Monday, January 24, 2011

muridku

Hari tanggal 24 jan 2011, Jam 10.35 pagi tadi ustaz masuk ke kelas tg 3 sepertimana dalam jadual yang ditetapkan. Tahun ni ada seramai 29 orang pelajar dalam kelas ustaz tu. Dari pengamatan pencapaian lalu, alhamdulillah agak baik cuma 4, 5 orang calon sahaja tidak mencapai tahap yang sepatutnya.

Hampir sebulan mengajar, semua pelajar menunjukkan minat mendalam utk belajar. Sorang dua yang kelihatan kurang bermaya kerana "pencapaian " silam yang tidak seberapa juga dah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Betul dan memang benar ..... guru subjek adalah NADI PENGGERAK utama dalam sesuatu proses PnP. Pengalaman ustaz sebagai murid dan kini bergelar guru@ ustaz mengukuhkan pendapat bahawa SIKAP GURU menentukan SIKAP MURID terhadap subjek yang diajarnya. Senang citer ... guru semangat murid ikut semangat, guru kreatif .. murid kreatif, guru buat sambil lewa hasilnya sikap pelajar dia terhadap subjek yg diajar pun begitulah.

Pada ustaz, mengajar memerlukan seni dan kemahiran yang pelbagai utk menarik minat murid mendengar dan mengikuti apa yag diajar. Kena pandai bercerita, kena pandai berjenaka, kena selalu kelihatan ceria, kena segak dan kemas sokmo, kena baik hati , tidak pilih kasih dalam pelbagai hal berkaitan pelajar, kena sabar dgn kerenah dia org, kena bertegas, memahami kemahuan dan keperluan pelajar apatah lagi menguasai ilmu subjek berkaitan. Disamping itu guru perlu menjadi pendorong dan perangsang kepada mereka. Guru MESTI memperbetulkan terlebih dahulu pemikiran anak murid mereka terhadap subjek yang diajar. Kalu subjek guru dianggap susah... kena jadikan mereka fikir mudah, senang dan boleh dikuasai. Semua benda ni memang rumit nak dikuasai sepenuhnya sebab guru sbg manusia memiliki karektor dan personaliti yang tersendiri. Bukan mudah nak berjenaka kalau memang guru tu seorang pendiam atau kurang suka bergaul. Apa pun sebagai guru, kita kena sentiasa belajar dan terus belajar sesuatu yg baru utk menarik perhatian murid kita.

Apa yang mencuit hati sebenarnya adalah perubahan SIKAP sebahagian murid ustaz ni. Dari rekod yang ustaz terima memang mereka berpencapaian sederhana dan rendah. Waktu mula melihat, menatap wajah serta berkenalanan dgn mereka pun ustaz terfikir memang dia orang layak mendapat pencapaian yang sebegitu sebelum ni .... sebab ??? Sikap kita akan menentukan cara kita melakukan sesuatu, setiap kita pula akan dapat apa yang diusahakan dengan izin allah. Pelajar yg hanya mendapat markah 52/100, 48/100 sebelum ni ustaz lihat sudah mampu menguasai makna kalimah 48/50!

Sebagai guru, sudah pastinya ini satu perkara yang amat menggembirakan hati. Doa kita dalam hati pastinya akan sentiasa terpahat untuk mereka yang GIGIH BERUSAHA ini. Susah ke nak berubah? susah kalau kita fikir susah ... boleh jawabnya asal kita sendiri mahu berubah.

Kepada semua calon PMR dan SPM 2011, ustaz doakan kalian beroleh kejayaan cemerlang kelak. Namun semua itu memerlukan usaha gigih dan pengorbanan yang besar dari dalam diri sendiri. Urus diri, urus masa dengan baik. Jaga hubungan dengan guru dan sesama rakan apatah lagi dengan Yang Maha Pencipta.

1 comment:

Anonymous said...

ustaz,dulu saya bersekolah agama jais dan sepanjang saya bersekolah saya tgk banyak ustazah2 kat sekolah saya macam perasan bagus dan hebat,mungkin sebab dorang rasa sudah grand mengajar disekolah ada ISO yang dulunya sekolah terbaik jais sebelom ada sekolah bestari.tambahan pula kebanyakan ustaz/cikgu kat sekolah saya kebanyakan lulusan luar negara.adakah ini membuatkan mereka merasa bagus tahap dewa?yang pelik tu,ustaz kat sekolah tadelah mengada2 sgt tapi ustazah2 nya sombong bajet suci.

ada seorang ustazah senior lulusan al azhar yang terkenal bermulut laser.pernah satu ketika dia marah2 didalam kelas dan membebel sambil berkata : apalah budak tu bodoh sangat.agaknya mak bapaknya masa nak buat dulu tak baca bismillah agaknya


kalaulah masa zaman saya belajar dulu ada henpon,pasti saya sudah rakam perkataan ustazah itu kasi malu satu malaysia.

ustazah ni juga pernah memfitnah saya macam2 sebab keluarga saya kenal ngan ustazah ni.ianya adalah kes yang panjang makan masa berbulan2,yang hanya berakhir apabila pada suatu hari saya membentak kata2 ustazah itu dan menafikan fitnahnya.kesan daripada itu,saya trauma dan sakit hati sampai sekarang dah sepuluh tahun berlalu airmata saya masih mengalir setiap kali mengingat ustazah bermulut puaka ini.

bila terjadi mcm ni,saya jadi trauma dengan orang2 yang berimej ustaz dan ustazah.pada saya mereka ni banyak hipokrit berlagak baik dan suci,berselindung disebalik pakaian dan imej,tapi hati pun tak bersih juga,ustazah berilmu tapi riak,masuk kelas tulis nota kat papan hitam pastu cakap: tgk saya ni pandai nak tulis nota tak payah tgk buku,semua dah kat dalam kepala

saya nak tulis banyak ustaz,tapi saya rasa tak perlulah saya melalut2 di sini,saya cuma nak menyampaikan perasaan yang terpendam betapa saya kecewa sebab pernah melihat ustazah2 yang berperangai tak semenggah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails