkan kamu memahami dengan lebih  pantas  dan mudah.

 

Sila perhatikan penggunaan kalimah kata kerja@ feel dalam ungkapan ayat berikut Kamu akan dapati kata kerja tersebut berubah mengikut kedudukannya dalam susunan ayat samada kata kerja tersebut berada di pangkat ayat atau selepas kalimah

yang lain . Kita akan perbahaskan perkara ini insyaAllah


الجملة

معانيها

يسجل الطلبة دراستهم في قسم القبول والتسجيل

Pelajar mendaftar  pelajaran@ pengajian mereka di Jabatan Kemasukan dan Pendaftaran

 

الموظفون يستعدون لاستقبال الطلبة الجدد

Para pegawai bersedia menerima pelajar baharu

المسجلة تسلم الوثائق والشهادات من الطالب

Pendaftar menerima dokumen dan sijil  daripada pelajar

 

يعطي المحاضر الاستمارات والنشرات

Pensyarah memberi @ menyerahkan borang dan broser

يرفق الطلبة الصورة والشهادة الطبية عند التسجيل

Pelajar melampirkan gambar dan sijil perubatan semasa pendaftaran

 

يواصل الطلبة دراستهم في الدبلوم والبكالوريوس

 Pelajar melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma dan sarjana muda

التِحَاقُ الطلبة في الدبلوم والبكالوريوس

Kemasukan pelajar diploma dan sarjana muda




Saturday, January 30, 2021

Ketenangan hati menghadapi ujian

 

الحمد لله ثم الحمد لله

Kita masih diuji dengan pelbagai musibah antaranya penularan wabak, banjir, kehilangan pekerjaan, kehilangan tempat tinggal , kesulitan menghadapi SPM diluar dari kebiasaan dan sebagainya.

Fenomena ini menunjukkan bahawa alam ini ada yang mencipta, mengatur, menyempurnakan dan menguasainya.

Orang yang beriman hendaklah menyedari hal ini dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa kerana Dialah sebaik-baik penolong. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ankabut 

(أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ ۝  وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ)

[Surah Al-Ankabut 2 - 3]


Ujian daripada Allah juga datang dalam pelbagai bentuk sama ada berupa kesenangan , kenikmatan,  kejayaan kemewahan atau pun berupa musibah bala bencana kematian sakit dan sebagainya. 

Semua bentuk ujian ini bertujuan untuk mengingatkan manusia akan kehebatan kekuasaan Allah dan kembali menyerah diri dan mengabdikan diri kepadanya

( وَبَلَوۡنَـٰهُم بِٱلۡحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّیِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ)

[Surah Al-A'raf 168]


Ianya juga memberi ingatan agar kita manusia usah terlalu bersedih hingga rasa berputus asa dengan musibah dan ujian yg kita lalui kerana  Allah Maha Penyayang, juga usah rasa terlalu gembira hingga sombong dengan nikmat yang diterima kerana Allah itu Maha Bekehendak. Segala apa jua keadaan sentiasa kembalilah mengingati Allah


مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةࣲ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِیۤ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِی كِتَـٰبࣲ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَاۤۚ إِنَّ ذَ ٰ⁠لِكَ عَلَى ٱللَّهِ یَسِیرࣱ ۝  لِّكَیۡلَا تَأۡسَوۡا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُوا۟ بِمَاۤ ءَاتَىٰكُمۡۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالࣲ فَخُورٍ)

[Surah Al-Hadid 22 - 23]

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah(22)

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(23)


Segala bentuk cabaran ujian musibah yang kita lalui juga adalah untuk melihat tahap keimanan dan hati kita sama ada kita redha sabar dan menerima ujian Allah dengan berlapang dada bersangka baik kepada Allah 

Ia juga untuk melihat sama ada kita bersedia merebut peluang untuk berbuat kebajikan dan kebaikan. Kita saksikan barisan hadapan bertungkus-lumus merawat pesakit pengurus pelbagai bencana dengan penuh kesabaran.

Yakinlah semua khidmat yang diberi akan menjadi ibadah yang paling mulia dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dan pasti dibalas dengan Ganjaran yang setimpal sabda nabi SAW

والله في عون العبد ما كان العبد في عون اخيه   

رواه بخاري و مسلم


Marilah kita kembali kepada Allah . Manfaatkanlah kesempatan yang ada untuk berbuat kebaikan kepada orang lain, berlapang dada dengan memaafkan kesalahan mereka, bersedia membantu Jika anda memerlukan dan mengeratkan silaturahim sesama kita .

Marilah kita ber Istiqamah dalam beramal dan berdoa kepada Allah agar tidak disibukkan dengan hal dunia melampau sehingga melupakan tanggungjawab terhadap agama dn menjadi manusia yang berjasa dan berguna.  Rasulullah bersabda

احب الناس الى الله انفعهم للناس

رواه الطبراني


(مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن یُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ یَهۡدِ قَلۡبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣱ)

[Surah At-Taghabun 11]


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu


Beruntung hambaNya yang beriman , yang sentiasa yakin akan ketentuan Allah dalam hadapi ujian kehidupan . Kelak pasti Allah mengurniakan KETENANGAN HATI dalam dirinya. KETENANGAN HATI inilah yang paling bermakna buat kita manusia untuk dibawa bersama tatkala bertemu Allah di akhirat sana.

(یَوۡمَ لَا یَنفَعُ مَالࣱ وَلَا بَنُونَ ۝  إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ)

[Surah Ash-Shu'ara 88 - 89]

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun , Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);


Moga semua anak anak calon SPM 2020 dan 2021 terus cekal, sabar, redha menghadapi ujian ini. Kekalkan fokus, teruskan komitmen, pelbanyakkan selawat istighfar,  berserahlah pada Allah.

والله اعلم


Tuesday, January 19, 2021

الفصل 4 : الكلمات (2) من الوحدة الأولى

 


الكلمات

يَسْتَرِيْحُ الـمُشْرِفُ بِـجَانِبِ البُحَيْرَةِ

Penyelia berehat bersebelahan tasik

شَاركَ الوَلَدُ الـمُسَابَقَةَ

Budak itu menyertai pertandingan

جَاءَ مُسْتَخْدِمُ الدَّرَّاجَةِ مِن الـجَبَلِ

Pengguna basikal datang dari  bukit

يَتَعاوَنُ الأوْلاَدُ فـي فَهْمِ الـخَرِيْطَةِ

Anak  anak saling membantu dalam memahami peta

يـَحْمِلُ الرَّجُلُ اللاَوَازِمَ للرّيَاضَةِ

Lelaki itu membawa barang keperluan untuk bersukan








الكلمات

حَافَظَ الرَّجُلُ على نَظَافَةِ الــبِيْئَةِ

Lelaki itu menjaga kebersihan persekitaran

يفْهَمُ الـمُدَرِّبُ الأطْفَال طَرِيْقَةِ اللعَب

Jurulatih memahamkan kanak-kanak cara bemain  

يا محمد! أشْرِفْ على أصْدِقَائِكَ

Wahai Muhammad ! selialah rakan kamu

يا خالد! شَجّعْ فَرِيْقَكَ

Wahai Khalid ! berilah semangat pasukan kamu

یا عمر! استَخْدِمْ الدَّراَجَة لِلتَّسْخِيْن

Wahai Umar ! gunalah basikal untuk pemanasan badan







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails