Sunday, May 24, 2009

Kata Pujangga 4

Soalan dan skema bahasa arab tinggi SPM kertas 2 ;
bahagian hikam wal amsal


كأنّك تضرِبُ حديدًا باردًا
سأوله2 كامو منمفا بسي يغ سجوق

Seolah-olah kamu menempa besi yang sejuk


اذكر فكرتين اساسيتين من هذه الحكمة
التربية لا بُدّ من الصٍّغَرِ في الْعمر
مِنْ أسْبابِ النَّجاحِ فِي التربية الإسْتِقامة

Pengajaran ;

Pepatah melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru itu, pendidikan mestilah bermula dari kecil atau seawal yang mungkin dan dilakukan secara istiqomah agar ia membuahkan hasil dan kejayaan dalam usaha tarbiyyah atau pendidikan. Apa jua bentuk nilai dan akhlak yang diingin diterapkan mesti dilakukan seawal yang mungkin agar ia benar-benar memberikan impak positif ke atas gaya didikan kita.
Kelewatan kita bertindak dalam memberikan nilai dan akhlak seumpama kita menempa besi yang telah sejuk . Selamat beramal ...

أطرُقْ الحديدَ ما زالَ حامِيًا
منمفا بسي بياله كتيك فانس

menempa besi biarlah ketika panas

اذكر فكرتين اساسيتين من هذه الحكمة

التأجِيلُ في الْعملِ من صفة مذمومةٍ
عَلَيْنا أنْ نَنْتَهِزَ الْفُرصة قَبْلَ فَواتِ الأوَانِ

Pengajaran ;

Bertangguh dalam sesuatu amalan dan perkerjaan itu adalah antara sifat tercela . Bersegeralah berbuat kebaikan. Rebutlah apa jua peluang dan kesempatan yang ada sebelum ia terluput dan terlepas daripada kita. Usah sesal bilamana nasi sudah menjadi bubur.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails