Betullah kata pepetah .. penantian itu satu penyeksaan . Bila melihat gelagat anak2 berposa teringat ustaz zaman kita cam dia orang ni. Tahun ni adalah tahun pertama bagi abang Chik ( Ibrahim Adham ) iaitu anak ke 3 berposa. Maklumlah dah masuk 6 tahun kenalah ajar benda2 ni. Tak di ajar susahlah esok lusa ..
Alhamdulillah hari pertama posa tempohari , berjaya gak pujuk dia bersahur sama2. Maka berposalah dia bersama kami semua. Tapi nama pun budak .. masuk je tengahri dah mila meragam dan merengek mak itu nak ini. macam2 kami pujuk tapi tak menjadi nak bagi dia tutup mulut atau diam. " Abah... haus, lapaaaar " " nak air abahhh " haa.. tu zikir dia setengah hari suntuk. Puas tengok cartoon di Astro , bagi dia main game . tak menjadi gak.
puas main game .. suruh pulak dia tidoor ngan yang lain . Tidor tak boleh .... umpan dia susu dutch lady depan mata. Syaratnya minum masa buka sama2 abah ummi dan lain2 nya. Tak cukup tu, tayangkan gambar orang kebulur di afrika dalam komputer . " ha nah tengokkk!!! sian tak orang tak cukup makan "
" Posa ni ajar kita sabar, tahan susah macam orang2 yang susah kat luar sana " ujar ustaz lagi. "Bolehh sabar tak abang chik ? " soal ustaz lagi . "bolehhh " jawabnya sambil menangis. "Nanti balik umah atuk kat banting baru buka poasa ya ! " Nanti abah belikan macam2 kat bazaar ramadhan ya ! " pujuk ustaz lagi . Akhirnya bertolak lah kami balik ke Bukit Changgang di banting tu dengan melayan macam2 kerenah anak2 yang berposa. sabar je lah..
Tiba di kampung terus ke bazaar ramadhan yang sememangnya amat meriah di kampung tu. Maklumlah ... kampung ustaz tu berkumpulnya orang dari serata negeri untuk bekerja di KLIA. Tengok muka abak2 yang dah tak berapa nak senyum tu , sepantas kilat terus kami menuju ke bazaar ramadhan. Tengok tu nak, tengok ni nak jugak. Belilah semua sikit2 sebab nak memujuk anak2 ni.
Tapi bestnya ... bila abang Chik dapat je air .. terus masuk mulut!!!! " Allahu akbar .. abang chik napa dah minum air tu .. kan tinggal 15 minit lagi nak buka posa ? " . Selamba jawabnya " tak tahan dah abahhh " . Singgah tepi stall wak omar dia ( kembar ustaz) terus minum abih.
Hmm .. tu lah anak2. Kita orang tua ni kena pandai2 layan kerenah mereka. Yang penting ilmu keibubapaan zaman ni dah jauh berbeza seprtimana zaman ustaz dibesarkan dulu. Walau apaun melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dah jadi buluh tua kelak ... buat lemang je jawabnya!!!
Alhamduluillah masuk hari keenam hari ni .. abang chik dah boleh terima hakikat dia kena posa, kena tahan makan minum dari terbit fajar hingga ke terbenamnya matahari bersama semua ahli keluarga. Moga semua menjadi anak soleh dan solehah .. amiin.
## dulu masa kecik2 ustaz diajar ; "tak larat tak pe, makan jer. esok sambung lagi . hari ni setengah hari , esok setengah hari lagi. kumpul2 dapatlah banyak jugak posanya" he.he. masih terngiang2 lagi ungkapan tu di telinga ustaz hingga saat ini.

dengan wajah kepuasan anak2 ber posing ngan " jajan" mereka
Alhamduluillah masuk hari keenam hari ni .. abang chik dah boleh terima hakikat dia kena posa, kena tahan makan minum dari terbit fajar hingga ke terbenamnya matahari bersama semua ahli keluarga. Moga semua menjadi anak soleh dan solehah .. amiin.
## dulu masa kecik2 ustaz diajar ; "tak larat tak pe, makan jer. esok sambung lagi . hari ni setengah hari , esok setengah hari lagi. kumpul2 dapatlah banyak jugak posanya" he.he. masih terngiang2 lagi ungkapan tu di telinga ustaz hingga saat ini.
No comments:
Post a Comment