Thursday, September 17, 2009

horey.. merdeka!!!

Aidilfitri 2009 pasti lebih menyeronokkan buat anakanda Maryam Husna kerana selesai menjalani 2 peperiksaan besarnya iaitu UPSR dan PSRA ( Sekolah Rendah agama ) petang tadi jam 4.30 petang . Kami tumpang seronok. Tapi itu tak bermakna boleh buat apa suka.... Moga kecemerlangan menjadi miliknya kelak.

Apa jua keputusan bukan persoalannya , apa yang penting adalah kesungguhan dan kegigihan berusaha untuk sentiasa berjaya. Tak berjaya , tidak cemerlang dalam periksa tidak bermakna gagal buat selamanya.








Buat rakan-rakan seperjuangannya .. alia, izzati, hikmah, ulfa, nadia, fazira,fatihah, puteri, anis, syaza, kamilia, izzatie, natirah dan nasyuha serta semua rakan seangkatan ... moga kalian turut berjaya. amiin.


selamat hari raya , maaf zahir batin.
Pada calon PMR SPM intesaber pulak ... raya berpada2. exam dah hampir !!! good luck dari kami.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails