خصلتان لا شيء أفضل منهما الإيمان بالله والنفع للمسلمين
" 2 perkara yang tiada perkara sebaiknya keduanya iaitu beriman kepada Allah dan bermanfaat kepada kaum muslimin (saudara seIslam ) "
" Sesiapa yang bangun dan tidak berniat untuk menzalimi orang lain , diampunkan dosanya yang lalu, sesiapa yang bangun pagi dan berniat membantu orang yang teraniaya atau membantu memunaikan hajat keperluan saudaranya, maka dikurniakan ganjaran oleh Allah seumpama pahala orang yang mendapat haji mabrur "
Di rumah pastinya menjadi medan terawal membentuk dan membina sikap positif tersebut. Budaya suka membantu, sedia membantu, ringan tulang dan seumpamanya lazim mula terserlah sejak seawal anak-anak pandai bertatih. Cuma sahaja ibubapa perlu melihat telatah dan gelagat anak yang suka mengacau, menyepah, menghambur sebagai proses awal membentuk jati diri atau peribadi mulia tadi.
Namun ibubapa perlu melihat tugasan anak-anak sesuai dengan tahap mereka agar tidak mendatangkan mudharat atau tertlalu menekan dan membebankan. Beri ruang mereka melakukan aktiviti tersebut dengan penuh keseronokkan dan gembira
No comments:
Post a Comment