Thursday, September 17, 2009

TERJAWAB AKHIRNYA

Asssalamualaikum buat semua ....

Semalam 16 september 2009 secara rasminya ustaz melaporkan diri ke SMAP Kajang pada pukul 6.30 petang setelah 3.30 jam perjalanan dari SBPISB. Satu perjalanan dan pemanduan yang pastinya amat berbeza dari sebelum2 nya. Sukar untuk ustaz nyatakan di sini. Cukuplah sekadar ustaz katakan ... bukan mudah keputusan ini nak ditelan. Apapun kami redha dan tawakal dengan ketentuan dan perancangan Allah.

perjalanan sulung dihidangkan dengan jalan jem pulak ...



Depan sekolah yang terbentang ngan bazaar ramadhannya

Terima kasih pada Puan Pengetua Hajjah Aminah, Penolong Kanan Cikgu Reza, Kaunselor Ummi Nafisah atas kesabaran menanti dari pagi lagi. Sempat kami berbuka puasa bersama sebelum ustaz kembali semula ke sabak bernam

Terima kasih juga atas keprihatinan pengetua ... membenarkan ustaz menangguhkan tugas dan terus membantu anak2 didik intesaber menghadapi exm pmr dan spm.

Proses seterusnya menguruskan perpindahan mama dan anak2 pula. Harap semua berjalan lancar. Ada rezeki kami bersama sebumbung lagi kot. Sejak ustaz bertugas ... memang tak pernah berasingan sekolah lagi ngan mama . Serasi dan sejoli kooot . hu.hu.



buat anak2 didik intesaber ... ingat pesan ustaz

1. hiduplah ikut gaya macam mana kamu nak tapi ingat akhirnya kamu tetap mati ;

2. sayanglah siapapun kamu mahukan akhirnya akan terpisah jua

3. Buat apa je kamu suka ( ikut suka hati akulah) tapi ingat .. setiap perbuatan kamu pasti dihitung .


Kepada sesiapa jua yang menyayangi kami. Tu lah hakikat yang mesti kita semua belajar menerimannya. Selama ini, semua anak didik yang kami sayangi pergi meninggalkan kami di intersaber... mungkin tiba giliran kami pula perlu meninggalkan kalian di sini. Ditinggal dan meninggalkan adalah lumrah kehidupan dunia. Bersabarlah menghadapinya ...

Walau apapun ... kalian tetap kami sayangi dan tersemat kekal dihati ini.

sayang selalu dari ustaz dan mama .....

8 comments:

Umar al-Longobi said...

Ustaz,

Tahniah! atas kenaikan pangkat. selamat bertugas di tempat baru. semoga semakin sukses di dalam dakwah ataupun tarbiyah.

salam lailatulqadar...

al_wafi said...

Salam ustaz..
x sempat ana nak jumpa ustaz hari tue..
ana tengok ustaz cam busy je..

Amir Izz said...

Salam ustaz
selamat bertugas ditempat baru
jasa dan nasihat ustaz dan mama kepada amir akan amir ingat selamanya
moga ustaz berjaya ditempat baru

Zallikha said...

Assalamualaikum ustaz!! hehehehe..da jadi pk hem skang ye! tahniah2...lepas ni jd pengetua kat intesaber plak ye! (huhuhu tym tu mesti saya da keje...)

terima kasih utk smua tazkirah ustaz yg mantop2 dan pengajaran ustaz yg best2!

"yg patah tumbuh yg hilang berganti..tp yg patah tu x de ape2 yg bole ganti!"hehehe...

muhammad fakhruddin said...

Zalikha...yg patah bukan x de ape2 boleh ganti,tapi umph nye dah x sama lg

Suratan taqdir,serba-serbi misteri...terselit sejuta hikmah

p/s:ada can org cheras nak jemput ustaz ceramah ni,hehehe =)

Izzati said...

Belakang rumah je smapk tuh..
Ustaz, ana ready nak jaga baby sumayyah.. =)

Akh Fakhruddin..nnt ana nak ikut! huhu..

Zalikha..jgn jeles pasni dah habis sekolah pun leh jumpa ustaz selalu..insya'Allah..

dr_afiq said...

salam.
kepada ustaz...insyaAllah.kedtgn ustaz dialu-alukan~

kpd k. Izzati..ada can nk pegi rumah..dekat je kan? hehehe..

safwan said...

la..ustaz da pndh ke?x smpt nk jmpe r..smg selesa di tempat baru, insya Allah..t.kasih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails