Sunday, December 12, 2010

Nostalgia Ganu Kite

Dalam kesibukan kerja dan tekanan menghadapi kertas BAT yang dijadualkan minggu hadapan, sempat ustaz dan family balik ke terengganu sejenak untuk ziarah che@ibu di sana. Diam2 setahun kami tak balik balik kampung di Terengganu tu.

Kesempatan yang ada pastinya tidak kami sia2 kan untuk berkunjung sekitar Bandor KT tu. Alhamdulillah projek pembesaran jalan dah siap. Tak lah sesak setiap kali nak ke bandar yang jaraknya lebih kurang ke Sabak Bernam je dari Intesaber ni. Highway di Kuala Berang pun nampak dah ada perubahan. Alhamdulillah



Sambil2 tu kami bawa anak2 melawat UNISZAR dulunya KUSZA. Hmm .. di sinilah ustaz membuat perubahan dan mendewasakan diri. Dari seorang budak kampung kepada "budok luor" yang jadi rebutan 2 badan kepimpinan terbesar iaitu Pengajian Islam dan Pengajian Pengurusan dan akhirnya berjaya di terengganu kan . he.he.



PBSM, Pasukan Simpanan Tentera Darat, bola sepak, bola tampar, ping pong, hoki, Tenis , Persatuan Pendidikan, persatuan pengajian Islam , Dewan Tertinggi Pelajar adalah gelanggang dimana ustaz mengembangkan potensi diri dengan kemahuan dan kesedaran kendiri utk berubah. Apa yang ada , apa yang kalian lihat hari ini pada diri ustaz adalah hasil satu perjuangan, komitmen, kemahuan untuk terus maju dan maju ... kerana ustaz sedar tiada siapa akan merubah ustaz jika diri sendiri tidak mahu berubah.


Ha.. nilah asrama tempat kami tinggal. Dulunya nama blok ni adalah blok Abu Bakar. Bilik ustaz paras 1 bilik no 4 tu ... di koridor tu la kami study bila larut malam. Acai, Hisyam Awi, Kamil, Kamal Bahrin, Husin Ali dan ramai lagilah yang tak mampu nak sebut di sini. Apa yang pasti nostalgia KUSZA tetap tersemat utuh meskipun kini berubah wajah




Seperkara yang best di KT dah ada RFC HPA!! Apa lagi sepantas kilat kami menjejaki lokasi yang tertera pada banting di tepi jalan tu. fuhh... penuh sampai ke pintu. Alhamdulillah sempat kami melabuhkan diri di meja yang baru je kosong ditinggalkan pelanggan. Best dan bangga lah. Ustaz ternanti2 RFC dibuka di Sg Besar. Ada sapa2 nak sumbang tabarru???



moga sedikit coretan ni memberi makna buat semua . Jumpa lagi ...

2 comments:

muhammad fakhruddin said...

Wah Ustaz,kalau la senior2 kami tengok ni akan terpacullah ungkapan yg dipopularkan Ustaz Ahmadi 1 masa dulu...GIPANG(gila pangkat)

Cuma nak tanya pendapat Ustaz,pasal tajuk satu rencana akhbar 'Mahasiswa Ulat Buku Tak Ke Mana'

Betulkah statement tu atau sekadar menambah nilai berita.Pada saya,statement itu amatlah tak sesuai.Bukankah kejayaan itu terletak pada sikap & wahyu pertama turun itu seruannya membaca...

ustaz said...

he.he pernah dengar juga istilah tu masa kami sekolah cuma alhamdulillah semua datang tanpa dikejar2. pada fikirkan ustaz waktu ..usah kejar pangkat tpi org beri kepercayaan kita buatlah sebaik mungkin.

Pasal artikel tu hanya pandangan sahaja jadi ada betul dan sebaliknya. Sapa kata banyak membaca tak penting atau tak membawa kemana2? cumanya ustaz tak pasti apa motif mereka sebb tak baca lagi .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails