Sebagai pembuka bicara, ustaz ingin memohon kemaafan secara terbuka kepada pemilik blog berikut http://shadowoftheworld7.blogspot.com/ jika terdapat kekasaran bahasa dalam membuat teguran semalam hingga membawa kepada penutupan atau seumpamanya sepertimana tertera di bawah . Apa yang pasti... ustaz gagal untuk menghubungi atau berkunjung kembali ke blog tersebut. Ustaz tidak bermaksud demikian cuma mungkin cara ustaz yang terlalu berterus terang menyebabkan pemilik rasa "terganggu" lalu " melarikan diri agar tidak dapat dikesan " .
Sebagai gambaran sebenar, ustaz dijemput berkunjung ke blog tersebut. Dengan rasa berbesar hati ustaz telah berkunjunglah. Apa yang ustaz dapati ... satu catatan peribadi yang tiada bernama. Tiada pengenalan diri yang dapat dirujuk. Rasa tidakpuashati kepada guru2 yang "tidak pandai mengajar " yang diluahkan secara terbuka tanpa rasa bersalah. Penghinaan terbuka kepada sekolah dengan pelbagai gelaran.
Maka ustaz tinggalkan beberapa pesanan antaranya ;
" tidak salah kamu meluahkan rasa tidak puas hati kerana semua orang berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan tambahan dalam blog sendiri seumpama ini"
" Bersyukur dengan segala kurniaan Allah dan gunakan peluang untuk memperbaiki dan memajukan diri " serta satu lagi teguran yang agak mendalam maksudnya yang mungkin menyebabkan pemilik blog terus bertindak menutup kedai untuk ustaz.
Ingat apa antara perkara ustaz ajar dan didik kamu semua????
1. SETIAP TINDAKAN KITA DIPERHATI DAN DIAWASI OLEH PEMILIK ALAM INI, OLEH PENGAWAL PERIBADI KITA IAITU MALAIKAT WALAU DIMANA KITA BERADA. ALLAH YANG MAHA BERKUASA, MAHA HEBAT yang tiada tandingan dengan segala macam ilmu miliki hambaNYA . Sebagai hamba... jangan lah kira merasa TERLALU HEBAT dengan sedikit ilmu yang dikurnia Allah !!!
2. BERANI BERTANGGUNJAWAB DENGAN APA SAHAJA KEPUTUSAN DAN TINDAKAN YANG KITA AMBIL. KALAU SALAH MENGAKU DAN PERBAIKI KEMBALI.
3. KERJA KERAS DAN GIGIH UNTUK MEMAJU DAN PERBAIKI KUALITI DIRI DENGAN PELBAGAI KEMAHIRAN DAN PENGETHAUAN . TIADA MANUSIA BOLEH UBAH KITA MELAINKAN DIRI SENDIRI DENGAN IZIN ALLAH.
4. CARA KITA BERFIKIR AKAN MENENTUKAN HASIL TINDAKAN KITA. BAIK DAN POSITIF MAKA BAIKLAH HASIL TINDAKAN KITA BEGITU JUGA SEBALIKNYA. LIHAT SEMUA PERKARA DI SUDUT POSITIF DAN AMBIL KEBAIKAN DARINYA. JANGAN HANYA MELIHAT KELEMAHAN ORANG LAIN TANPA MAHU BERMUHASABAH DAN MELIHAT KEKURANGAN DIRI SENDIRI. NANTI KITA MENJADI SEORANG YANG SOMBONG.
Pendekkan cerita ... pemilik telah melakukan kesilapan yang mungkin dia tidak sedari. Tak pasti samada dia mengakui kesilapannya atau selepas ini akan menjadi blog ustaz sebagai medan sasaran untuk "BERTARUNG ". Ustaz harap ini tidak berlaku ...
Pada ustaz, usia kamu masih terlalu muda (salah seorang generasi Y yang ustaz perkatakan sebelum ini ) . banyak pengalaman dan jalan belum kamu lalui. Di depan kamu menanti seribu satu ranjau yang bersedia mengheret kamu ke lembah kebinasaan. samada disedari atau tidak. Siapa kamu ingin jadikan panduan? QURAN HADIS ? RAKAN SEBAYA? GURU YANG TIDAK PANDAI MENGAJAR? IBUBAPA ? atau IKUT SUKA HATI AKULAH?
Sering ustaz perkatakan .. ustaz tiada wang ringgit atau emas dan dirham untuk diagihkan kepada setiap anak murid ustaz. Hanya ILMU dan NILAI AKHLAK yang dapat dibekalkan sebagai warisan harta untuk dibawa kemana shj kamu pergi selepas tamat sekolah ini. Iti pun jika kamu sudi menyambutnya dan mengamalkannya!!
Lihat sekeliling kamu !!!!!!!!!!! lihat dan perhatikan abang2 dan kakak2 bekas pelajar SBPISB atau mana2 sekolah agama atau apa sahaja nama sekolah kamu. Bagaimana mereka? Siapa ikutan mereka? apa perubahan mereka? apa kesudahan mereka? Adakah lebih baik? bertambah teruk ? berjaya ? HANCUR ?
Walau apa sekalipun perubahan mereka hari ini .... apa yang pasti ;
1. SETIAP PERLAKUAN MEREKA TIDAK TERLEPAS DARI PERTIMBANGAN ALLAH UNTUK DIHADAPKAN DI HARI PERHITUNGAN KELAK
2. SETIAP DARI MEREKA KELAK AKAN MATI DENGAN HANYA MEMBAWA AMALAN MEREKA dengan meninggalakn segala macam bentuk fahaman pemikiran, harta benda dan apajua kebanggaan yang mereka milki hari ini. MATI datang sekelip mata tanpa diundang dan tanpa ada sesiapa yang menyedarinya !!!
Kepada anak2 didik yang merasakan bebas untuk berbuat apa sahaja kerana hari ini adalah zaman tiada sempadan, zaman bebas bersuara , tiada siapa berhak untuk menghalang apa sahaja tindakan kamu INGATLAH ... akhirnya kamu akan TERHALANG OLEH SEMPADAN KEMATIAN, TERPENJARA DALAM TANAH selebar kekangkang kera!!!!
Jika kamu fikir SBPISB ini bagai SEKOLAH BANDUAN PENJARA INTERNATIONAL , GURU TAK PANDAI MENGAJAR, ramai pelajar ingin keluar meninggalkan sekolah ... silalah uruskan segera permohonan kamu untuk keluar penjara ini. Kami guru2 di SBPISB akan sentiasa dan terus mengajar, mendidik mereka yang tahu menghargai , ingin belajar dan diajar tanpa mengharapkan apa2 pemberian dan balasan dari kamu . DI MANA2 ADA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN kerana kita tidak bersifat sempurna. LIHAT KELEMAHAN cth guru tak pandai mengajar sebagai ruang untuk kita mempelajari sesuatu yang baru ( cth bagaimana nak belajar sendiri spt Nik Madhiha ), perbaiki dan buat penambahbaikan dalam diri sendiri. Buka hanya penghentam, kondem ikut suka, sebar2 merata2 lepas tu tak berani bertanggungjawab!!!
Sehebat mana ilmu dan kecanggihan manusia hari ini, terlalu banyak KELEMAHAN disisi ALLAH !!! Bak kata pepatah melayu ; sepandai2 tupai melompat .. akhirnya jatuh ke tanah ; sepandai2 kamu menghilangkan jejak, akhirnya kamu akan masuk ke sekolah banduan penjara international JUGA .....
Sekali lagi ... maafkan ustaz atas bicara hati ini. Ustaz sentiasa memaafkan segala apa pun kesalahan dan kesilapan kamu kerana ustaz percaya .... kamu akan belajar dari kesilapan kamu ini .
13 comments:
Inilah cabaran warga pendidik zaman kini..bersabarlah..tu semua dugaan..
ustaz, tetiba teringat satu hadis ni..
"Sesiapa yang memandang kepada dunia dengan melihat kepada orang yang kurang daripadanya dan dia memandang kepada agama dengan melihat kepada orang yang lebih baik daripadanya, Allah meletakkannya dalam golongan yang sabar dan bersyukur."
moga Allah letakkan kita semua dalam golongan yang sabar dan bersyukur..
Assalamualaikum ustaz,
kejadian begini bukan kali pertama ustaz.Saya lihat ini seolah-olah perasaan yang sekian lama dipendam,tapi kita terlepas pandang.
Saya kira ada 1 missing link antara pelajar-kepimpinan pelajar-guru.Mungkin kita rasa program yang sekolah anjurkan selama ini sudah mencukupi, tetapi masih kelemahan,hingga 'pecah' di alam maya.
Contohnya,program BADAR.Saya akui,saya pun tak terdaya memantapkan keseluruhan aktivit BADAR. Trend aktiviti di surau hanya membabitkan komunikasi sehala.Ada sebahagian program ini penting bagi pembangunan karakter,seperti tazkirah pelajar.
Ke mana pula hala tuju program usrah kita?Di situ saya lihat ada kekurangan,kekurangan yang saya sendiri tak dapat perbaiki.Hanya menerusi program seperti usrah(jika berjalan dengan baik)komunikasi 2 hala itu dapat diwujudkan.
Begitu juga dengan program mentor-mentee.Bukan pd masa depan,elok dijalankan secara 1 to 1,bukan secara berkelompok seperti sekarang. Mungkin ini dapat memberi privacy kpd pelajar utk luahkan perasan...
Ustaz,dugaan inilah sunnah berjuang!
terima kasih atas pandangan dan komen yg diberi.
Sememangnya tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Guru, pelajar dan semua pihak terlibat perlu bergerak bersama2 utk memperbaiki apa jua kelemahan dan kekurangan. Sentiasa berfikir dan berbincang utk memajukan diri dan sekolah. Ustaz harap semua dpt dapat membantu antara satu sama lain.
Assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali...saya rasa happy dpt bagi komen di sini...sbb slps ni x semestinya kita hidup lagi utk baca blog ustaz ni...
Bila ckp pasal hidup...byk sgt prkara2 ironi yg kita boleh nampak...saya pelikla...antaranya:
1.kalau org kata cikgu x pndai mengajar...
-adakah masa cikgu mengajar mata kite celik ataupun sibuk zzzz...(tidur)
2.kalau org kata cikgu x pndai mengajar
-adakah apabila kite x fhm sesuatu pljaran kite bersungguh cari cikgu tu & tanya cikgu sampai kite faham...
Saya sedih sgt bile ada org ckp mcm tu...nmpak sgt kita masih lagi ada mentaliti subsidi...semua perlu disuap mcm baby walaupun kite ni pelajar sbp...
Kpd cikgu2...kuatkan semangat! Walaupun ada yg ckp mcm tu, masih ada lagi pelajar yg sokong cikgu!!!
Kdg2 saya selalu terfikir...kenapa saya dpt SBPISB...bukannya SMAPK ke, KISAS ke,SSP ke, INTEGOMB ke...sbbnya...
YES! Allah tahu yg mne yg terbaik utk kite...
Sebenarnya rasa insaf pulak...semoga saya, kwn2,cikgu2 & semua warga sbpisb terselamat dr fitnah dunia dan bala Allah dan perbuatan2 terkutuk...kat akhirat nnti Allah ada "youtube" yg lebih hebat lagi utk tunjukkan amalan kite...semoga aib kite tidak ditunjukkan oleh Allah nnti...
sekian...
Err..lupa pulak nak tulis nama. Anonymous tu saya la...zalikhabest..hehehehehe (utk komen yg kat atas ni je ye)
Harap ramai lagi yg dpt bg komen. Peluang keemasan ni!!
Salam..fuh cayalah Ika.. Apapun setiap perkara harus tgk dari sudut positif..tapi bukan mudah..Mana pembaca2 blog ni mai komen..utk kita kongsi bersama...Yang dah lepas biarkan lepas..Tapi bagaimana kita nak atasi masalah ini masa akan datang..Utk Faka mentor mentee seorang tu pun ada..mentee bila2 masa jumpa mentor..tapi kadang2 mentee pun tak nak jumpa..alasan sibuk blajo..tapi tido gak kat kelas..hehe..Ada jugak yang memilih mentor..maafle..
Assalamualaikum...jika hati ihklas untuk belajar...maka mudah lah kita memahami apa yang diajar....jika kita belajar kerana Allah maka Allah lah yang kita dapat.....namun jika belajar kerana kedunian maka kedunian lah kita dapat..kesannya kita tidak memahami apa yang diajar...
waalaikumsalam .. syukran pada semua para pengunjung yang sudi mengulas post ini. ulasan dan pandangan ikhlas amatlah dihargai moga ia membrikan natijah yg baik buat semua.
Kepada shadowoftheworld .. ustaz sentiasa berlapang dada utk menerima permohonan maaf kamu secara terbuka. Namun apa yg telah kamu catat telah pun tersiar,terpapar dalam internet utk tatapan umum. Tak mungkin kamu dapat memutarnya kembali utk diperbaiki. Apa yang pasti ia telah tersimpan utuh didada server internet dan menjadi sebahagian dari catatan sejarah SBPISB. Ibarat kata Ustaz Asri Rabbani ; "Yang pergi takkan kembali" . Bubur yang terhasil tak kan mungkin dapat kamu kembalikan menjadi nasi. Yang boleh .. makan saja bubur tu seadanya utk menjadi alas perut yg sakit atau kelaparan.
Pada ustaz .. semua ini pasti ada hikmah utk dilihat dari kaca mata hati atau pandangan yang positif. Siapa kita utk mengelak dari ketentuan Allah. Kita belajarlah sesuatu!! Ambillah kebaikan2 dari apa saja yg dilihat,dilalui seepanjang hidup kita meskipun ia sesuatu yg kita rasa amat memeritkan atau menyiksakan.
Terima kasih kerana akhirnya kamu berani mengakui kesilapan. Semua orang pasti buat keslipan termasuk ustaz sendiri kan! Kita didiklah diri kita utk berani bertanggungjawab krn ia akan menjadikan mulia disisi Allah, disenangi disisi makhluknya. Bangkitlah dari kesilapan, tekadkan azam dan tumpuan utk terus hambaNya yg terbaik samada sbg pelajar, pekerja, majikan, ibubapa atau apa saja tugas kita di muka bumi ini.
Buat warga SBPISB ataupun bekas2 pelajarnya .. kami guru2 sentiasa mendoakan kejahteraan buat kamu semua. Dunia luar sana tiada sempadan melainkan kita bina IMAN DAN EHSAN dalam diri dan hati. Spt selalu ustaz ingatkan .. itulah dinding yg akan sentiasa menhaga kamu walau dimana kamu berada. RUNTUHnya dinding itu maka tunggulah saat KEHANCURAN hidup kamu ...
Salam ingatan dan sayang selalu dari ustaz dan mama sekeluarga.
Salam...moga dirahmati Allah buat semua pengunjung blog ust. amir ni...alhamdulillah tampil seorang lagi guru meredah gelombang teknologi demi memastikan anak didiknya tidak ketinggalan dalam memahami erti hidup menerusi sekelumit ilmu...guru2 yang ada di SBPISB jua turut dididik oleh tangan seorang guru 'yang tak pandai mengajar' atau dari mana2 'sekolah yang merosakkan aku'....terdiam sejenak bila cg rashid serahkan maklumat...UST! SIASAT! pelajar yang dimaksudkan dengan blog tersebut berjaya dikenalpasti...emmm...bila dikenang2 balik bila kita bermula...pernah tak kita tanyakan diri... siapa aku waktu itu ? Adakah kita bersedia berubah ? Bila kita teruskan perjuangan waktu itu adakah kita redha menghadapi secebis cuma mihnah Ilahi ? Adakah selama ini kita membahagiakan orang lain atau banyak menyusahkan mereka ? Ibu bapa ? guru2 ? kawan2 ? Bila kita dalam kekeliruan...apa ikhtiar kita untuk menemui penghujung jalan ? Insya allah dengan nikmat umur yang dipanjangkan...kita akan berada di tempat mereka yang pernah kita sakiti hatinya..mereka yang kita tohmahkan sebagai perosak..pengongkong...tidak memahami...ALLAH MAHA ADIL...itu yang cikgu kita ajar kan ? Syariat gariskan jalan penuh berhikmah...gunakan jalan tersebut untuk merungkai masalah..jangan menambah masalah dengan membiarkan diri kita terkait duri di tepian jalanan...itu cikgu kita ajar jugak kan ? Dalam mencari kesempurnaan...kita perlu membiarkan diri kita disempurnakan...mungkin nasihat seorang guru...kasih sayang seorang ibu atau ayah...perhatian kawan yang ikhlas membantu... kepada pelajar berkenaan...saya bersama guru2 lain akan memerhati sejauh mana kesempurnaan yang diingini oleh beliau...kerana sememangnya kami tidak sempurna meskipun nama bermaksud sempurna...heheheh...ikhlas Ust. Kamal
assalamualaikum...hahaha..kelakar la..rasenye perkara macam tu memang selalu terjadi..saya pun selalu gak terkena ngan guru2...tapi..bukan guru tu yang tak tau mengajar tapi kita yg sebagai pelajar tak tau memasukkan diri kita dalm dunia cikgu tu..mase saya form 5 pun ade je saye tak puas hati tapi bile ustaz tu hari2 tegur saye marah saya...saya rasa dihargai la plak sebab bukan senang nak kene perati nagn cikgu ni..hehehe..tapi ini pendapat sye je la..akhir kata pandangla ilmu yang diber bukan orang yang memberi ilmu tu...tak gitu??
Cabaran ni Ustaz. Semoga diberi petunjuk dan kekuatan oleh Allah. Terima kasih Ustaz atas ilmu yang disampaikan melalui blog ini. Di rumah, blog Arab2U lah rujukan untuk SPM BAT tahun ni :D
i was intersaberian once,frankly speaking those years were not the best year.i once told myself,i want to forget the whole story when i get out from sbpi.yep,that's how jiwa remaja yg memberontak,somehow now,i take everything in positive ways,all my bad years there is a reference point everytime i had probs,for exp;'oh dulu kat sbpi lagi tak best'etc,that makes me bersyukur for everything i have now.
i'm with my humble quite disagree with someppl who keep pointing at students when they said "cikgu tu tak bley mengajar",maybe the prob wasnt the students,maybe the cikgu themselves and the student shld take other alternative rather than keep complaining
we should take a step back to see what's really happening,
i said whe should get out of the box to see the box is actually A BOX
sekian
Post a Comment