أُعَيّنُ نَوعَ الفِعْلِ فـي الجملة الآتية وأُبَيّنُ
وَزْنَهُ :
menentukan jenis perbuatan di dalam ayat berikut dan menjelaskan
wazan nya
يُفْهِمُ الأستاذُ الدَّرْسَ لِطُلاَبِهِ
الرَّجُلُ شَجَّعَ فَـريقَـهُ الـمُفَضَّل
اسْـــتـَرِحْ يا
أخِي على الكُرسِيّ
شَارَكَ الطالِــبَةُ فِـي الـمُسابَقَةِ
تَسْتَخْدِمُ الـمُدَرِّبةُ الـحَــبْلَ
Apa yang perlu murid fahami dari arahan di atas, murid dikehendaki mengenalpasti perkataan kata kerja @perbuatan dari potongan ayat yang diberikan. Seterusnya murid perlu menentukan apakah wazan @ acuan kata kerja yang digunapakai dalam pembetukan perkataan kata kerja tersebut.
Pertamanya murid perlu faham bahawa kata perbuatan terbahagi kepada ( أمر ) ( مضارع ) ( ماضي ) . Mulakan langkah awal dengan mengenepikan semua kata nama ( الأسم ) dan huruf ( حرف ) dari potongan ayat.
Kata nama ( الأسم ) boleh dikenalpasti dengan adanya huruf alif lam ( ال ) pada perkataan tersebut. Maka murid akan dapat melihat dengan jelas semua perkataan kata kerja @ perbuatan yang digunakan di dalam ayat tersebut.
Setelah menentukan semua kata perbuatan , langkah berikutnya adalah menjelaskan apakah wazan ( وزن ) yang digunakan .
الكلمَاتُ |
نَوع الفِعْلِ |
وَزْنــهُ |
يُفْهِمُ |
فعل
مضارع |
أفعَلَ يٌفْعِلُ |
شَجَّعَ |
فعل
ماضي |
فَعَّلَ
يُفَعّلُ |
اسْـــتـَرِحْ |
فعل
أمر |
استَفْعَلَ
يَسْتَفْعِلُ استَفْعِلْ |
شَارَكَ |
فعل
ماضي |
فاعَلَ
يُفَاعلُ |
تَسْتَخْدِمُ |
فعل
مضارع |
استَفْعَلَ
يَسْتَفْعِلُ
|
Berikut disertakan maksud penuh potongan ayat di atas
ustaz memahamkan pelajaran kepada pelajarnya
Lelaki itu mendorong pasukan kegemarannya
Saudaraku, berehatlah atas kerusi.
Pelajar itu telah menyertai pertandingan ini
Jurulatih sedang menggunakan tali
Sila amati potongan ayat berikut.
يُفْهِمُ الأستاذُ الدَّرْسَ لِطُلاَبِهِ ( a )
الرَّجُلُ شَجَّعَ فَـريقَـهُ الـمُفَضَّل ( b )
Kamu akan dapati potongan ayat(a) dimulakan kata kerja @ perbuatan ( فعل ) . Maka ayat ini dinamakan Jumlah fi'liyyah ( جملة فعلية ) .
Potongan ayat (b) pula dimulakan dengan kata nama ( اسم ) maka ayat ini dinamakan Jumlah Ismiyyah ( جملة اسمية ).
Perlu difahami bahawa struktur jumlah ayat ini akan menentukan kedudukan i'rab ( موقع الأعراب ) yang berbeza antara ( فعل ) dan ( اسم ) dalam ayat tersebut.
sila rujuk pautan di bawah untuk info tambahan :
https://arab2u.blogspot.com/2010/03/mari-irab-kalimah.html
No comments:
Post a Comment