Monday, August 17, 2009

Kes yang lebih MENARIK?

Assalamualaikum .. pada semua pengunjung.

Sebenarnya ustaz baru je sampai dari ganu petang ni kerana ada urusan keluarga. Sebaik sahaja sampai ust dapat call dari sahabat mengingatkan ustaz adanya pengajian 2 minggu sekali di masjid sg apung malam ni. Alhamdulillah dgn kehendak dan izinNya dapat juga akhirnya ustaz menunaikan hajat sahabat ustaz tu walaupun penat memandu jauh tu amat terasa. maklumlah dah nak masuk 40 niiii ... urat sana sini dah tak berapa comel lagi. Selesai Isyak terus dapat undangan jemputan kenduri arwah.

Malam ni ustaz ingin berkongsi satu perkara berkaitan ... APA YANG MENARIK pada seseorang terhadap sesuatu perkara? Rupa paras, reka bentuk, kualiti, jenama, kuasa, $ , darjat dan kedudukan, nama, glamor atau apa sebenarnya? Mengapa kekadang satu perkara yang sangat penting pada kita tidak memberi apa2 makna atau tiada DAYA TARIKAN pada orang lain?

Ustaz balik tganu kerana keluarga di sana ditimpa musibah atau insiden yang memaksa kami adik beradik balik berkumpul untuk mencari kesepakatan dan jalan keluar. Setelah beberapa kali rumah chik ( panggilan bagi ibu mertua ustaz) dinaiki pencuri, inilah kali pertama kami terpaksa membuat laporan polis. Ini kerana kejadian terkhir baru2 ini menyebabkan ibu dan adik ipar ustaz dalam ketakutan kerana pencuri bertopeng tu turut membawa bersamanya pisau dan parang . Adik ustaz yang terpaksa bergelut dengan pencuri yang bersenjata nyata benar2 dalam trauma akibat insiden tersebut walaupun hanya hpone yang sempat diambilnya. Ylah bukan soal hphone tuu ... tapi NYAWA!!! Pendek citer dah tak sanggup tinggal di rumah tu, sedangkan ibu tak mahu berpindah kerana sayangkan rumahnya. Setelah laporan polis dibuat.. selang beberapa hari dikhabarkan adanya tangkapan dibuat berkaitan kes tersebut. Tak cukup dengan itu, timbul ugutan dari keluarga terbabit kerana tak puas hati dengan tindakan pihak kami membuat laporan polis. hmm.. bukannya nak minta maaf atas perlakuan anaknya tapi mengugut pulak tu! Panggil pulak "geng" nak gertak keluarga kami. manalah tak kecut ibu dan adik kami tu.

Usaha mengesan gagal kerana barang kes yang diserahkan tidak cukup kukuh. cap jari tidak dapat dikesan kerana peralatan yang ada tidak mampu mengesannya. senang citer tak berapa canggih. Yang canggih ada di IPP negeri atau nak canggih lagi di bukit aman!!! Apa yang menariknya tentang citer ni...bilamana kes dirujuk semula kepada pihak polis jawapan yang kami terima ringkas tapi bermakna. Kes ni akan disiasat mengikut prosedur biasa tapi kalau sesuatu kes ni MENARIK mungkin boleh dipercepatkan. Ustaz yang mendengar citer dari abang ipar timbul pelbagai rasa dalam hati.

Ni lah mungkin lumrah hidup dunia. Oleh kerana kita orang biasa atau kebanyakkan, bukan tokoh politik, bukan selebriti, bukan orang ternama maka nyawa kita yang terancam bukanlah sesuatu yang MENARIK PERHATIAN pihak berwajib. Ustaz tak salahkan pesepsi mereka sebab memang kita sedar...berpuluh kes malah mungkin beratus kes mereka kena hadapi setiap hari seprti yang kami lalui. Mungkin kes seperti ini bukan KEUTAMAAN pada mereka tapi bagi kami yang terpaksa memindahkan ibu dan adik keluar dari rumah kerana dah rasa terancam dan tidak selamat di situ merasa AMAT KERDIL kerana kami ORANG BIASA bukan golongan bangsawan , hartawan, usahawan atau kenamaan yang mampu MENARIK PERHATIAN mereka untuk SEGERA BERTINDAK. Teringat ustaz satu panggilan di radio IKIM berkaitan isu H1N1. Katanya .. di Malaysia ni kalau belum ahli politik atau orang kenamaan yang ditimpa musibah semuanya OK tapi kalau dah kena pada mereka barulah TINDAKAN SEGERA PERLU DIAMBIL!!!

FIKIR-FIKIRKANLAH ......


*** Tapi yang benar2 menarik , kami disaman trafik kerana memandu melebihi had laju di LPT berhampiran gambang ( maklumlah naik innova..140 tak rasa apa lagi!!! ) apa idaknya.. nak hantar abang ipar di Bangi lepas tu kena bekejar nak ambik kak Maryam Husna yang kami terpaksa tinggalkan bersama cikgunya di sabak kerana ada tuisyen UPSR . sabor je lah ...

5 comments:

Umar Safri said...

Layanan sepatutnya diberikan secara adil kpd seluruh rakyat tanpa mengira latarbelakang. Inikan era "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Apapun, didoakan semoga Allah SWT melindungi keluarga ustaz di Tggnu dan dipermudahkan segala urusan.

cikgu azimah said...

semoga ustaz dan keluarga tabah mengahadapi ujian dr-Nya...

muhammad fakhruddin said...

Hmm...kalau cukup menarik baru boleh buat siasatan,suruhanjaya Diraja,inkues ye...

Anonymous said...

SETUJU ... BETUL22222222X .

acidaini said...

kAN 1 mALAYSIA..rAKYAT DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN YANG DIUTAMAKAN..SO SAPA YANG MENARIK LEBIH DAHULU DI AMBIL KIRA..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails