Tuesday, August 18, 2009

Tsunami vs blog





Tsunami dan blog memang rapat perkaitannya. Hanya 1 `klik`, kesannya amat dahsyat dan parutnya sukar untuk dipulihkan. Ringkasnya Tsunami terjadi apabila berlaku tiga peristiwa di dasar/kawasan lautan. Iaitu, gempa bumi (aktiviti sesar), letusan gunung berapi berskala besar dan hentaman meteorit. 1 `klik` yang saya maksudkan adalah, hanya dengan 1 gempa, hanya dengan 1 letusan atau hanya dengan 1 hentaman, proses Tsunami akan berlaku yang akhirnya membawa kemusnahan sekitar.
Demikian juga blog, hanya dengan 1 klik (publish post) maka akan terpaparlah hasil tulisan seseorang. Tulisan yang bakal mencorakkan negara, hatta seantero dunia. Yang menarik, liputannya bukan sahaja di Acheh, Phuket dan Jepun tapi seluruh dunia! Selagi internet boleh diakses. Siapakah yang lebih kuat impaknya, Tsunami atau blog? Semuanya bergantung kepada sejauh mana ketajaman pena seseorang. Jika pena itu dipegang oleh seorang penulis yang hebat, saya percaya ia boleh mendatangkan kesan yang amat luar biasa dan mungkin lebih dahsyat daripada Tsunami!Bezanya cuma, kesan penulisan itu boleh ke arah kebaikan dan boleh juga ke arah kehancuran sesebuah peradaban.
Justeru, dalam era IT yang sedang berjalan ini marilah bersama-sama kita menguasai dan memanfaatkannya sebaik mungkin. Maklumat kini di hujung jari, begitulah yang selalu kita dengar. Barangsiapa yang menguasai teknologi ini, ia akan menguasai maklumat. Dan, barangsiapa yang menguasai maklumat, tidak mustahil ia akan menguasai dunia!


Artikel dipetik dari blog GMC. maklumat lanjut kunjungi blog bekas anak didik dari Sabah ini ;
http://geomotivator.blogspot.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails