Showing posts with label Aktiviti sana sini. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti sana sini. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Aktiviti bersama masyarakat sekitar

Masa terhad yang ada, kekadang perlu juga dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama khususnya kepada masyarakat sekitar yang berhajat. Jemputan ceramah atau kuliah tak banyak mampu ustaz penuhi kerana kekangan masa dan bebanan tugas sedia ada




Ceramah Motivasi dan taklimat kemasukan ke SBP kepada pelajar tingkatan 3, SMK Sijangkang Jaya  pada 19 Sept lalu. Terima kasih kerana menjadi pendengar yang baik.



terima kasih Cikgu Wan Nor Suhailah yang sudi menjemput ustaz ...


Kelas Bahasa Arab untuk pelajar tingkatan 4 ,  SAMUSKD  yang mendapat tajaan Yayasan Selangor



Man Jadda Wajada
Dimana ada kemahuan pasti di situ akan terbuka jalan kejayaan


Anak-anakku kini sudah besar

01 Feb 1996 adalah tarikh keramat buat ustaz apabila mula ditempatkan sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di SM Sains Lahad Datu . Jarak yang begitu jauh sudah pastinya menjadi mimpi ngeri kepada mereka yang tidak bersedia untuk ke sana. Pemergian ustaz memang dengan kehendaki dan kerelaan sendiri.

" betul ke ustaz nak ke Sabah ?"  celah salah seorang pegawai bahagan penempatan di KPM tika itu. " Semua orang tak nak ke sana, kenapa ustaz nak pergi?"  Tanya beliau lagi.. Jawab ringkas dari ustaz  " masa mudalah kita kena cari pengalaman tuan." Selang 6 bulan, ustaz tarik isteri tersayang juga ke Sabah  yang tika itu bertugas di Sibu Sarawak. Bertugas lah kami disekolah yang sama selama hamper 6 tahun

17 tahun berlalu,  inilah hasilnya ...... anak dan cucu-cucu kami dari Lahad Datu Sabah !!!!  Rasa gembira dan seronok hanya Allah yang tahu. Bangga dan puas dalam hati bila anak-anak yang mula ustaz salam, peluk, rotan  ketika seawal usia 13 tahun kini besar dan dewasa dengan pelbagai kerjaya tahap pendidikan. Anak dia orang pun dah mula nak potong "abah" nya ni.  Hari raya tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran mereka semua.


Al Minraz, Kamal , Asri Thomas ,Firdaus Samiron

Sudarti , Sariah dan adiknya suriani 


Sabariah atau lebih mesra dengan panggilan Pondreng serta suami





Terima kasih cucu2 atuk semua ...datang lagi lain kali yer.





Syukur ya Allah ..hingga kini silaturrahim ini berpanjangan. Kurniakan kebaikan, kebahagian dan kejayaan dunia akhirat uat anak-anak dan cucuku ini. Jadikan kami hambaMu yang kau redhai. Terima kasih kerana masih mengingati kami berdua jangan lupa datang lagi tahun depan ...


Wednesday, April 3, 2013

Panggilan Pulau Pangkor


Alhamdulillah sekian lama berhasrat untuk membawa satu family cuti ke pangkor akhirnya tertunai jua tika percuti persekolahan baru-baru ini. Teluk batik memang dah selalu singgah cuma nak sampai hingga ke pulau pangkor ni asyik tertangguh2 hingga bertahun lamanya


Rasanya tiada aktiviti yang lebih menyeronokkan bila berada di pulau selain bermandi manda di tepian pantai sebegini ... apa lagi tak tunggu hingga terbit fajar pun untuk berendam dalam air laut. Mahu tak mahu terpaksa juga pegi meneman semua untuk mandi manda. Sayangnya pantai kurang bersih kerana sampah sarap tidak dibersihkan dengan baik. Jadi mood untuk mandi lama tu "putus"  sikitlah. Paling tidak perlu ada aktiviti tetap untuk buat operaasi pembersihan pantai tu 


Oleh kerana si ciik takut air lagi.. terpaksa layan dia main pasir jer. korek kambus korek balik tu leh aktiviti si sumayyah ni. Apapun dia tetap happy macam abang dan akak2 dia.


Oleh kerana teluk nipah memang ramai penempatan orang kita ..malam2 senang lah cari makan luar. Macam2 ada sepanjang tepian pantai tu. paling mengasyikkan si penjual char kuew teow ni. Tu yang selera bertambah  bila tengok dia berkasi dengan kuali nya ...  



Tak cukup mandi manda ..keesokkan hari kami tempah bot keliling pulau berdekatan sambil melakukan aktiviti snokling bersama2 . Hok ni memang best lah sebab kawasan selaman pun memang bersih sebab di luar kawasan pantai ...memang best


Hala balik tengahri tu singgah pula semalaman di Marina Cove Lumut ....mandi lagiiiii lah anak2 . Kali ni dalam kolam renang . Abah nya juga yang kena meneman . Ok lah sesekali dapat layan sepenuh hati anak2 yang sedang meningkat remaja ni kan. Daripada mereka cari orang lain...ada baiknya kita mak ayah yang jadi kawan dia orang tu kan.  


Kepada pengunjung yang ada kesempatan nanti....bawalah bercuti semua ahli keluarga dan luangkanlah masa bersama anak-anak kerana mereka adalah PERMATA HATI kita yang tidak ternilai harganya. 



Tuesday, December 18, 2012

cuti santai cuti cuti

Alhamdulillah cuti penggal persekolahan telah memasuki fasa akhir bila menjelangnya bulan december ini. Seperti keluarga lain, ustaz juga pastinya mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama keluarga khususnya anak-anak disamping meneruskan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Inilah masa paling sesuai memberikan input dan nilai tambah pada anak-anak.



 Pengalaman turun ke laut di pantai Kelanang, Morib pastinya sukar dilupakan oleh anak bujang ke 2 ustaz ni. Meredah pantai sejauh 2km dengan membawa hasil tangkapan dibawah pancaran terik matahari sesuatu yang baharu padanya. Apa lagi cemburu jugaklah si abang sulungnya kerana tak berkesempatan bersama waktu itu. Sesungguhnya rezeki Allah sangat luas bagi sesiapa saja yang berkemahuan untuk mencari dan menerokainya. Cuma bila dah rasa sendiri jerihnya memukat...rasa tak sampai hati kalau jumpa para nelayan kecil tepi jalan tu untuk menawar harga ikan yang dijual.




Kesempatan bercuti dan balik ke Tganu sekejap tetap menyeronokkan. Selain kerpok lekor, sup perut sudah tentunya ikan celur tepung akan jadi menu yang dicari. Harga jangan citerlah...tentunya lebih sikit . Tapi tetap berbaloi dengan keenakkan dan keceriaan anak-anak ketika menikmatinya. Sempat gak main pasir dengan supupu sepapa dia orang semua



 Sedikit ruang di waktu subuh sempat juga juga meronda sekitar bandaraya KT. 20 tahun lalu di situlah juga tempat ustaz menimba ilmu. Jalan yang dulunya dikenali sebagai kampung cina dulu hanyalah lorong kecil yang dibarisi dengan deretan kedai lama bangsa cina. Kini meskipun barisan kedai yang sama masih ada malah lebih baik setelah dibaiki pulih tapi lebh dari itu kemudahan jalanrayanya jauh lebih kondusif ditambah dengan pelbagai kemudahan rekreasi disekitarnya. Pinggiran laut yang menghadap laut dan menjadi lokasi Piala Monsun telah ditambak serta dihiasi dengan lanskap yang menarik. Hampir 10 minit ustaz berhenti sejak di kawasan tu sambil mengimbau kembali nostalgia lama-lama dulu. Terdetik di hati kecil...agaknya kalu kawasan ini adalah kampung Melayu , adakah perkara sama akan dilakukan atau mungkin dimusnahkan. Dalam hati sering berbisik.. "mereka"  adalah kaum yang bijak dalam mengambil apa jua peluang yang terhidang dihadapan mereka tanpa mengira apa jua bentuk politik yang dilalui. Keuntungan tetap berpihak pada mereka. Pada ustaz... mereka sentiasa "berfikir"  untuk memajukan diri dan bangsa mereka.   









Kesempatan bercuti...dapat juga kami bawa anak-anak berkunjung ke Cosmo World di Berjaya Times Square KL. Aktiviti santai dan rekreasi macam ni memang menjadi kesukaan dia orang terutama yang budak2  tu ha.. yang dah berumur ni pakat tengok  je lah . Alhamdulillah ada abang Bo kami yang bekerja di syarikat tu dapatlah potongan harga yang ok ... terima kasih daun keladi lah yer b.bo !!! 


Antara yang best sebenarnya kunjungan sejenak ke festival buah buahan di putrajaya. Tak sangka pulak jumpa tauke arnab di pesta tu bekas murid di sbpi sabak bernam hehe sihat semacam je..



Tapi ustaz tertarik dgn konsep tanaman ni. Selain tanaman mudah di selenggara boleh jadi hiasan keliling rumah... bila agaknya teratak kampung kami akan menjadi kenyataan....

Monday, October 15, 2012

Bengkel Klinik Sihat Bahasa Arab SPM

SAM NURUL IMAN,
MERU KLANG

12 Oktober 2012
Jumaat

8.30 pagi- 12.30 tengahari




Moga kalian semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah untuk terus maju dan berjaya dalam hidup. Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada ustaz untuk mengenali kalian walaupun sejenak. Terima kasih juga pada ustazah Azilah atas undangan ..

" kejayaan itu bermula dari apa yang kamu fikirkan .
Positifkan minda, nyalakan kemahuan membara untuk sentiasa berjaya
tingkatkan kebergantungan dan keyakinan kepada Allah ...
insyaAllah kelak kalian juga akan berjaya   "

Friday, June 29, 2012

Bengkel Bahasa Arab PMR SAMUS

Jun 27 ; Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah (SAMUS ) Kanchong Darat , Banting .  Alhamdulillah satu bengkel teknik menjawab Bahasa Arab dalam ustaz jalankan dengan izin Allah. Lama dah berbengkel ni sejak berpindah ke SMS Banting. Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari



Dengan memberikan fokus kepada perubahan sikap dan pemikiran calon terhadap mata pelajaran Bahasa Arab ini adalah diharapkan semua calon yang hadir dapat mengambil menfaat darinya.  Syabas dan Tahniah atas terhatian dan minat yang diberi. Lupakan sejarah lampau akan pencapaian kamu wahai warga SAMUS calon PMR 2012 !!  Lupakan kritikan dan laungan negatif yang selama ini dilontarkan kepada kamu !!  Betulkan pemikiran kamu , bulatkan tekad dan azam , bina keyakinan dalam diri, mulakan perubahan dalam tindakan hari ini...kelak kamu akan mendapat sesuatu yang selama ini  tidak pernah kamu kecapi atau mungkin kamu impikan . Apa yang orang kata terhadap kamu penting tapi yang LEBIH PENTING apa yang kamu sendiri katakan terhadap diri sendiri.



Awal pagi tadi terakam dalam sejarah bola sepak Eropah .. Italy sekali lagi menempa sejarah ke perlawanan akhir EURO 2012 dan bakal bertemu Sepanyol. Hampir 80%  peminat seluruh dunia menyatakan German akan ke perlawanan akhir  berdasarkan pencapaian dan reputasi semasa tanpa memberi harapan kepada Italy  . Apa yang ustaz katakan tadi   mungkin boleh direnung2 kan

Selamat Maju Jaya buat warga SAMUS  dalam PMR dan SPM 2012


Saturday, March 17, 2012

Satu pagi di Pantai Tg Bidara

Sesekali ke pantai memang mengasyikkan. Apatah lagi dengan deruan angin pantai dan air yang membiru hmmm memang best. Kesempatan menghantar abang ngah ke Imtiaz Melaka , kami gunakan untuk bersantai di pantai tanjung Bidara yang terletak tak jauh dari Pekan Masjid Tanah tu.



Nak jadikan cerita beberapa hari sebelum tu  sempatlah bawa anak-anak ke pantai Kelanang berhampiran pantai Morib yang letaknya cuma beberpa KM saja  dari SMS Banting. Mengata tidak lah cuma .. bila tengok air laut yang semacam air teh tarik tu ... putus hati nak bermandi manda. Jadi memang kami gunakan sepenuhnya peluang ke Melaka untuk bersantai ...





Walaupun panas terik ... tapi dapat sesekali melayan anak-anak tu, kita pun dapat jugalah tumpang sekaki rasa seronoknya. Meskipun airnya tidak seindah dan sehijau Pulau Redang, Pulau Toiman atau Pulau Manukan di Kota Kinabalu .... tetap best sebab masih bersih kelihatannya . Ada masa pergi lah ...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails