Thursday, August 27, 2009

Nota Balaghah Tg4 Majaz Mursal

Siri nota balaghah Bahasa Arab Tinggi SPM kita teruskan dengan paparan tajuk Majaz Mursal .

Arahan soalan dibawah menghendaki calon mengeluarkan kalimah yang membawa maksud majaz mursal dan menerangkan alaqahnya ( علاقته ) . Setiap satu jawapan akan menyumbang markah. Kegagalan calon menjawab kedua2 nya akan menyebabkan pemotongan markah kelak.

استخرجْ المجاز المرسل مع بيان علاقته

Perhatikan maksud sebenar yang dikehendaki oleh majaz mursal di atas
Huraian lanjut ;

Dalam contoh 1 - " Racun telah dikebumikan di kubur "
perkataan racun tidak membawa makna sebenar dalam ayat ini kerana maksud sebenar adalah mayat yang mati disebabkan racun. Jadi alaqah atau hubungkait antara kedua perkataan ini adalah sebab atau punca kerana racun menjadi penyebab kematian tersebut. kalimah majaz di sini ialah racun

Dalam contoh 3 - " Berapa ramai ramai kami telah hantar bala tentera dan mata-mata "
Perkataan mata di sini tidak memberi maksud mata sebenar(pancaindera kita) tetapi yang dimaksud kan ialah penyiasat yang menggunakan mata mereka untuk menyiasat. Apa perkaitan mata dan penyiasat? mata itu sendiri adalah satu juzuk atau sebahagian dari keseluruhan diri penyiasat tersebut. Jadi alaqah disini dinamakan juziyyah atau sebahagian


Lihat contoh seterusnya




Antara arahan soalan yang lain adalah seperti berikut ;

بيّن علاقة المجاز المرسل فيما تحته خط مما يأتِي
وضّح علاقات المجاز المرسل في الكلمات التي تحتها خط فيما يأتي
Jelaskan alaqah majaz mursal pada perkataan yang bergaris


عيّن علاقة المجاز المرسل فيما تحته خط مما يأتِي
Tentukan alaqah majaz mursal pada perkataan yang bergaris
Diharapkan kepada semua calon bahasa arab tinggi SPM 2009 dapat mengambil sepenuhnya manfaat dari paparan ini.

BAT terus gemilang bersama ; arab2u.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails