Showing posts with label Tazkirah Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Motivasi. Show all posts

Tuesday, February 2, 2021

Bertabahlah wahai anakku


Demi sesungguhnya .. semua orang diuji dengan kesukaran, keperitan, keresahan, kekecewaan , kesakitan dalam hidup. Sebahagian yang lain diuji pula dengan kejayaan, kesenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Ini lah ketetapan Allah

Semua itu ujian Allah, yang difikirkan  baik atau buruk

( وَبَلَوۡنَـٰهُم بِٱلۡحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّیِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ)

[Surah Al-A'raf 168]




cabaran getir calon SPM 2020 .. moga kalian bertabah, bersabar



Mengapa diuji?  supaya kita sentiasa kembali mengingati Allah

 ( يرجعون  )


Allah itu Maha Mengetahui akan rahsia segala sesuatu, yang tersurat mahu pun yang tersembunyi, yang lampau juga akan datang. Sedangkan kita hamba-Nya sangat LEMAH untuk mengetahui akan rahsia dan hikmah sesuatu. ( 
عليما )

Allah Maha Bijaksana.  ( حكيما  )  Mengatur mentadbir merancang dan menetapkan sesuatu takdir itu dengan kekuasaan dan kehendakNya.




Kepada siapa lagi kita mahu BERHARAP , BERSERAH melainkan hanya kepada-Nya.  ( وترجون من الله ) Kita ada tempat bergantung  dan berharap di saat dan ketika tiada sesiapa dari manusia  mampu berbuat apa apa. 


Pesanan ustaz kamu jadikanlah panduan dan bekalan sepanjang mengharungi cabaran ini. Usah sesekali kalian berputus asa, berputus harap dari rahmat Allah ( ولا تهنوا)

Teruskan pengharapan dan kebergantungan kita kepada Allah. Ustaz sentiasa mendoakan anak anak ustaz kuat jiwanya, kental emosinya  untuk terus memburu kejayaan di dunia dan akhirat.


Selasa 2/2/2021 , 

jam 5.25 petang


Saturday, January 30, 2021

Ketenangan hati menghadapi ujian

 

الحمد لله ثم الحمد لله

Kita masih diuji dengan pelbagai musibah antaranya penularan wabak, banjir, kehilangan pekerjaan, kehilangan tempat tinggal , kesulitan menghadapi SPM diluar dari kebiasaan dan sebagainya.

Fenomena ini menunjukkan bahawa alam ini ada yang mencipta, mengatur, menyempurnakan dan menguasainya.

Orang yang beriman hendaklah menyedari hal ini dan menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa kerana Dialah sebaik-baik penolong. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Ankabut 

(أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ ۝  وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ)

[Surah Al-Ankabut 2 - 3]


Ujian daripada Allah juga datang dalam pelbagai bentuk sama ada berupa kesenangan , kenikmatan,  kejayaan kemewahan atau pun berupa musibah bala bencana kematian sakit dan sebagainya. 

Semua bentuk ujian ini bertujuan untuk mengingatkan manusia akan kehebatan kekuasaan Allah dan kembali menyerah diri dan mengabdikan diri kepadanya

( وَبَلَوۡنَـٰهُم بِٱلۡحَسَنَـٰتِ وَٱلسَّیِّـَٔاتِ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ)

[Surah Al-A'raf 168]


Ianya juga memberi ingatan agar kita manusia usah terlalu bersedih hingga rasa berputus asa dengan musibah dan ujian yg kita lalui kerana  Allah Maha Penyayang, juga usah rasa terlalu gembira hingga sombong dengan nikmat yang diterima kerana Allah itu Maha Bekehendak. Segala apa jua keadaan sentiasa kembalilah mengingati Allah


مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةࣲ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِیۤ أَنفُسِكُمۡ إِلَّا فِی كِتَـٰبࣲ مِّن قَبۡلِ أَن نَّبۡرَأَهَاۤۚ إِنَّ ذَ ٰ⁠لِكَ عَلَى ٱللَّهِ یَسِیرࣱ ۝  لِّكَیۡلَا تَأۡسَوۡا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُوا۟ بِمَاۤ ءَاتَىٰكُمۡۗ وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالࣲ فَخُورٍ)

[Surah Al-Hadid 22 - 23]

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah(22)

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(23)


Segala bentuk cabaran ujian musibah yang kita lalui juga adalah untuk melihat tahap keimanan dan hati kita sama ada kita redha sabar dan menerima ujian Allah dengan berlapang dada bersangka baik kepada Allah 

Ia juga untuk melihat sama ada kita bersedia merebut peluang untuk berbuat kebajikan dan kebaikan. Kita saksikan barisan hadapan bertungkus-lumus merawat pesakit pengurus pelbagai bencana dengan penuh kesabaran.

Yakinlah semua khidmat yang diberi akan menjadi ibadah yang paling mulia dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dan pasti dibalas dengan Ganjaran yang setimpal sabda nabi SAW

والله في عون العبد ما كان العبد في عون اخيه   

رواه بخاري و مسلم


Marilah kita kembali kepada Allah . Manfaatkanlah kesempatan yang ada untuk berbuat kebaikan kepada orang lain, berlapang dada dengan memaafkan kesalahan mereka, bersedia membantu Jika anda memerlukan dan mengeratkan silaturahim sesama kita .

Marilah kita ber Istiqamah dalam beramal dan berdoa kepada Allah agar tidak disibukkan dengan hal dunia melampau sehingga melupakan tanggungjawab terhadap agama dn menjadi manusia yang berjasa dan berguna.  Rasulullah bersabda

احب الناس الى الله انفعهم للناس

رواه الطبراني


(مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن یُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ یَهۡدِ قَلۡبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣱ)

[Surah At-Taghabun 11]


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu


Beruntung hambaNya yang beriman , yang sentiasa yakin akan ketentuan Allah dalam hadapi ujian kehidupan . Kelak pasti Allah mengurniakan KETENANGAN HATI dalam dirinya. KETENANGAN HATI inilah yang paling bermakna buat kita manusia untuk dibawa bersama tatkala bertemu Allah di akhirat sana.

(یَوۡمَ لَا یَنفَعُ مَالࣱ وَلَا بَنُونَ ۝  إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ)

[Surah Ash-Shu'ara 88 - 89]

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun , Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);


Moga semua anak anak calon SPM 2020 dan 2021 terus cekal, sabar, redha menghadapi ujian ini. Kekalkan fokus, teruskan komitmen, pelbanyakkan selawat istighfar,  berserahlah pada Allah.

والله اعلم


Sunday, May 10, 2020

فيروس كورونا (كوفيد-19)‏






نصائح للجمهور بشأن مرض فيروس كورونا (كوفيد-19)‏


تدابير الوقاية الأساسية من فيروس كورونا (كوفيد-19)
احرص على متابعة آخر المستجدات عن فاشية مرض كوفيد-19، على الموقع الإلكتروني لمنظمة الصحة العالمية ومن خلال سلطات الصحة العامة المحلية والوطنية. احرص على العناية بصحتك وحماية الآخرين بواسطة التدابير التالية:

اغسل اليدين بانتظام 
لماذا؟   إن تنظيف يديك بالماء والصابون أو فركهما بمطهر كحولي من شأنه أن يقتل الفيروسات التي قد تكون على يديك.

احرص على ممارسات النظافة التنفسية
احرص على تغطية الفم والأنف بثني المرفق أو بمنديل ورقي عند السعال أو العطس، ثم تخلص من المنديل الورقي فوراً بإلقائه في سلة مهملات مغلقة ونظف يديك بمطهر كحولي أو بالماء والصابون.
لماذا؟ تغطية الفم والأنف عند السعال والعطس تمنع انتشار الجراثيم والفيروسات. أما إذا غطيت فمك وأنفك بيدك أثناء العطس والسعال فقد تنقل الجراثيم إلى كل ما تلمسه من أشياء وأشخاص.
تجنب الاقتراب كثيرا من الناس
احتفظ بمسافة لا تقل عن متر واحد (3 أقدام) بينك وبين أي شخص يسعل أو يعطس.
لماذا؟ عندما يسعل الشخص أو يعطس، تتناثر من أنفه أو فمه قُطيرات سائلة صغيرة قد تحتوي على الفيروس. فإذا كنت شديد الاقتراب منه يمكن أن تتنفس هذه القُطيرات، بما في ذلك الفيروس المسبب لمرض كوفيد-19 إذا كان الشخص مصاباً به.

تجنب لمس عينيك وأنفك وفمك
لماذا؟ تلمس اليدين العديد من الأسطح ويمكنها أن تلتقط الفيروسات. وإذا تلوثت اليدان فإنهما قد تنقلان الفيروس إلى العينين أو الأنف أو الفم. ويمكن للفيروس أن يدخل الجسم عن طريق هذه المنافذ ويصيبك بالمرض.
إذا كنت تعاني من الحمى والسعال وصعوبة التنفس، التمس المشورة الطبية على الفور، فقد تكون مصاباً بعدوى الجهاز التنفسي أو حالة مرضية وخيمة أخرى. واتصل قبل الذهاب إلى مقدم الرعاية وأخبره إن كنت قد سافرت أو خالطت أي مسافرين مؤخراً.
لماذا؟ إن اتصالك المسبق بمقدم الرعاية سيسمح له بتوجيهك سريعاً إلى مرفق الرعاية الصحية المناسب. وسيساعد ذلك أيضاً على منع أي انتشار محتمل للفيروس المسبب لمرض كوفيد-19 وغيره من الفيروسات.


" خليك بالبيت " @  البقاء في الـمنزل والـمحافظة على الـمسافات
العلماء يعرفون إن كورونا عائلة كبيرة من الـفيروسات التي يمكن أن تسبب الـمرض في البشـر التي تنتقل عن طريق الـجهاز التنفسي ، البقاء في الـمنزل والـمحافظة على الـمسافات الإجـتماعية الـكافية يساهمان  بشكل فعال في الــحد  من إنتشار كورونا



 تابع المستجدات واتبع نصائح مقدمي الرعاية الصحية
  احرص على متابعة آخر المستجدات بشأن مرض كوفيد-19. واتبع النصائح التي يقدمها لك مقدم الرعاية الصحية وتلك الصادرة عن سلطات الصحة العامة المحلية والوطنية أو عن رب عملك بشأن أساليب حماية نفسك والآخرين من الإصابة بعدوى كوفيد-19.
 لماذا؟ لأن السلطات المحلية والوطنية لديها أحدث المعلومات عما إذا كانت عدوى كوفيد-19 قد انتشرت بالفعل في منطقتك، وهي الأقدر على تقديم النصائح بشأن ما ينبغي للناس في منطقتك فعله لحماية أنفسهم.






الخلاصة   :  تدابير الوقاية الأساسية من فيروس كورونا (كوفيد-19)
Lngkah pencegahan asas COVID 19

اغسل اليدين بانتظام 
Basuh tangan secara teratur
احرص على ممارسات النظافة النفسية
Menjaga kebersihan diri
تـجنب الاقتراب كثيرا من الناس
Jauhi perhimpunan ramai
تـجنب لمس عينيك وأنفك وفمك
Jauhi menyentuh mata hidung dan mulut
" خليك بالبيت " @  البقاء في الـمنزل والـمحافظة على الـمسافات
Duduk di rumah dan pelihara jarak
تابع المستجدات واتبع نصائح مقدمي الرعاية الصحية
Ikuti perkembangan dan ikuti nasihat penyedia perkhidmatan kesihatan




#" خليك بالبيت " @  البقاء في الـمنزل

Thursday, September 5, 2013

Si BAHLUL al Majnun dan kenaikan harga roti


Alhamdulillah segala puji-pujian kehadarat Ilahi atas limpahan nikmat yang masih tiada terhenti hingga saat ini. Semoga segalanya ini akan sentiasa disyukuri...


Terpanggil untuk mencoretkan sesuatu bilamana fenomena kenaikan harga barangan sekali lagi melanda negara kita akibat kenaikan bahan api tempohari.  Seribu satu pandangan, ulasan dapat dibaca dalam pelbagai medium sosial terkini. Apa jua komen baik dari rakyat biasa hingga ke menteri .... barang sudah pasti wahai sidang pembaca khususnya anak-anak didikku yang tersayang semua,  hidup kita sebagai rakyat semakin sukar dan mencabar. 


Seringkali ustaz perjelaskan dalam kesempatan berbicara bahawa  zaman atau era  mee hoon 20 sen sebungkus seperti pernah ustaz kecapi tika disekolah rendah dahulu  lama telah berlalu. ( sambil senyum dan gelak anak-anak mendengarnya ). Zaman udang sekilo RM16  baru juga berlalu sebaik terbenamnya mentari senja  Tahun Baru Cina yang lalu kerana kini udang dipasaran berharga sekitar RM28@30  sekilo. 


Harga rumah teres di Taman Banting Baru di Jugra ini mencecah RM300 hingga 400 ribu !! Untuk dapatkan harga bawah RM200 ribu  perlu keluar dari zon pesat membangun yang tiada kemudahan asas mencukupi. Sukar memang semakin sukar... namun kehidupan mesti diteruskan dengan penuh keyakinan dan berfikiran positif bahawa semua ini atas perancangan dan kehendak Allah jua yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu dan pastinya JALAN KELUAR  DAN REZEKI Allah akan dikurniakan kepada hamba2 Nya yang terpilih



Teringat akan sebuah kisah yang tercatat dalam kitab Syarah al Hikam terjemahan dan syarahan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri iaitu karangan asal Abu Athaillah Iskandary tentang  Kisah Si Bahlul Yang Gila.

Pada satu ketika seorang ahli sufi bernama Sarey as Saqoty menceritakan ;

Pada satu hari aku mengunjungi sebuah tanah perkuburan untuk membacakan sesuatu pada ahlinya. Tiba2 aku melihat seorang lelaki yang dianggap gila oleh masyarakat bernama BAHLUL  atau dikenali namanya BAHLUL AL MAJNUN  sedang mengolekkan badannya di atas tanah perkuburan. Bukan satu kehairanan padaku kerana sememangnya dia sering membuat tindakan  atau perlakuan yang dianggap pelik oleh masyarakat sekeliling. 

" Kenapa engakau berada disini ?"  sapa Syeikh Sarey kepada Bahlul. " Memang aku suka dan selesa disini kerana mereka tidak ,menyusahkan aku dan apabila aku pergi dari sini mereka tidak pernah mencaciku dibelakangku "  katanya dengan puas hati .

Aku terpaku dengan jawapan si Bahlul dan menyedari betapa mendalamnya pengertian dari ucapan tersebut yang menggambarkan betapa rosaknya akhlak masyarakat  yang tidak menghiraukan dosa pahala, betul atau salah. Mereka hanya suka mengikut hawa nafsu yang lebih banyak membawa kerosakan kepada manusia. Aku terdiam dan tidak tahu untuk bertanyakan apa lagi padanya ,bimbang akan menerima jawapan yang tidak menyenangkan darinya

" Wahai Bahlul tahukah kamu berapa harga roti sekarang? "  Lidahku tiba2 melontarkan soalan tersebut tanpa aku sedari. Beliau menjawab dengan penuh tegas dengan wajah yang muncung serius dan masam " Demi Allah aduhai Sarey aku tidak peduli berapa harganya walaupun sebuku roti berharga sedinar sekalipun. Itu bukan urusanku"  

Bahlul terus  bersyarah dengan penuh falsafah. " Apa yang aku harus anggap lebih penting ialah kita mesti mencari jalan untuk menyembah Allah sebaik-baiknya sebagaimana yang diperintahkan, nescaya Allah SWT akan mengurniakian rezeki Nya sebagaimana yang dijanjikan. Harga roti naik atau turun  bukan menjadi masalah, sebab walau apa pun keadaan yang berlaku sesungguhnya rezeki dari Tuhan tetap ada "   tammat.

Teringat akan pepatah dan kata bijak pandai arab  "Ambillah mutiara hikmah meskipun ianya keluar dari mulut seorang gila "  Semoga  situasi hari ini akan menjadikan kita lebih mendekatkan diri kepada Allah dan mensyukuri segala nikmat kurniaanya.


Tuesday, February 12, 2013

Mencontohi Pemikiran dan Sikap Positif Nabi Muhammad SAW

Disebutkan dalam surah At-Tin, ayat 4, Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk yang berbekalkan sumber peribadi dan bakat semula jadi. Sumber ini dapat dirangsangkan untuk menyerlah potensi diri seseorang insan. Allah Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia serba lengkap fizikalnya, ditambah pula dengan anugerah akal dan minda, iaitu anugerah yang paling berharga.

Marilah kita merenung sejenak kehebatan anatomi fizikal ini. Kita mempunyai lima pancaindera; 500 jenis otak; 200 jenis tulang; 24,000 saraf pendengaran (telinga); 100 juta sel reseptor (mata); 10.5 kilometer urat saraf; 90,000 kilometer saluran darah; 1,600 gelen darah sehari yang dialirkan oleh jantung dan sebagainya.

Cuba kita hayati pula kehebatan minda kita:

• Boleh berfikir untuk membuat sesuatu keputusan
• Berupaya mencipta sesuatu idea atau barangan
• Mampu membuat penilaian yang baik atau buruk
• Mampu membuat perancangan dan pelaksanaan
• Bertanggungjawab ke atas segala pemikiran, perasaan dan tindakan
• Mampu berfikir pada kadar 800 perkataan seminit dengan setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti suatu komputer peribadi
• Berupaya menampung 120 kemahiran

Walaupun kita tahu keupayaan fizikal dan minda masing-masing, kajian mendapati bahawa kita hanya menggunakan lima hingga 10 peratus daripada potensi diri masih belum lagi digunakan dan bersedia untuk diperkembangkan.

Untuk membina kecemerlangan diri ada tiga aspek yang perlu dibuat :
• Memahami diri minda
• Mengenali dan menganalisis sistem nilai kehidupan
• Memilih dan membina sasaran, matlamat atau pelan tindakan kehidupan

Kesedaran mengenai potensi diri hanyalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Ketahuilah 90 peratus kejayaan kita adalah melaui sikap positif serta 10 peratus menerusi ilmu dan kebolehan. Dalam erti kata lain, faktor yang menentukan kecemerlangan ialah memilik sifat positif.

Sikap positif pula boleh terbentuk 90 peratusnya melalui mengadakan matlamat hidup, hala tuju serta strategi ke arah pencapaian matlamat kendiri. Sepuluh peratus perubahan sikap positif adalah melalui persembahan ilmu dan pengalaman.

Rasulullah s.a.w. dan sahabat adalah insan yang berfikiran dan bertindak positif. Mereka yakin akan syurga yang seluas langit dan bumi yang dihias dengan pelbagai keindahan yang tidak dapat dibayangkan mata. Walaupun pelbagai rintangan melanda, Baginda tempuhi dengan sabar dan tidak pernah putus asa. Matlamat kaum mukminin jelas yakni mencari keredhaan Allah. Wawasan mereka adalah syurga. Tindakan mereka sentiasa berhati-hati agar perintah Allah sentiasa diikuti. Rasulullah dan sahabat contoh unggul kehidupan insan.



Justeru, usah banyak bicara atau membuang masa, marilah kita terus mulakan tindakan bagi menjayakan hasrat dan cita-cita! Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan seribu alasan.



Friday, September 14, 2012

biarlah cakna meskipun benda kecil

Alhamdulillah dengan izin Allah masih berkesempatan untuk mencoretkan sesuatu disini. Moga ia memberi manfaat buat semua yang menatapnya. esok anak2 SMS Banting balik ke kampung atau rumah sempena sambutan Hari Malaysia hingga Isnin. Peluang bersama ibubapa hargailah sepenuhnya dengan berbakti dan gembirakan hati mereka  kerana belum pasti esok masih ada untuk kita semua.

Perihal cakna atau ambil berat dengan perkara2 kecil memang selalu kita dengar cuma kita sendiri prihatin, ambil kisah atau sebaliknya. Berapa ramai antara  kita tak hiraukan keselamatan, keselesaan, kebajikan orang lain kerana kita beranggapkan sesuatu perkara itu biasa2 je atau tak apa  kecik jer ... tapi pernahkah kita dengar atau terlihat kejadian sebuah pesawat boing yang membawa penumpang seramai 340 orang terhempas dan mengorbankan nyawa semua penumpang hanya berpunca dari kealpaan kecil ketika proses penyelenggaraan pesawat iaitu tidak mengetatkan salah satu skru dengan sempurna?

inilah selalu kita pesan pada semua anak2 di asrama.. ambil berat, ambil kisah biarpun hanya perkara ecil. elak budaya tak apa atau biarlah kerana semuanya boleh mengakibatkan insiden yang buruk atau dahsyat jika tidak berhati-hati.

Amat menghormati insan yang berilmu dan berkemahiran biar apa jua taraf dan darjatnya kerana apa yang Allah lihat dari kita hanya lah TAQWA



Minggu ni bersama bersama seorang wak..kami bergegas ke asrama untuk menyelenggara tandas tersumbat. Akibat  sikap tak apa ... satu asrama berdepan bau busuk dan meloyakan kerana najis bertaburan dalam bilik air akibat saluran najis  yang tersumbat . Sapa sanggup bersihkan?????  Form 1 atau F2 @ F4? semuanya pasti melarikan diri bila disuruh. Hampir pasti tak ada sapa yang sanggup!!  Tu yang ustaz selalu kata pesan dan ingatkan...usah sombong dengan sedikit kurniaan allah pada kita baik berupa harta benda, kehebatan diri, keturunan atau apa saja kerana "tiba saatnya"  kita pasti mengharap mereka yang kekadang kita fikir "tiada apa2"  .  Usah pandang rendah pada makcik dan pakcik cleaner ! pada tukang masak!  Mereka inilah tulang belakang kejayaan ita di asrama penuh ini.

Insan yang sering kali dipandang rendah manusia kekadang dialah hamba paling mulia disisi Allah...  kerana apa? kerana keilmuan2 kepakaran  dan keikhlasan amal nya


Bersama kita bangunkan jiwa dan rohani kita dengan KETAQWAAN agar kelak kita dipandang mulia oleh segala makhluk baik yang di bumi mahu pun di langit sana

Tuesday, August 28, 2012

7 Perangkap Syaitan siri 2

Perangkap Keempat: Dosa-Dosa Kecil.

syaitan menimbang dosa-dosa ini untuknya dengan timbangan seraya mengatakan, “Tidak mengapa kamu melakukan dosa-dosa kecil asalkan kamu jauhi dosa-dosa besar. Apakah kamu tidak tahu bahawa dosa-dosa kecil dapat dihapus dengan menjauhi dosa-dosa besar  dan dengan melakukan kebaikan-kebaikan?” Akibatnya,


seorang hamba menganggap ringan terhadap dosa-dosa kecil sehingga dia senantiasa melakukannya. Kerana itu, orang yang melakukan dosa besar kemudian merasa takut dan menyesal adalah lebih baik daripada golongan ini. Sedangkan tidak lagi dinamakan dosa kecil apabila ianya dilakukan secara terus-menerus. Nabi s.a.w. bersabda:

“Jauhkan dirimu dari dosa-dosa kecil!" Kemudian beliau membuat perumpamaan untuknya dengan suatu kaum yang singgah di suatu tanah lapang. Lalu mereka memerlukan kayu bakar, maka si anu mengambil satu ranting  dan si anu satu ranting, sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yang banyak. Kemudian mereka menyalakan api, hingga mereka boleh memasak roti mereka. Demikianlah diumpamakan dosa-dosa kecil itu bertumpuk pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu membinasakannya.


PERANGKAP KELIMA: Hal-Hal Harus (Mubah) Yang Tidak Terlarang Untuk Dilakukan.

Lalu dia sibuk dengan hal-hal mubah itu sehingga tidak memperbanyakkan ketaatan, dan tidak bersungguh-sungguh di dalam mencari bekalan untuk kembali ke akhirat nanti, kemudian meningkat lagi keinginannya untuk meninggalkan hal-hal yang sunat, dan daripada meninggalkan hal-hal yang sunat kemudian berlanjutan meninggalkan sebahagian amalan yang wajib. Kesan paling minima ialah seseorang itu tidak akan memperolehi keuntungan di dunia dan akhirat, penghasilan-penghasilan yang besar, dan kedudukan yang mulia.
Jika seorang hamba terselamat dari perangkap ini dengan pandangan hati (bashirah) yang sempurna dan cahaya petunjuk, mengetahui nilai ketaatan dan memperbanyakkan ketaatan, maka syaitan akan beralih kepada perangkap yang seterusnya.

PERANGKAP KEENAM: Amalan-Amalan Ketaatan Yang Lemah Dan Kurang Utama.

Syaitan akan menyuruh melakukannya, menampakkannya baik dalam pandangannya, menghiasinya, dan memperlihatkan adanya keutamaan dan keuntungan di dalamnya, agar dia sibuk dengannya daripada sesuatu yang lebih utama dan  besar keuntungannya. Apabila tidak berhasil menjadikan manusia langsung tidak mendapat pahala sama sekali, maka syaitan akan cuba pula untuk menghalang hamba tersebut supaya tidak mendapatkan kesempurnaan dan keutamaan, atau darjat yang tinggi. Maka syaitan akan menyibukkan hamba tersebut dengan sesuatu yang tidak utama daripada yang utama, yang lemah daripada yang kuat, yang dicintai Allah daripada yang lebih dicintai-Nya, yang diredhai daripada yang lebih diredhai-Nya.


Namun, tidak banyak jumlah orang yang dapat melepasi perangkap ini, kerana kebanyakan mereka telah berhasil dikalahkan syaitan pada perangkap-perangkap sebelumnya.

Untuk menyelamatkan diri daripada perangkap ini, seseorang hamba itu perlu mengetahui dan memahami martabat-martabat amalan-amalan di sisi Allah, dan keutamaan kedudukannya, mengerti nilainya, dapat membedakan antara yang tinggi dan yang rendah, antara yang tidak utama dan utama, antara kepala dan ekornya kerana setiap amalan-amalan itu ada mempunyai kedudukan dan keutamaannya di sisi Allah Subhanahu wa Taala, sebagaimana dikatakan dalam hadis sahih:
“Penghulu istighfar ialah seorang hamba mengucapkan, Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan yang berhak diibadati kecuali Engkau….”

Tidak ada yang dapat melintasi dan selamat dari perangkap ini kecuali orang-orang yang memiliki bashirah dan kesungguhan dari kalangan ahli ilmu, yang selalu berjalan menyusuri taufiq, menempatkan amalan-amalan pada tempatnya, dan memberikan hak kepada masing-masing yang berhak.

Apabila seorang hamba selamat dari perangkap ini, maka tinggal satu tingkatan lagi yang akan digunakan oleh musuh (syaitan) terhadap hamba (manusia). Kalau ada orang-orang yang dapat selamat darinya, maka mereka itu adalah para rasul, nabi-nabi Allah, dan manusia-manusia yang mulia. Rintangan itu adalah:

PERANGKAP KETUJUH: Menugaskan Tenteranya Untuk Mengganggu Seorang Hamba Dengan Bermacam-Macam Gangguan, Dengan Tangan, Lisan, Dan Hati, Menurut Martabat Hamba Tersebut Di Dalam Melaksanakan Ketaatan.

Kalau martabat  orang itu tinggi, maka syaitan akan menugaskan pasukan berkuda dan pejalan kakinya, bahkan dibantu pula dengan tenteranya yang lain dan dikerahkan pula anggota-anggotanya dengan bermacam-macam tindakan.

Rintangan pada peringkat ini akan sentiasa wujud dan tidak dapat dihindari, kerana semakin bersungguh-sungguh seseorang dalam istiqamah dan dakwah kepada jalan dan agama Allah dan dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya, maka musuh akan semakin meningkatkan usahanya di dalam menghasut orang-orang yang yang bodoh. Pada peringkat ini syaitan telah bersedia dengan  baju perang. Kerana itu Mukmin sentiasa berada di dalam suasana perang terhadap musuh.

Maka ubudiyah (pengabdian) seorang hamba pada peringkat ini adalah ubudiyah orang-orang khusus dari kalangan arifin, dan inilah yang dinamakan dengan ubudiyah muraghamah (ubudiyah kepada Allah yang menjadikan syaitan marah), dan tidak ada yang menyedari hal ini kecuali orang-orang yang memiliki bashirah (mata batin) yang sempurna. Tidak ada  sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah daripada tindakan kekasih-Nya yang membangkitkan kemarahan musuh-Nya (kerana tidak mengikuti ajakannya), sebagaimana firmanNya


“Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan di jalan Allah, dan tidak pula menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskan bagi mereka dengan yang demikian itu dengan amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.” (at-Taubah:120)

Dan Allah memberikan perumpamaan bagi Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya:
“Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil,  iaitu seperti tanaman   yang mengeluarkan tunas, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat, lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan ketaatan orang-orang mukmin)” (al-Fath:29)

Maka menjengkelkan orang-orang kafir (dengan melaksanakan ketaatan kepada  Allah) merupakan sesuatu yang dicintai Allah dan dituntut-Nya. Rasulullah SAW mensyariatkan kepada orang yang   lupa melakukan  sesuatu di dalam solahnya, agar melakukan sujud sahwi, dengan sabda beliau;
“Jika solahnya sudah sempurna, maka kedua sujud itu menghinakan syaitan.”  Dan dalam satu riwayat  yang lain “Menjengkelkan syaitan.”

Sejauh mana kecintaan hamba kepada Tuhannya, kesetiaannya kepada-Nya, dan permusuhannya terhadap musuh-Nya, maka sejauh itu pulalah bahagiannya dari muraghamah (menjenzbgkelkan musuh Allah).

Ini  termasuk masalah ubudiyah yang tidak banyak difahami orang. Barangsiapa yang merasakan kenikmatan dan kelazatannya, maka dia akan menangisi masa-masa lalunya (sebelum dia mengalami hal ini).

Allahlah tempat memohon pertolongan, hanya kepada Nya kita bertawakkal, dan tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolonganNya.

Orang yang telah mencapai maqam (kedudukan spiritual) ini apabila memandang syaitan dan memperhatikan dosanya, maka dia akan membuat syaitan jengkel dengan melakukan taubat yang tulus, dan muraghamah (menjadikan syaitan jengkel) ini merupakan ubudiyah juga.

Sunday, January 22, 2012

7 Perangkap Syaitan



Dengan memandang dan memperhatikan cara bagaimana (modus operandi) syaitan menyesatkan manusia, seseorang akan menjadikan syaitan sebagai musuh, berusaha menjaga diri secara maksima daripada godaannya, memelihara diri, sedar dan sentiasa ingat terhadap apa yang diinginkan oleh musuh tersebut sedang ia tidak merasainya. Syaitan ingin memerangkapnya dengan tujuh macam perangkap. Sebahagiannya lebih sulit dari sebahagian yang lain. Dan syaitan tidak akan beralih dari perangkap yang berat kepada yang lebih ringan kecuali  jika ia  tidak berhasil dengan perangkap tersebut.

Perangkap Pertama: Kufur Kepada Allah Subhanahu wa Taala, Agama-Nya, Pertemuan Dengan-Nya, Kesempurnaan Sifat-Sifat-Nya, Dan Ingkar Terhadap Berita-Berita Yang Disampaikan Oleh Para Rasul-Nya

Apabila syaitan berhasil dengan perangkap ini, maka padamlah api permusuhannya, dan dia akan beristirehat. Tetapi  jika seorang hamba berhasil mengatasi perangkap ini dan selamat daripadanya dengan hidayah dan cahaya iman, maka syaitan akan beralih kepada tingkatan kedua.

Perangkap Kedua: Bid'ah.

Bid'ah ini mungkin berupa keyakinan yang menyalahi kebenaran yang dibawa oleh para rasul Allah Subhanahu wa Taala.  Ia  juga mungkin berlaku dalam bentuk ibadah dengan cara yang tidak diizinkan Allah Subhanahu wa Taala, seperti syiar-syiar dan upacara-upacara yang diada-adakan di dalam agama. Kedua jenis  bid'ah ini (aqidah dan ibadah) pada umumnya berkaitan antara satu dengan yang lain, jarang sekali yang satu terlepas dari yang yang satu lagi.

Perangkap ini dapat diatasi dengan cahaya sunnah, atau iltizam (berterusan) mengikuti sunnah dan perilaku para salaf yang soleh dari  kalangan sahabat dan tabi'in. Tetapi pada zaman kebelakangan ini, sangat sulit ditemukan manusia jenis ini. Jika ada orang  yang bersikap sedemikian, maka para ahli bid'ah akan memasang  jerat, berusaha membinasakannya dan mengolok-oloknya sebagai "ahli  bid'ah, tukang mengada-ada."

Perangkap dengan jalan bid’ah ini disukai oleh syaitan, kerana bid'ah bererti melawan agama dan menolak ajaran yang dibawa oleh rasul. Pelakunya tidak akan bertaubat dan tidak akan surut ke belakang, bahkan selalu mengajak orang lain untuk turut berbuat bid'ah. Juga kerana bid'ah mengandung perkataan atas nama Allah tanpa  berdasarkan ilmu maka dengan bid'ah orang akan memusuhi sunnah dan juga orang yang melakukan sunnah. Dengan bid'ah, orang akan berusaha keras untuk memadamkan cahaya  sunnah. Disebabkan bid'ah, orang akan mempergunakan sesuatu yang ditolak  Allah dan rasul-Nya, dan menolak apa yang disuruh oleh Allah. Disebabkan bid'ah, orang akan bersikap setia kepada orang yang memusuhi Allah, dan memusuhi orang yang setia kepada Allah, menetapkan apa yang ditiadakan Allah dan meniadakan apa yang ditetapkan Allah, membernarkan yang dusta dan mendustakan yang  benar, menentang kebenaran dan keadilan dan memutarbelitkan hakikat dengan menjadikan yang benar sebagai batil dan yang batil sebagai kebenaran, menyelewengkan agama Allah, membuat hati buta akan kebenaran, membengkokkan jalan Allah yang lurus, dan membuka pintu untuk mengganti agama Allah secara  keseluruhan.

Kerana bid'ah-bid'ah itu akan terus meningkat sedikit demi sedikit, dari yang kecil hingga menjadi besar, hingga melepaskan pelakunya dari agama. Tidak ada yang selamat daripada kemudaratan bid'ah ini kecuali orang-orang yang mempunyai bashirah iaitu pandangan batin yang terang.

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun.” (An-Nur:40)

Jika Allah Subhanahu wa Taala memberinya pertolongan untuk mengatasi perangkap ini, maka syaitan akan beralih kepada perangkap ketiga.

Perangkap Ketiga: Dosa-Dosa  Besar.

Pada peringkat ini, syaitan akan berusaha untuk mengindahkan dosa-dosa pada pandangan mata seorang  hamba. Ditimbulkannya sikap menunda-nunda, dibuka kepadanya pintu pengharapan, dan dikatakan kepadanya, 'Iman hanyalah keyakinan semata-mata, sehingga tidak ada perbuatan maksiat yang  dicela di dalam iman (asalkan masih beriman)."

Apabila dia dapat melintasi perangkap ini dengan perlindungan Allah atau dengan taubat yang tulus yang menyelamatkannya dari bid’ah, maka syaitan akan mengekorinya dengan perangkap yang seterusnya.

Wednesday, May 11, 2011

Sabar dan berhemah ke Aku?

Kesempatan awal pagi ni membuka internet, terbaca salah satu artikel berikut ..


Guru perlu sabar, penyayang dalam mendidik

TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu.

Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik.

Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa.

Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: "Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti!"

Namun Rasulullah SAW berkata: "Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri." Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: "Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran." Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing.

Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu ialah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik.

Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

Diriwayatkan daripada Abu Musa, Rasulullah SAW ada mengatakan: "Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu ada sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Padahal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk dari Allah yang kerananya aku utusan-Nya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menggambarkan perbezaan manusia, begitu juga pelajar yang mempunyai aneka ragam baik dari segi pemahaman dan mengingati pengajaran guru.

Dalam satu lagi, Rasulullah SAW menerangkan: "Kami para Nabi diperintahkan untuk mengunjungi rumah orang dan mengajar mereka sesuai dengan kemampuan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Ini menjelaskan kepada kita bahawa proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya taakulan seseorang pelajar.

Gabungan ilmu pengetahuan itu akan membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat anak didiknya mengikuti isi pengajaran

*****

Bila mana selesai membaca terdetik dalam benak dan lubuk hati kecil ini ..

1. Sabar ke aku selama ini dalam menghadapi ragam anak-anak di rumah seramai 5 orang dan di asrama seramai 537 orang?


2. Termampu ke aku untuk memikul seribu satu masalah yang dilakukan oleh mereka setiap hari? Masalah ponteng, perlakuan, kata-kata dan penyeludupan bahan lucah, sikap biadap, kecurian, anasir buli, gangguan seksual, sikap malas dan degil, susah untuk beribadah, tak tidur malam , mengantuk dalam kelas ketika belajar , stress dengan peraturan asrama dan sebut saja lah permasalahan yang lazim timbul di asrama

3. Cukup berhemah ke selama ini terhadap anak-anak ini dan para ibubapa mereka?

4. Adakah aku telah berlaku zalim ke atas mereka?

5. Mampu ke aku menjadi contoh dan ikutan yang baik pada mereka?



Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini. Berikanlah kekuatan untuk terus berbakti dan membimbing mereka ke jalan yang kau redhai ya Allah. Hanya padaMu aku berharap dan padaMu jua aku berserah . Kurniakanlah kepada mereka petunjuk dan hidayahMu agar mereka menjadi insan yang sentiasa terpimpin ke arah kebaikan dunia dan akhirat


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails