Maaflah kerana anak murid Ustaz Amir seorang ni tumpang menulis di blognya...Jangan marah peminat setia ustaz ^_^
Saya agak terkejut dengan Surat Terbuka Ustaz Amir baru-baru ini,tambah terkejut blog yang dimaksudkannya mendapat rank ke-3 dengan keyword sbpisb di Google!
Menambah rencah cerita,kerajaan tidak berhasrat meneruskan pelaksanaan tapisan terhadap internet.
Bukan Tak Berkesan,Tapi...
China,antara negara yang mengorak langkah membuat tapisan di internet.Namun hasilnya masih jauh dari apa yang diharap.
Tuan Norizan melontarkan pandangannya seperti berikut...
Internet BERBEZA dengan penyiaran dan percetakan. Kedua-dua media ini bersifat massa dan oleh itu ia dapat dikawal.Kita memerlukan mekanisma lebih tepat berbanding tapisan.Namun solusinya masih menemui jalan buntu.
Bagaimanapun, internet tidak begitu. Internet adalah media yang bersifat PERIBADI. Elemen "personalization" itulah yang menjadikan internet menarik. Pengguna internet bukan sahaja menerima kandungan, tetapi juga mencipta kandungan tersebut.
Dalam dunia internet, penyedia dan pengguna kandungan adalah orang yang sama. Dalam media penyiaran dan percetakan, garis pemisah antara penyedia kandungan dan pengguna kandungan adalah jelas.
Harapkan Iman,Iman Tak Mantop Lagi
Ya,kerajaan selaku pemerintah berkuasa menggubal undang-undang pencegahan yang bersesuaian.Namun,hanya Allah Yang Maha Mengetahui hati hamba-hambanya...
Jangan memberi alasan iman senipis kulit bawang,kiranya kita culas beribadah kepada Allah! Ingatan ini buat diri si penulis jua...because to err is human,nobody is perfect,except Muhammad S.A.W.
Jangan salahkan cikgu sahaja kalau tak pandai ajar pelajar guna internet,bila cikgu bercakap kita pun main-main di belakang.
Jangan salahkan ibu bapa semberono,lupakah anda pengorbanan mereka membesar anda sehingga menjadi sebesar-besar makhluk Allah la ni?
Sebagai makhluk Allah yang sempurna,bukankah kita diberi pilihan bak kata nasyid ini...
Sabda Junjungan Buat Ingatan
Dalam beriring nikmat internet,dunia perkongsian maklumat tanpa batasan,1400 tahun lalu Nabi telah memberi peringatan
“Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (tulisan bahan bacaan)” [Hadith riwayat Ahmad]
1 comment:
Assalamualaikum
Sememangnya DUNIA INI ADALAH SANDIWARA bagi mereka yang buta akhirat. Manusia menyangka mereka boleh hidup bebas berbuat apa saja tanpa halangan dan batasan sedangkan Allah pasti akan menghitung setiap amalan, mereka menyangka tiada siapa mengenali dengan "anonymous" mereka sedang Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui akan setiap sesuatu walaupun seekor semut yang sedang berjalan di malam hari yang gelap gelita di atas seketul batu hitam di tengah padang pasir!!
Pada generasi Y yang terlalu kagum dan taksub dgn kecanggihan internet ini, jadikanlah ianya alat utk mencari redha Ilahi bkan kemurkaannNya. Tanam IMAN EHSAN dalam jiwa kerana meskipun kita berseorangan dengan komputer tetap ada mata2 yang melihat dan memerhati perlakuan kita walaupun kita tidak mampu melihat mata2 yang sedang memerhatikan kita!!!
Post a Comment