Monday, January 10, 2011

41 tiba jua

Alhamdulillah... alhamdulillah akhirnya angka 41 tiba jua menyapa hambaMu ini pada tanggal 10 Jan 2011 . Segala puji pujian dan syukur buat Mu ya Allah atas segala kurniaan yang tidak terhitung banyaknya. Ya Allah moga kau ampuni segala keterlanjuran hamba Mu dan segala kesilapan atas kealpaaan diri ini.

Petunjuk dan bimbingan Mu ya Allah sentiasa diharapkan moga hidup ini kekal dalam Keimanan dan Islam, Pertolongan Mu dipohon agar kau permudahkan segala kerja dalam melaksanakan tanggungjawab yang terpikul. Keredhaan Mu dipanjatkan moga segala amal ibadah terangkat menadi amal soleh. Amiinn ya Allah



Buat isteri tersayang .. Raja Fatimah Raja Abdul Rahman terima kasih atas pengorbanan selama ini dalam membesar dan mendidik anak-anak tercinta . Terima kasih kerana setia menjadi pendorong, setia menjadi rakan dan teman, setia menjadi pendengar yang baik , setia dalam situasi susah dan senang.

pada anak-anak abah ... maryam husna, muhammad rushdan, ibrahim adham, kahdijah salsabila dan sumayyah kauthar yang sentiasa menjadi penceria suasana dalam kehidupan abah dan ummi, abah sayanggg kalian.


Terima kasih atas kejutan yang dibuat pagi ini. he.he tapi kurang menjadi ya. Namun ok juga daripada kejutan buat ummi tahun lalu yang langsung tak " terkejut" . Apa tidaknya ... hasrat dihati nak buat kejutan petang, rupanya terus lupa hingga ke malam ... he.he sabar aje lah .


Wajah kepuasan si sumayyah yang comot lepas makan kek hari ulangtahun abah ke 41 pagi ini. Sempat bergaya dengan baby baru yang dibelikan umi petang semalam ... Walau apa sekali pun, kalian tetap di hati ... Abah sayang kalian, Abang sayannnng Ayang.

3 comments:

TeacherAzimah said...

happy birthday to you!

Nur Madihah Hassan Borhan said...

selamat hari lahir..

Hamba-Nya said...

semoga dipanjangkan umur dan bertambah rezeki ustaz!

ustaz, tolong linkkan blog batch kami dalam blog ustaz-http://enigma0610.blogspot.com/

syukran jazilan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails