Kepada semua warga SBPI Sabak Bernam
SELAMAT BERCUTI SEMPENA HARI BURUH DAN BALIK KE KAMPUNG HARI INI.
SEMOGA PERJALANAN SELAMAT DAN DIJAUHKAN DARI MUSIBAH.
BUAT RAKAN GURU,
SELAMAT BERKUNJUNG KE PULAU LANGKAWI. UNTUK KALI INI TAK DAPAT KAMI SEKELUARGA TURUT SERTA SEBAB BABY SUMAYYAH MASIH SEBULAN JE USIANYA. DAH BESAR SIKIT NANTI OK LAH
UNTUK ANAK-ANAK DIDIK,
ISIKANLAH MASA CUTI DENGAN PELBAGAI PERKARA YANG MEMBAWA KEBAIKAN. CARI PENGALAMAN, KEMAHIRAN DAN ILMU YANG MAMPU MENINGKATKAN KUALITI PERIBADI KAMU SEMUA.
SELAMAT BERCUTI DARI USTAZ, MAMA, MARYAM, SHDAN, IBRAHIM, KHADIJAH DAN SUMAYYAH.
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 29, 2009
BAT 1 NAHU
Assalamualaikum ...
sekarang kita cuba menggunakan bahan latihan BAT 1 kalimah seerti dan berlawan sebelum untuk menjawab soalan berikutnya dalam kertas BAT 1 iaitu bahagian nahu. Terdapat pelbagai format soalan di sini. Calon MESTI memahami kehendak soalan dengan jelas. Bertanya kepada guru sekiranya kamu tidak faham maksud soalan. Sebagai contoh ;
soalan 1 ini berbeza kehendak jawapannya dengan soalan 2 dibawah.
soalan 1
soalan 2
HURAIAN :
Soalan 1 hanya berkendakkan calon menjelaskan posisi i'rab dengan tepat sahaja untuk mendapat 2 markah penuh .
Berbeza dengan soalan 2 di atas calon dikehendaki menjelaskan posisi i'rab, hukum i'rab dan alamat atau tanda i'rab yang betul.

بيّن موقع الاعراب الكلمات التى تحتها خط
نجَحَ الطاِلبُ نجاحاً باهراً في الإمتحانِ
soalan 2
اعرب الكلمات التى تحتها خط
نجح الطالبُ نجاحاً باهِراً في الإمتحان
HURAIAN :
Soalan 1 hanya berkendakkan calon menjelaskan posisi i'rab dengan tepat sahaja untuk mendapat 2 markah penuh .
باهرا : نعت / صفة
Berbeza dengan soalan 2 di atas calon dikehendaki menjelaskan posisi i'rab, hukum i'rab dan alamat atau tanda i'rab yang betul.
باهراً : نعت منصوب بالفتحة
نعت : 1
منصوب : 2/1
الفتحة : 2/1
Oleh itu pemahaman teknik menjawab yang tepat amat penting bagi mengelakkan pemotongan markah dalam peperiksaan kelak.
SALAM MOTIVASI
KEPADA PELAYAR INTERNET YANG BUDIMAN.....
UNTUK BERJAYA DALAM USAHA ANDA
UNTUK BAHAGIA DALAM HIDUP ANDA
IA BERMULA HANYA DARI SEDIKIT USAHA YANG KECIL SIFATNYA. BILA ADA USAHA PENAMBAHBAIKAN DARI SEMASA KE SEMASA, MAKA AKHIRNYA ANDA AKAN MEMDAPAT DAN MEMPEROLEHI APA JUA HASRAT YANG ANDA IMPIKAN.
PERJALANAN BERIBU BATU SEBENARNYA BERMULA DENGAN HANYA SATU LANGKAH SEBELUM DITAMBAH DENGAN LANGKAH-LANGKAH BERIKUTNYA.
JUSTERU ITU MULAKAN SEGALA USAHA KEBAIKAN UNTUK ANDA MEMPEROLEHI GANJARANNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

BAT 1 Kalimah Seerti Berlawan
Salam sejahtera kepada semua calon SPM yang bakal menduduki kertas Bahasa Arab Tinggi pada tahun ini .
Sebagai muqaddimah, ustaz paparkan siri latihan mudah untuk menjawab soalan BAT kertas 1 .
Bahagian 1 ini mengandungi 6 soalan dan menyumbang 12 markah meliputi 3 soalan untuk perkataan seerti dan 3 soalan untuk perkataan berlawan. Dalam soalan sebenar, tiada pilihan jawapan disediakan seperti dibawah ini. Para pelajar perlu menguasai perbendaharaan kata dalam bahasa arab dengan baik untuk mejawab bahagian ini dengan sempurna.
السؤال الأول : إختر الْمُرادِفَ للكلمات الْمَكْتُوبة بخط عريضٍ
( مُتفَوِّقاً - الزُّملاء - يتكلمُ - تكريْمُ - قابَلْتُ - الْمَدْرسة )
نَجَحَتْ أختِي نجاحاً باهِراً فِي الإمتحان
( ................ )
يتحدثُ الْمُديرُ معَ نائِبِهِ فِي الإدارَةِ
( ................ )
لَقِيْتُ الأستاذَ أمام غُرفَةِ الْمُعلمِين
( ................ )
على الطلبةِ احترامُ الوالدينِ و الْمُعلمِين
( ................ )
أراجِعُ الدروس مع الأصدقاء فِي الْمكتبةِ
( ................ )
يدرسُ لقمان في الْمَعهدِ الإسلامي
( ................ )
( ................ )
Monday, April 27, 2009
Qawaid Dalam Zikir Harian
Assalamualaikum kepada anak-anak calon SPM bagi kertas Bahasa Arab Tinggi.
Dalam kesempatan ini, kita akan cuba mempelajari kaedah menjawab kertas 1 bahagian qawaid dengan menggunakan kaedah mudah yang biasa kita amal dan kehidupan seharian seperti zikir, doa dan seumpamanya. Huraian lanjut akan disusuli kemudian.

أستغفرُ = فعل مضارعٌ مرفوع بالضمة و فاعل ضمير أنا
الله = مفعول به منصوب بالفتحة
البرايا = مضاف اليه مجرور بالكسرة المقدرة لأنه ممنوع من الصرف
الخطايا = اسم مجرور بالكسرة المقدرة لأنه ممنوع من الصرف
علما/ عملا / رزقا = مفعول به منصوب بالفتحة
نافعا / مقبولا / واسعا = نعت منصوب بالفتحة
توبتا = مفعول المطلق منصوب بالفتحة
نصوحا = نعت منصوب بالفتحة
Saturday, April 25, 2009
Halwa Telinga
Untuk menambahkan keseronokan kita belajar bahasa, tidak salah kita menggunakan unsur hiburan yang berkaitan dan tidak melampau. nasyid-nasyid arab dari pelbagai kumpulan nasyid baik dari dalam mahupun luar negara boleh diguna pakai sepanjang kita mempelajari Bahasa Arab ini. Meskipun kadang-kadang kita tidak memahami sepenuhnya makna dan isi kandungan nasyid tersebut ia tetap merangsang minda dan rasa seronok untuk terus belajar. Sama juga seperti kita seronok dengar lagu inggeris, hindustan ... walhal kita tak faham pun. Rasa seronok dalam belajar amat penting untuk meningkat minat dan kefahaman kita terhadap sesuatu pembelajaran. InsyaAllah dari semasa ustaz akan sertakan disini beberapa video klip nasyid arab untuk tatapan semua.
Antaranya :
Antaranya :
Ajibtu dari firqah inteam
Ahlan bina dari Far East
Salamun salam dari Nazrey, Akil Hay, Inteam dan Far East
ZIKIR DAN DOA PAGI
Di awal pagi sebelum belajar, pelbanyakkanlah berzikir dan mengingati Allah semoga Dia mengurniakan kita ilmu yang bermanfaat. Amin... Di samping itu, kita juga boleh menggunakan zikir-zikir harian ini untuk membantu sesi pembelajaran khususnya dalam mendalami dan memahami lagi Bahasa Arab ini sendiri . Ia bukan sahaja akan lebih memudahkan pemahaman malah menjadikan hati kita sentiasa tenang.
يا أيها الذين أمنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا وسبحوا بكرة وأصيلا
zikir pagi
Friday, April 24, 2009
BOLEH SAYA BANTU ANDA?
Assalamualaikum kepada semua pengunjung budiman.
Dalam kesempatan ini KAMI mengharap dan mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan untuk menambahbaik isi kandungan blog ini. Cadangan dari warga pendidik, para pelajar atau sesiapa sahaja yang mencintai Bahasa Arab ini diharapkan akan menyemarakkan lagi persembahan blog ini.
Akhir kata dari KAMI.... bantulah orang lain untuk bantu diri sendiri. Sekian terima kasih
Akhir kata dari KAMI.... bantulah orang lain untuk bantu diri sendiri. Sekian terima kasih
Thursday, April 23, 2009
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung budiman
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya terbina juga blog Belajar Bahasa Arab ini untuk tatapan semua pada tanggal 24 april 2009 bersamaan hari Jumaat 28 Rabiul Akhir 1430H. Dengan adanya blog ini, Insyaallah dapatlah kita berkongsi idea, pengalaman serta bahan pembelajaran dan pengajaran khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah.

Tak kenal orang kata tak mesra, jadi ada baiknya kita bertaaruf dahulu. Nama penuh Ustaz Amir Bin Berau, guru Bahasa Arab PMR dan Bahasa Arab Tinggi SPM. Juga merangkap pembantu kaunselor . Dilahirkan di Kg Bukit Changgang, Banting Selangor pada tahun 70 bulan januari . Berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian setelah pengiktirafan semula JPA) dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar Mesir. Memulakan pembelajaran peringkat menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang dari 1983-1987 sebelum ke KUSZA, Terengganu untuk mengambil Dip. Pendidikan Dgn Bahasa Arab dari 1988-1992

Sebaik tamat pengajian di peringkat diploma di KUSZA, ustaz ditempatkan di SMK Projek Seksyen 11, Shah Alam sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir . Mula bertugas di SM Sains Lahad Datu, Sabah bermula tahun 1996 sebelum berpindah di SBPI Sabak Bernam mulai Jun 2002 hingga kini.
TERKINI:Berkuat kuasa 16 November 2009,empunya blog ditaklif sebagai PK HEM SBPISB ke-2
Telah berkeluarga dan mempunyai 5 cahaya mata ( setakat hari ini ) ; Maryam Husna (12), Muhammad Rushdan(10), Ibrahim Adham (6), Khadijah Salsabila (4) dan Sumayyah Kauthar ( 19 mac 09). Isteri tersayang merangkap sahabat paling baik dan akrab dalam hidup ini .. Raja Fatimah bt Raja Abdul Rahman berasal dari Kg Kubang Tepak, Manir Terengganu.

Semoga usaha kecil ini akan menghasilkan natijah yang baik untuk semua serta mendapat keredhaan Allah SWT. Sebarang cadangan, komen dan pertanyaan boleh dipanjangkan untuk perbincangan di ruang bawah atau hubungi ustaz menerusi emel @ ym .... di aburushd70[at]yahoo.com.my
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya terbina juga blog Belajar Bahasa Arab ini untuk tatapan semua pada tanggal 24 april 2009 bersamaan hari Jumaat 28 Rabiul Akhir 1430H. Dengan adanya blog ini, Insyaallah dapatlah kita berkongsi idea, pengalaman serta bahan pembelajaran dan pengajaran khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah.
Tak kenal orang kata tak mesra, jadi ada baiknya kita bertaaruf dahulu. Nama penuh Ustaz Amir Bin Berau, guru Bahasa Arab PMR dan Bahasa Arab Tinggi SPM. Juga merangkap pembantu kaunselor . Dilahirkan di Kg Bukit Changgang, Banting Selangor pada tahun 70 bulan januari . Berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian setelah pengiktirafan semula JPA) dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar Mesir. Memulakan pembelajaran peringkat menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang dari 1983-1987 sebelum ke KUSZA, Terengganu untuk mengambil Dip. Pendidikan Dgn Bahasa Arab dari 1988-1992

Sebaik tamat pengajian di peringkat diploma di KUSZA, ustaz ditempatkan di SMK Projek Seksyen 11, Shah Alam sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir . Mula bertugas di SM Sains Lahad Datu, Sabah bermula tahun 1996 sebelum berpindah di SBPI Sabak Bernam mulai Jun 2002 hingga kini.
TERKINI:Berkuat kuasa 16 November 2009,empunya blog ditaklif sebagai PK HEM SBPISB ke-2
Telah berkeluarga dan mempunyai 5 cahaya mata ( setakat hari ini ) ; Maryam Husna (12), Muhammad Rushdan(10), Ibrahim Adham (6), Khadijah Salsabila (4) dan Sumayyah Kauthar ( 19 mac 09). Isteri tersayang merangkap sahabat paling baik dan akrab dalam hidup ini .. Raja Fatimah bt Raja Abdul Rahman berasal dari Kg Kubang Tepak, Manir Terengganu.

Subscribe to:
Posts (Atom)