الحمد لله ثم الحمد لله
Kita masih diuji dengan pelbagai musibah antaranya penularan wabak, banjir, kehilangan pekerjaan, kehilangan tempat tinggal , kesulitan menghadapi SPM diluar dari kebiasaan dan sebagainya.
Fenomena ini menunjukkan bahawa alam ini ada yang mencipta, mengatur, menyempurnakan dan menguasainya.
Orang yang beriman hendaklah menyedari hal ini dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa kerana Dialah sebaik-baik penolong. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ankabut
(أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ)
[Surah Al-Ankabut 2 - 3]
Ujian daripada Allah juga datang dalam pelbagai bentuk sama ada berupa kesenangan , kenikmatan, kejayaan kemewahan atau pun berupa musibah bala bencana kematian sakit dan sebagainya.
Semua bentuk ujian ini bertujuan untuk mengingatkan manusia akan kehebatan kekuasaan Allah dan kembali menyerah diri dan mengabdikan diri kepadanya
( وَبَلَوۡنَـٰهُم بِٱلۡحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّیِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ)
[Surah Al-A'raf 168]
Ianya juga memberi ingatan agar kita manusia usah terlalu bersedih hingga rasa berputus asa dengan musibah dan ujian yg kita lalui kerana Allah Maha Penyayang, juga usah rasa terlalu gembira hingga sombong dengan nikmat yang diterima kerana Allah itu Maha Bekehendak. Segala apa jua keadaan sentiasa kembalilah mengingati Allah
مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةࣲ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِیۤ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِی كِتَـٰبࣲ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَاۤۚ إِنَّ ذَ ٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ یَسِیرࣱ لِّكَیۡلَا تَأۡسَوۡا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُوا۟ بِمَاۤ ءَاتَىٰكُمۡۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالࣲ فَخُورٍ)
[Surah Al-Hadid 22 - 23]
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah(22)
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(23)
Segala bentuk cabaran ujian musibah yang kita lalui juga adalah untuk melihat tahap keimanan dan hati kita sama ada kita redha sabar dan menerima ujian Allah dengan berlapang dada bersangka baik kepada Allah
Ia juga untuk melihat sama ada kita bersedia merebut peluang untuk berbuat kebajikan dan kebaikan. Kita saksikan barisan hadapan bertungkus-lumus merawat pesakit pengurus pelbagai bencana dengan penuh kesabaran.
Yakinlah semua khidmat yang diberi akan menjadi ibadah yang paling mulia dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dan pasti dibalas dengan Ganjaran yang setimpal sabda nabi SAW
والله في عون العبد ما كان العبد في عون اخيه
رواه بخاري و مسلم
Marilah kita kembali kepada Allah . Manfaatkanlah kesempatan yang ada untuk berbuat kebaikan kepada orang lain, berlapang dada dengan memaafkan kesalahan mereka, bersedia membantu Jika anda memerlukan dan mengeratkan silaturahim sesama kita .
Marilah kita ber Istiqamah dalam beramal dan berdoa kepada Allah agar tidak disibukkan dengan hal dunia melampau sehingga melupakan tanggungjawab terhadap agama dn menjadi manusia yang berjasa dan berguna. Rasulullah bersabda
احب الناس الى الله انفعهم للناس
رواه الطبراني
(مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن یُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ یَهۡدِ قَلۡبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣱ)
[Surah At-Taghabun 11]
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
Beruntung hambaNya yang beriman , yang sentiasa yakin akan ketentuan Allah dalam hadapi ujian kehidupan . Kelak pasti Allah mengurniakan KETENANGAN HATI dalam dirinya. KETENANGAN HATI inilah yang paling bermakna buat kita manusia untuk dibawa bersama tatkala bertemu Allah di akhirat sana.
(یَوۡمَ لَا یَنفَعُ مَالࣱ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ)
[Surah Ash-Shu'ara 88 - 89]
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun , Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
Moga semua anak anak calon SPM 2020 dan 2021 terus cekal, sabar, redha menghadapi ujian ini. Kekalkan fokus, teruskan komitmen, pelbanyakkan selawat istighfar, berserahlah pada Allah.
والله اعلم