Friday, June 29, 2012

Kenyir dan Kelah

Kursus Profesionalisme PK HEM SBP dari 22-25 Jun lalu bertempat di Terengganu anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan ( BPSBPSK ) Kementerian Pelajaran Malaysia . Syabas dan tahniah atas usaha yang bermakna dalam mebantu mempertingkatkan gerak kerja semua rakan PK HEM di SBP . Antara pengisian yang amat baik adalah pengurusan stress, pengurusan kebajikan dan kesihatan murid , Penandaarasan Pengurusan Asrama ke SBPI Batu Rakit dan Team Building di Tasik Kenyir.


Perkara pertama yang ustaz buat adalah MEMBUAT PILIHAN samada menaiki kenderaan sendiri, tumpang rakan atau menaiki bas ekspress? Dalam hidup hampir setiap saat  dan detik kita akan menjalani proses membuat pilihan. Ada saat dan ketika apa yang pilihan yang kita buat nampak kecil dan remeh tapi kesan dan akibatnya tidak terduga. Sebagai warden itulah nasihat yang sering ustaz berikan dan ingatkan. Hanya kerana ikut kehendak rakan.. musnah nama baik diri dan keluarga. Di asrama anak2 kita dididik untuk bijak membuat pilihan dengan bimbingan rakan dan guru.

Jadi malam tu ustaz amik keputusan naik bas saja. Hampir berbelas tahun tak menaiki bas ekspress ni. Pastinya mengimbau kembali saat berulang alik ke KUSZA setiap kali balik bercuti. Dulu tambang rm 20 sahaja. baru ni rm 43 harga yang perlu dibayar. 2 kali ganda kenaikan harga dengan perkhidmatan yang hampir sama. Contoh lain dulu ustaz carum rm100 sebulan dalam insuran dapat cover rm20k satu jumlah besarlah 18 tahun lampau, kini dengan caruman serupa cover insuran 90k !! Apa maknanya? ... zaman dah berubah. Oleh itu PEMIKIRAN DAN CARA BERTINDAK kita juga perlu berubah ikut keperluan semasa asalkan kekal dalam lunas dan prinsip Islam. Sama juga nak didik anak2  sekarang .


Pendek cerita ... yang paling best pastinya aktiviti team building di tasik kenyir. Namanya je kahwin dengan orang tganu tapi tak pernah sekali pun bawa family ke sana. Akan datang insyaAllah kot .... Menaiki house boat ni seronok sebab dapat menikmati pemandangan dan udara segar sepanjang perjalanan. Sewanya sebuah boat ikut  saiz. Ada rm 900 semalam untuk 12-15 orang, ada 1900 untuk 30-40 orang . Makan sehari rm30 seorang. Perjalanan ke tempat dituju dalam 2 jam ... sempat lena dibuai mimpi !!!



Tiba dalam jam 6 petang terus bersedia menjalani latihan dalam air ... satu masa dulu pernah join Coral Malaysia @ Pecinta Terumbu Karang Malaysia  untuk diving di pulau bidong jadi tak kekoklah untuk aktiviti  rekreasi ni. Sekadar mengapungkan air dan menikmati kedinginan air tasik ok lah tapi tetap best .... sebab dapat main air .

Tak puas main air tasik, terus naik ke bukit berhampiran untuk mandi di air terjun pulak. Lagi best sebab terasa deruan angin sambil menikmati kederasan air terjun tu.

Keesokan hari kami ke Santuari Ikan Kelah, satu lagi destinasi yang wajib dikunjungi di tasik kenyir ini. Masa kunjungan tak boleh melepasi jam 12 tengahari dari jeti tasik kenyir.


Dari santuari ini pulak kita perlu menaiki bot kecil untuk sampai ke sana kerana laluan yang sempit dan cetek



Tiba di lokasi berhampiran kami perlu pulak mendaki bukit utk sampai ke lokasi terpilih yang dimaksudkan. Senaman lah untuk kami yang dah mula berusia ini. Syabas kerana hampir semua melepasi halangan ini. Semput dalam perjalanan biasalah sebab kurang bersenam ...






Tiada yang lebih mengasyikkan selain menikmati deruan air di sepanjang laluan jeram dan anak sungai tu. Tiada tandingan akan kehebatan Allah bila merenung penciptaan alam semesta ini.

Sebaik tiba.. tak perlu masa yang lama untuk kami semua PK HEM meluru ke air sungai yang jernih, tenang dan terkumpulnya jutaan ikan kelah yang agresif dan kuat. Tu lah yang menjadi kegilaan kaki pancing kot. Berbekalkan makanan yang telah kami beli di pusat santuari tadi ... apa lagi berkerumun ikan kelah mengelilingi badan masing2. Memang hilang stress di sini tambahan pulak dapat melayan kerenah ikan kelah


Masing2 cuba menangkap tapi tidak semudah itu ... pelbagai helah dan teknik kami guna. Tapi dapat juga ustaz mengucup ikan kelah dengan rasa bangganya . Doa kenalah lebih sikit kan he.he tapi memang best!!!



Terima kasih sekali lagi kepada pihak BPSBPSK  yang memberi sedikit ruang kepada kami untuk belajar sesuatu dalam suasana dan persekitaran yang baru dan berbeza dari kebiasaan rutin kami di asrama tu.  
Tak lupa kepada Tuan Timbalan Pengarah En Mazlan yang turut sama di majlis penutup juga kepada En Samsudin Mustapha Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan SBP , En Noor Azizan , Cik Hajah Zakiah , Pn Mazlina dan dan lain2 pegawai SBP yang turut sama . Terima kasih daun keladi


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails