Showing posts with label BAT Terjemahan. Show all posts
Showing posts with label BAT Terjemahan. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Terjemahan Menjaga Kebersihan

Salam perjuangan buat semua calon SPM 2012 yang bakal menduduki kertas Bahasa Arab Tinggi minggu hadapan. Ribuan kemaafan ustaz pohonkan kerana ketidakupayaan untuk sentiasa mengemaskini bahan pembelajaran bahasa arab dalam Arab2u ini.

Dalam kesempatan ini , mari kita mulakan dengan mengenengahkan bahan-bahan berkaitan soalan terjemahan. Para pelajar boleh cuba menjawab atau menterjemahnya dalam ruangan komen dibawah. Memang soalan sebenar mengkehendaki calon menterjemah petikan ke dalam bahasa arab tetapi bagi memudahkan proses pembelajaran maya kita ustaz ubah bentuk untuk tujuan tersebut. Selamat mencuba



Sunday, December 12, 2010

Terjemahan ; Solat

Kepada semua calon SPM khususnya untuk kertas BAT ... banyakkan sabar dan tenang dalam menghadapi saat2 genting ini. Usahakan mana yang mudah dahulu dengan kawalan masa yang sebaiknya. Agihkan waktu ikut kesesuaian dan teruskan usaha kalian.

Berikut ustaz paparkan contoh terjemahan berikut utk semua. Apa yang perlu adalah kaedah calon menjawab . Perhatikan istilah " dari segi bahasa" , "dari segi istilah " , " salah satu fardu dalam Islam " , " Allah telah mewajibkan ke atas umat Islam " ..... semua istilah tersebut akan digunaka pakai dalam menjawab soalan berkaitan ibadah seperti ini. Apa saja tajuk berkaitan seperti Zakat, Haji, Puasa calon boleh mengunakan ungkapan atau istilah tersebut untuk membina jumlah ayat.






Selamat berjuang dan terus berjuang ... dari kami di arab2u

Friday, December 3, 2010

Terjemahan : Al Quran Kitab Allah

Salam perjuangan buat semua calon SPM ... Perjuangan masih belum tamat jadi teruskan usaha dan komitmen dalam memburu kecemerlangan . Dalam kesempatan ini, ustaz teruskan siri bimbingan dalam arab2u dengan paparan terjemahan.

Para pelajar bolehlah melihat dan membuat ulangkaji melalui bahan dan paparan ini. Moga ia memberi memberi manfaat buat kalian semua



Contoh jawapan untuk terjemahan di atas adalah seperti berikut ;

Cuba amati baik-baik ... berapa banyak kalimah yang telah sedia diketahui oleh para pelajar sebelum ini. Berapa banyak pula kalimah yang sering didengari dalam bahasa Melayu kita? Dengan memiliki perbendaharaan kata yang mencukupi amat membantu pelajar untuk menjawab soalan terjemahan di atas.

Selamat maju jaya buat semua


Wednesday, November 10, 2010

Terjemahan ; Sambutan Merdeka



Perhatikan soalan terjemahan di atas. Salah satu teknik menjawab soalan terjemahan Bahasa Arab Tinggi ini adalah dengan mengenalpasti kata kerja terlebih dahulu sepertimana kaedah yang digunapakai dalam PMR sebelum ini . Contohnya mencapai , merayakan @ mengadakan sambutan , diadakan . Kemudian hubungjalinkan kalimah tersebut dengan kata nama lain yang difikirkan paling sesuai dengan ayat yang diberi.


Selamat berjuang dan terus berjuang dari arab2u ...

Friday, October 15, 2010

Terjemahan ; Bahasa Arab itu Penting


Assalamualaikuim buat semua calon SPM

Perhatikan dan amati petikan pendek diatas. Dalam menjawab kertas 2 bahasa arab tinggi soalan terjemahan adalah antara komponan yang wajib dijawab. Calon dikehendaki untuk menterjemah petikan berikut ke dalam bahasa arab. Keupayaan calon mengadun kalimah dalam membina jumlah yang dapat difahami banyak bergantung kepada sejauh mana calon menguasai kalimah itu sendiri.

Bersama ini ustaz sertakan contoh terjemahan teks di atas sebagai panduan. Moga ia bermanfaat
dan dapat meningkatkan penguasaan para pelajar unyuk menjawabnya kelak.



Salam kecemerlangan dari arab2u dan selamat mengamati soalan terjemahan BAT ini moga menambahkan kefahaman ...

Friday, September 3, 2010

Terjemahan ; Malaysia Masyhur


Gerak Gempur Bahasa Arab Tinggi SPM ini diteruskan dengan memaparkan 2 bentuk soalan penting dalam kertas 2 BAT iaitu bentuk terjemahan dari petikan yang diberi .

Terjemahkan petikan pendek berikut ke dalam bahasa Arab ;

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal di dunia. Telah mengecapi keamanan sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa antaranya Melayu, Cina , India dan sebagainya. Agama Islam adalah agama rasmi bagi negara ini. Rakyat Malaysia yang berbagai bangsa mengamalkan agama yang berbeza-beza.

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara ini namun bahasa Inggeris digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang perniagaan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Rakyat Malaysia menyambut beberapa sambutan hari kebesaran dan perayaan seperti Hari Kemerdekaan , Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, Deepavali, sambutan Tahun Baru dan sebagainya

Jawapan

ماليزيا دولة مشهورة في العالم و تتمتع بالأمن منذ استقلالها في 31 من أغسطس 1957 م ويتكون سكانها من أعراق مختلفة من الملايويين والصينيين والهنود وأعراق أخرى. إن الدين الإسلامي هو الدين الرسمي للدولة, ويُمارس شعبُ ماليزيا المتعددة الأعراق الديانات المختلفة
اللغة الملايوية هي اللغة الرسمية للبلاد. أما اللغة الإنجليزية فتستعمل على نطاق واسع في المجالات التجارية والصناعية والخدمات الأخرى . يتمتع الماليزيون بالعديد من الاحتفالات والمناسبات والأعياد منها يوم الإستقلال وعيد الفطر وعيد الأضحى وديفابالي
وحلول السنة الميلادية الجديدة وغيرها


Monday, August 16, 2010

Terjemahan petikan BAT


-->
Bahagian Terjemahan(ج
1) Langkah–langkah menterjemah
1. Baca petikan dengan teliti.
2. Jadikan ayat-ayat dalam petikan kepada ayat- ayat pendek yang sempurna maknanya sebelum diterjemah. (memudahkan proses menterjemah).
3. Markah isi diberi berdasarkan ayat yang diterjemah yang dapat difahami.
4. Pastikan bilangan perenggan terjemahan sama bilangannya dengan bilangan asal teks terjemahan.





Perhatikan cara calon berikut menjawab soalan terjemahan




Moga ini dapat membantu para calon semua. Selamat berpuasa

Tuesday, June 1, 2010

Soalan Terjemahan

Perlu diingat bahawa soalan ini akan terbit dari pelbagai tajuk yang terdapat di dalam buku teks atau sukatan tingkatan 4 dan 5. Justeru itu pelajar mesti berusaha menguasai perbendaharaan kata bagi membolehkan anda menjawab dengan baik. Perhatikan terjemahan berikut yang diambil dari petikan sebelum ini.
-->
إن القرءان هو كتاب الله المقروء,
Sesungguhnya Al Quran itu adalah kita Allah yang dapat dibaca
وأما الكون هو برهان الله المنظور.
Adapun alam ialah bukti (kekuasaan) Allah yang dapat dilihat
ونحن مأمورون بأن نتدبر آيات الله الكريمة
Dan kita diperintahkan agar mengkaji tanda-tand ( kekuasaan) Allah yang mulia
وأن نستعمل عقولنا وأفكارنا و وجداننا
Dan menggunakan akal kita, pemikitan kita dan perasaan kita
في إدراك معانيها, وفهم مدلولاتها
dalam mengetahui maknanya dan memahami bukti-buktinya
حتى تطمئن قلوبنا,وتستقر خواطرنا.
sehingga hati kita menjadi tenang dan perasaan kita teguh dan tetap
فالقرءان الكريم كتاب منزل من رب العالمين
Al Quran yang mulia adalah kitab yang turun dari Tuhan sekelian alam
وحجة على العقل الإنساني.
dan merupakan hujah bagi akal manusia
ومتدبر القرءان يرى
dan para pengkaji Al Quran melihat
أن المكتشفات الحديثة
Sesungguhnya penemuan-penemuan baharu
قد أشار إليها القرءان
Al Quran telahpun menunjukkannya
قبل أن يحققها الإنسان.
sebelum manusia mengesahkannya



Dari petikan ini juga, kemahiran pelajar boleh dipertingkatkan dengan menguasai satu lagi cabang soalan kertas 1 iaitu perkataan seerti dan berlawanan. Perhatikan contoh berikut ;

الكلمة المرادفة

الكون = العالم
تطمئن = تهدئ
تستقر = تثبت
برهان = دليل / حجة
المكتشفات الحديثة = الإبداعان الجديدة
يحققها = يثبتها
نستعمل = نستخدم

الكلمة المضادة

مأمورون = ممنوعون
قبل = بعد
الحديثة = القديمة

Sekian, Selamat maju jaya buat semua



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails