Demi sesungguhnya .. semua orang diuji dengan kesukaran, keperitan, keresahan, kekecewaan , kesakitan dalam hidup. Sebahagian yang lain diuji pula dengan kejayaan, kesenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Ini lah ketetapan Allah
Semua itu ujian Allah, yang difikirkan baik atau buruk
( وَبَلَوۡنَـٰهُم بِٱلۡحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّیِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ)
[Surah Al-A'raf 168]
cabaran getir calon SPM 2020 .. moga kalian bertabah, bersabar
Mengapa diuji? supaya kita sentiasa kembali mengingati Allah
( يرجعون )
Allah itu Maha Mengetahui akan rahsia segala sesuatu, yang tersurat mahu pun yang tersembunyi, yang lampau juga akan datang. Sedangkan kita hamba-Nya sangat LEMAH untuk mengetahui akan rahsia dan hikmah sesuatu. ( عليما )
Allah Maha Bijaksana. ( حكيما ) Mengatur mentadbir merancang dan menetapkan sesuatu takdir itu dengan kekuasaan dan kehendakNya.
Kepada siapa lagi kita mahu BERHARAP , BERSERAH melainkan hanya kepada-Nya. ( وترجون من الله ) Kita ada tempat bergantung dan berharap di saat dan ketika tiada sesiapa dari manusia mampu berbuat apa apa.
Pesanan ustaz kamu jadikanlah panduan dan bekalan sepanjang mengharungi cabaran ini. Usah sesekali kalian berputus asa, berputus harap dari rahmat Allah ( ولا تهنوا)
Teruskan pengharapan dan kebergantungan kita kepada Allah. Ustaz sentiasa mendoakan anak anak ustaz kuat jiwanya, kental emosinya untuk terus memburu kejayaan di dunia dan akhirat.
Selasa 2/2/2021 ,
jam 5.25 petang
No comments:
Post a Comment