Saturday, August 22, 2009

MAMA BEBAS AKHIRNYA

MAMA VS WARDEN ? hmm ... dua perkataan yang tak dapat dipisahkan selama bertugas sebagai pendidik. Semenjak beralih ke Ldatu pada 1996 .. tugas sebagai wardeng adalah antara tugas besar yang perlu dipikul dan tak dapat dielak. Ntahlah .. mungkin wataknya yang boleh BERUBAH2 ( BEN 10 he.he. ) pentadbir nampak sesuai kot jadi warden tu !!!! Ustaz sendri pun pernah jadi warden dan ketua warden masa di LDtu tapi bila memikirkan komitmen utk family tak boleh diabaikan terpaksa ustaz berkeras menolaknya di intersaber. Dua2 warden ... jem lah benda2 kat umah tu kan!!

Alhamdulillah .. setelah sekian lama mama memikul tugas dan tanggungjawab sebagai wrden aspuri dengan kehendak Allah .. mama dapat berehat juga akhirnya setelah kehadiran guru baru ke Intersaber iaitu cikgu INAYAH dari Kajang ( option subjek Fizik ) . Tahniah, syabas pada cikgu Inayah kerana sikap sukarelawannya mahu menjadi warden. Tak semua orang baru sanggup memikul beban tugas ni. " insan terpilih" saja sanggup berbuat begitu.

Satu ; BEBAN KERJA bertambah dari yang sepatutnya.
Ke 2; ELAUN yang diterima manalah sepadan berbanding dengan sakit pala mengurus bebudak di asrama ... memang tak berbaloi! Apatah lagi warden yang duk dalam asrama sepenuh masa!!!!! Tak caya ??? tanyalah cikgu Hasfarina, teacher Huda atau sapa2 yang pernah merasainya seperti cikgu aja, teacher Norin, Cikgu Yati ! samalah gak ngan warden laki2 . Fuhhh .. semua rasa LEGAAAAA bila terlepas beban warden.
ke 3 ; KEBEBASAN ?? hilang sama sekali. Nak pegi mana ? Confirm pikir 4 kali sebab mengenang anak2 kesayangan di asrama. Jadi apa2 pun kena tengok jadual bertugas dulu, walaupun hari minggu .
ke4 TANGGUNGJAWAB . Ni yang paling besarnya . Apa2 hal warden kena dan perlu bertanggungjawab. Maklumlah bila duk ramai2 kat asrama tu .. apa2 boleh jadi. Yang baik berubah jadi tak baik, yang tak baik berubah jadi baik . Wardenlah antara insan yang paling besar peranannya untuk didik mereka semua.

Bagi ustaz dan mama sendiri ... kami menang seronok jadi warden. Antaranya dapat rapat ngan bebudak semua. Apa2 hal .. ngan kitalah mereka mengadu. Bila dah ada anak sendiri ... lagilah rasa dan sifat keibubapaan makin menebal. Tu menjadikan kami LEBIH INSAF. Apa2 pun nak buat pada dia orang fikir anak sendiri dulu. cuma YANG PALING PENTING dalam kerjaya "kewardenan " ni adalah rasa keikhlasan kita untuk menabur bakti dan sumbangan. Barulah kepuasan bekerja akan terjelma. Kalau idak .. semua tu menjadi beban atau macam2 perkara boleh berlaku. Bagi kami .. bila anak2 sendiri dah semakin besar, perlulah kita beri tumpuan dan perhatian pada mereka pula. Ya lah .. anak2 ni buka sekadar bagi makan minum supaya membesar dengan sihat tapi AKHLAK, BUDI PEKERTI, PENCAPAIAN PELAJARAN semua nya perlu diperhatikan dengan sungguh2 . Anak2 ni membesar sekali aje kan? Kalau kita mak ayah SIBUKKK memanjang ... terabailah mereka dari KASIH SAYANG kita . Mana nak cari ganti???? Jadi bukan ustaz nak larang mama terus menjadi warden tu cuma dah sampai masa fikirkan dan beri tumpuan pada keluarga sendiri. Lagipun bila dah ada baby Sumayyah komitmen sebagai warden memang tak dapat mama berikan 100%. Terima kasih pada adik2 warden yang banyak membantu dan men"cover" tugas mama selama ni. Jazakallah khairul jazak!! Di samping tu .. bolehlah beri peluang pada orang2 baru untuk mencuba keseronokkan menjadi warden tu. he.he.

Pada semua anak2 intesaber ; puteri khusus ... mama ucapkan terima kasih atas segala kerjasama kalian selama ini. maaf atas kekurangan dan kelemahan mama selama menjadi wardeng kalian. meskipun mama dan berehat .. kalian tetap dihati!!!! Mama sayangggggg kalian semua. Nak minta tolooong ? boleh jeeer ...

Kepada semua para WARDEN ....
Syabas , TERIMA KASIH atas bakti budi yang tercurah. Tiada ganjaran dunia dapat mengmbil alih KEIKHLASAN kalian menjaga dan mendidik anak2 di asrama tu. Kalianlah MAMA, IBU, UMMI, MAK. Kalian jugalah BAPAK, DADDY, ABAH dan AYAH kepada mereka. Moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha yang dicurah. Amiin.

Selamat menjalani ibadah puasa dari ustaz, mama dan anak2 di umah ni. Kami baru berkemas nak balik kampung di BANTING tengahari ni. Lusa Ahad kena balik semula sebab kakak Maryam Husna ada kelas tambahan UPSR ( harap dapat maintainkan 5A seperti dalam trial baru niii ya kak!!! ) Ustaz sendiri ada exam PTK hari selasa depan. Doakan result exam dapat 4 ya!!! Dapat 4 .. naiklah cikit gaji tu. Haaa.. pas tu bolehlah ustaz belanja semua. tapi bayar diri ya !!! hu.hu.

5 comments:

3t girl (bell) said...

salam ramadhan wat ustz sekuarge....
thank to mama coz da jd warden yg amat baek skali..
sgala p'ngrbnn diucpkan jazakillahhukhairankasira..
ustaz pn sme, even bkn warden,
tp ustz dpndang sprti warden yg amek brt ttng kami....ustaz n mama warden the best...

Unknown said...

hohoho...drpd cerita mama jd warden terkena juga watak Ben 10 tu.

Salam Ramadan untuk Ustaz sekeluarga =)

Izzati said...

ben 10 takleh lari ke mana dah..
hehehe..

syukran jazilan buat mama yg jaga kami selama ni..
jazakillahu khaira jaza' buat mama..
ustaz pun dah mcm warden kami juga..
jazakallah..
moga Allah berkati kalian..
barakallah fikum..

salam ramadhan buat ustaz dan mama sekeluarga.. =)

Engku Afnan said...

dr kami x-student,
terime kasih pd sume warden yg byk
menolong kami dan menjadi ibubapa di asrama
pd kami...segala pengorbanan warden2 sekelian
amat kami hargai n sanjungi..
sk duka, riang tawa, suka duka, sudah pasti
menjadi memori yg x dpt dibeli dan
diingati smpi kini...

Cikgu Zailani said...

Salam ramadhan...
Menjadi guru di zaman ini perlu lebih sabar, lebih tahan dan lebih tabah kerana situasinya amat mencabar. Apapun gembiralah dengan kerjaya seorang guru. Jangan stress.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails