Dengan memberikan fokus kepada perubahan sikap dan pemikiran calon terhadap mata pelajaran Bahasa Arab ini adalah diharapkan semua calon yang hadir dapat mengambil menfaat darinya. Syabas dan Tahniah atas terhatian dan minat yang diberi. Lupakan sejarah lampau akan pencapaian kamu wahai warga SAMUS calon PMR 2012 !! Lupakan kritikan dan laungan negatif yang selama ini dilontarkan kepada kamu !! Betulkan pemikiran kamu , bulatkan tekad dan azam , bina keyakinan dalam diri, mulakan perubahan dalam tindakan hari ini...kelak kamu akan mendapat sesuatu yang selama ini tidak pernah kamu kecapi atau mungkin kamu impikan . Apa yang orang kata terhadap kamu penting tapi yang LEBIH PENTING apa yang kamu sendiri katakan terhadap diri sendiri.
Awal pagi tadi terakam dalam sejarah bola sepak Eropah .. Italy sekali lagi menempa sejarah ke perlawanan akhir EURO 2012 dan bakal bertemu Sepanyol. Hampir 80% peminat seluruh dunia menyatakan German akan ke perlawanan akhir berdasarkan pencapaian dan reputasi semasa tanpa memberi harapan kepada Italy . Apa yang ustaz katakan tadi mungkin boleh direnung2 kan
Selamat Maju Jaya buat warga SAMUS dalam PMR dan SPM 2012
No comments:
Post a Comment