Thursday, April 23, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung budiman
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT akhirnya terbina juga blog Belajar Bahasa Arab ini untuk tatapan semua pada tanggal 24 april 2009 bersamaan hari Jumaat 28 Rabiul Akhir 1430H. Dengan adanya blog ini, Insyaallah dapatlah kita berkongsi idea, pengalaman serta bahan pembelajaran dan pengajaran khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah.


Tak kenal orang kata tak mesra, jadi ada baiknya kita bertaaruf dahulu. Nama penuh Ustaz Amir Bin Berau, guru Bahasa Arab PMR dan Bahasa Arab Tinggi SPM. Juga merangkap pembantu kaunselor . Dilahirkan di Kg Bukit Changgang, Banting Selangor pada tahun 70 bulan januari . Berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian setelah pengiktirafan semula JPA) dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar Mesir. Memulakan pembelajaran peringkat menengah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang dari 1983-1987 sebelum ke KUSZA, Terengganu untuk mengambil Dip. Pendidikan Dgn Bahasa Arab dari 1988-1992




Sebaik tamat pengajian di peringkat diploma di KUSZA, ustaz ditempatkan di SMK Projek Seksyen 11, Shah Alam sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir . Mula bertugas di SM Sains Lahad Datu, Sabah bermula tahun 1996 sebelum berpindah di SBPI Sabak Bernam mulai Jun 2002 hingga kini.

TERKINI:Berkuat kuasa 16 November 2009,empunya blog ditaklif sebagai PK HEM SBPISB ke-2


Telah berkeluarga dan mempunyai 5 cahaya mata ( setakat hari ini ) ; Maryam Husna (12), Muhammad Rushdan(10), Ibrahim Adham (6), Khadijah Salsabila (4) dan Sumayyah Kauthar ( 19 mac 09). Isteri tersayang merangkap sahabat paling baik dan akrab dalam hidup ini .. Raja Fatimah bt Raja Abdul Rahman berasal dari Kg Kubang Tepak, Manir Terengganu.


Semoga usaha kecil ini akan menghasilkan natijah yang baik untuk semua serta mendapat keredhaan Allah SWT. Sebarang cadangan, komen dan pertanyaan boleh dipanjangkan untuk perbincangan di ruang bawah atau hubungi ustaz menerusi emel @ ym .... di aburushd70[at]yahoo.com.my







Nama

Alamat Emel

Mauduk

Pesanan

Image Verification

Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]


   









15 comments:

Atteya_Azmi said...

assalamualaikum ustaz...
harap2 ustaz masih mengenalisy...
heheheh
anakdidik ustaz...
putri nor atteya binti nor azmi...pioneer(o2-06)
rindunyer kat ustaz n family lg2 kat mama...
sampaikan salam sy kat mama yerk...
inshalah, bile berkesempatan,sy akan melawat ustaz n family..

ust amir said...

waalaikum salam ... terima kasih putri kerana berkunjung ke blog kami. tempat jatuh lagikan dikenang , inikan pulak anak didik yang kita asuh bertahun lamanya. ustaz doakan kamu sentiasa beroleh rahmat Allah serta kejayaan dunia akhirat. salam ust dan mama pada ibu dan ayah kamu .

mat jeng said...

السلام عليكم...نعم مبروك عليك يا زميلي القديم..وقد اطلعت على هذا البلوج، ووجدت أنه جيد ونافع ومفيد للجميع عامة ولمدرسي اللغة العربية خاصة....شكرا وتهنيئة..منني لك...صديقك المخلص (رقم الهاتف : 3883685-013 ...

ctnor2u said...

salam ustaz...ana puan siti nor binti jaffar,salah seorang peserta kursus profesionalisme guru bhs arb selangor di pangkor 5-7/7/09 baru2 ini (penghuluwati).syukran kpd pihak pengurusan daurah krn menyuntik semangat untuk atakallam billughati arabiah fittaallum watta'lim...ana,zauj dan dhurrah (madu) ana ingin mengucapkan tahniah ats kejayaan ust dlm membuat blog,smg sgl usaha ust dberkati Allah,ana jg bercita2 utk mencapai spt ustaz...
ila huna,sallim ala zaujah wal aulad,syukran,wassalam...

FaREiQ said...

salam ustaz......
x sangka bertemu dlm blog,
saya salah seorang anak didik ustaz di SMSLD,
mungkin masih ingat hehe....(1998-2002)
masih teringat saat2 ustaz memberi ceramah setiap malam jumaat, lengkap dgn nasihat dan x kering gusi jenakanya......
semoga ustaz sekeluarga sentiasa sihat dan boleh bertemu nanti.....insya allah

Muhammad Faiq Bin Shaf'ii
JB

Anonymous said...

askum,ustaz.saya dari murid sam jeram ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengajaran yang semaksima mungkin ustaz berikan.terima kasiyh.wassalam.........

rabi3h said...

salam..wat ust amir & kuage...besnyeeer blog ni.mabruk a`laika ya ust.smpena percubaan pmr yang bakal menjelang saye mewakili batch f3 ingin memohon beribu ampun dan maaf pada ust & mama dari ujung kaki ke ujung kepala ats sgla kterlanjuran kami..

ustazah azyyati said...

هذا موقع ممتاز جدا, و أتمنى جهدك هذا ينال بركة من الله و تستمر في مساعدة، ليس الطلاب فقط بل جماعة معلمي اللغة العربية. شكرا.

HJ MOHD ZAKARI ZAINAL said...

Salam,
Saya Hj.Mohd Zakaria Bin Zainal dari Perak ingin bertanya kepada ustaz mengenai pembelajaran di Universiti Al Azhar dalam bidang perubatan.

Anak dapat tawaran dlm bidang perubatan di Universiti Al Azhar bagi kemasukan bulan oktober 2009.Saya ingin bertanya perlu tak seseorang pelajar perubatan menghafal Al Quran untuk mengiktiraf ijazah yang didapati nanti.

ustaz amir said...

trima kasih pada Hj Zakari. Apa yg saya tahu utk medic Azhar memang kena hafaz Al Quran. Saya akan cuba dptkan maklumat lanjut. Harap dpt tinggalkan email utk tindakan lanjut.

Anonymous said...

يا أخي انا سعيد بلقائك هنا على الإنترنيت فأنا مثلك خادم لغة القرآن. قم برزيارتي على المواقع التالية :

http://wanrusli.net

http://www.youtube.com/ruslisarah

http://www.facebook.com/wanrusli

Unknown said...

assalamualaikum ust..
moga ust sekeluarga sihat
ana nk tanye mngenai GHURABAA...
ape dye ghurabaa tue?
ana nk pemahaman ttg perkara nie...
sbb nye, shbt ana ad tanye, tp ana x penah dgr..
mmg bole search di internet ttp x ckup dgn e2..
lbih baik ana berguru...
ana tinggl kn emel ana kt ust..
zenithlot@yahoo.com.my
ataupn ust bole terus kt blog ana
http://nhamizahashim.blogspot.com
mmg btul2 nk nie...
syukran ust...

Unknown said...

mgkin scr detail nye ust...
kaintan ghurabaa dgn keadaan semasa skrg...
skrg, yg lbih cenderung kpd ghurabaa mcm mne...
syukran

Unknown said...

salam..
ustaz..nak say thanks cuz wat motivasi bAk kat samJeram dlu..ni saye baru je wat akaun gmail..hehe^^..if ustaz ingat lagi..sye plajar lelaki yg berbaju kuning..yang isi makne word2 arab kat lptop ustaz aritu..hehe..skang ni..pmr saye dapt 9A..and on 2feb..saye g skolah kat kisas..kolej islam sultan alam shah..skola yg saye impikan sejak saye form2 oleh sebab prestasinye yg memikat hati saye..
tu saje..
salam..

ght7guy@AiR_mAnD said...

assalamualaikum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails