Sunday, September 27, 2009

CERITA RAYA LAGI

27 SEPT .. AHAD 12 tghri

Assalamualaikum ... buat semua pengunjung budiman.

Alhamdulillah kami aselamat tiba akhirnya di kuaters SBPISB ni sebentar tadi jam 11.30 pagi. Tiba dari tganu malam tadi lewat pagi. Jam 2.00 pagi baru sampai di rumah Bandar Sri Ehsan tu . Maklumlah dah berumur ni ... tak larat mana mata nak berjaga malam. tu pun .... tuhan aje yang tahu tak laratnya nak memandu .. Sebaik saja landing +- 3 jam, badan pun segar bangun pagi. terus bersiap2 utk balik ke sabak. Kul 7 pagi tadi , kami pun mukla bertolak .

Sebelum terlupa ... sempat ustaz ambik gambar terkini SM Sain Hulu Terengganu di Kuala Berang. hmmm.. comel kan! mesti best mana2 cikgu dapat bertugas di sana . Dengar2 tahun depan dah mula beroperasi . Betul2 tepi jalan besar. Bangunan pun ada kelainan dan SMS yang lama 2 tu. Ngan SBPISB kita ni ada mirip2 lah ustaz tengok . Apa2 pun good luck pada mana2 student dan guru yang bajkal menghuninya nanti. Pada ustaz .... tempat tu tak penting . mana2 kita masih boleh berjaya. P0koknya orang bilang HATI & SIKAP !!!! betul tak?




Balik semalam dari tganu ke KL memang sama mencabarnya macam masa balik raya tempohari. Hujan lebat, jalan sesak ngan kenderaan. Nyaris2 juga kami terlibat kemalangan sebab masing bawa terlalu rapat. Bila kecemasan tuuu... masing2 kelam kabut brek! Alhamdulillah ok semua



Stesyen minyak, kedai makan ..... usah cakap sesaknya. semua full house!! Alhamdulullah kami dah siap2 bawa sikit bekal utk makan dalam perjalanan. Berenti buang air je ... tu pun kalau anak2 dah tak leh nak tahannn lagi. he.he. biasalah.



bila balik kampung .. ginilah rupa innova kami ..

Seperkara paling menarik , ha.... kami jumpa kak ecah mardhiah!!! ingat lagi tak? ha.. sekarang sambung di mesir ambik medic. Kami jumpa di RnR temerloh malam tadi. Sebaik saja kak maryam abis solat dia kata " macam kenal je kakak sorang niii? tapi ..... eheh .. salah orang nanti maluuu .. diam aje lah. " si kak ecah kamu pulak dah abis solat senyum je kat Maryam. lagilah dia konfius!! Keluar surau dia meluru bagi tahu ummi dia .. " ummi, ummi kakak jumpa macam kak aisyah laaa ... " ya ke ? " sahut umminya. Tak lama lepas tu muncul lah si ecah nya depan mata. " ya Allahhh ... panjang umur kamu " ustaz sapa. Rupanya dia pun baru balik kampung di Besut.


Walau apa pun buat aisyah dan anak didik intesaber yang lain , dimana saja kalian berada baik di mesir, australia, amerika , mahupun di bumi M'sia tercinta ... kami doakan selamat berjaya dalam memburu cita2 duniawi. Yang lebih utama akhirat usah dilupa ... hebat mana kita atas dunia ni tak keman pun. kerana kelak kita pasti kembali jua ke alam akhirat hanya dengan membawa apa yang kita AMALKAN DI DUNIA ni. Jadikan sifat EHSAN sebagai benteng menghadapi dan mengharungi cabaran dunia.

Kepada para pengunjung khususnya calon exam .. maafkan ustaz sebab seminggu dua ni asyik berceloteh citer macam2. maklumlah demam raya kan. Lepas ni bolehlah kembali menulis nota dan bahan periksa tu ya ..

Esok Isnin, sekolah kembali bermula dengan misi memburu kecemerlangan dalam PMR dan SPM nanti. Moga impian menjadi kenyataan .... SELAMAT BERJUANG DAN TERUSKAN PERJUANGAN !!!

WASSALAM ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails