Friday, May 22, 2009

Usrah PUTERI SBPI Sabak Bernam

"Alhamdulillah .. setelah sekian lama menyepi akhirnya
MAMA muncul kembali "



Begitulah antara ungkapan yang terpacul dari bibir anak didik aspuri di Intersaber ini sebaik sahaja dapat berita Ustz Raja atau panggilan manja "mama" dikalangan pelajar puteri akan menyampaikan tazkirah dalam usrah mingguan. Program mingguan yang dikhususkan untuk pelajar puteri ini diadakan setiap hari Jumaat ketika mana kaum adam bersolat Jumaat.




Hmm ... happy sakan bebudak aspuri nampaknya. Kebetulan pulak mama dia orang bawa laptop dan LCD sekali. Yang malas datang pun pakat bergegas ke surau pasal nak tengok tayangan.

Tak tahu lagi tajuk minggu ini " Perkara paling dekat kita ... kematian " . Haaa... sebaik sahaja tayangan dimulakan semua terdiam dan rasa insaf . Baguslah kalau gitu .... TAPI bila blogger datang ....... senyummmmm semua . Senyum ada apa-apa makna ke?





Yang penting pengajaran dan iktibar yang mampu diambil dari program tersebut. Ustaz doakan semoga pengisian ini mampu membina jati diri dan sahsiah warga pelajar di SBPISB ini.

Kepada semua rakan ustazah ... ustazah Hajah Rogayah (tiada di gambar ), Ustazah Siti Zainab, (kanan ) Ustazah Mariah ( kiri ) Mama (tengah) dan semua guru yang sama-sama menyemarak surau tu terima kasih bebanyak .. hanya Allah jua yang dapat memberikan ganjaran


5 comments:

Iqakiko said...

dah lama xjoin usrah jumaat dengan mama..rindu la pulak...ape2 pon diharapkan aktiviti seperti ini diteruskan buat selamanya di intersaber...kirim salam kat mama ye ustaz..
-atiqah rosli 0206-

ust amir said...

terima kasih lah atiqah kerana berkunjung ke blog ini. ustaz harap dan doakan kamu dan rakan2 di luar sana masih memperolehi input2 yang baik untuk bekalan hidup. sampaikan salam ust dan mama pada mereka. ust akan cuba muatkan semua perkembangan sbpisb dalam blog ini. take care

Shina f1 said...

Assalamualaikum,ustaz. Ni nak tanye sikit, kenapa mama tak nak letak lagu nasyid atau video tentang agama kat blog ni? -Hajar 2009-

ust amir said...

terima kasih shina .. kalau ikut rasa nak masukkan semua .. tapi biarlah kami memberikan fokus pada bahasa arab dulu. untuk video agama .. kunjungi blog tanyalah_ustaz iaitu blog ustaz zaki PSI SPM tu . haa.. dia pakarnya.

nurain-spm 0206- said...

salam...

rindunyer nk datang usrah kt skol...ceria betol wjh2 budak aspuri ni..hehe..

semoga program usrah ni terus hidup agar dapat memberi kesan yang lebih positif terhadap pelajar...

ilmu akhirt penting agar hidup kita bahagia di dunia dan akhirt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails