Wednesday, November 11, 2009

Bengkel Bina Blog SBPISB 2009

Alhamdulillah dengan izin Allah ... bengkel membina blog yang dinanti-nantikan rakan sejawat akhirnya tiba jua. Bermula jam 12 tengahari semua guru SBPISB yang masih berada di sekolah ( sebab tak keluar kursus, mesyuarat dsb ) mula berkumpul untuk makan tengahari di DM. menunya best !!!! ciken chop ..... hmmm .




Sebelum menjamu selera, program di mulakan dengan ceramah tatacara pemakaian tuala tu .. apa nama ustaz pun tak ingat. Ya lah ... masuk lambat sebab ada slot julang BAT untuk f4 . Sampai DM dah tak de orang. Alhamdulillah ada 2, 3 orang rakan yang lewat jugak.


Lepas makan terus, solat dan dengar pulak pengisian rohani dari ustaz fadzlan perihal solat sunat. Ada serba sedikit pengisian kerohanian dalam program gini ok lah .. paking tida mengingatkan kita dari kelalaian duniawi yang mempersonakan ni.


hmm ... tengoklah cerianya sebahagian rakan guru dalam bengkel ni. Apa idaknya ... selesai je bengkel masing2 bakal memiliki blog sendiri. Bolehlah lepas ni pakat mengeblog semua.



Cikgu Rhozali ( kanan) happy dengan blog barunya .. sejarahbest2u.blogspot.com. Dialah antara peserta pertama yang publish postnya ke internet . happy sungguh2 lah ... cikgu Hatta pulak (kiri) khusyuk sepanjang taklimat tapi sayangnya tak dapat menyempurnakan blog kerana kesilapan teknikal. Agaknya bukan khusyuk tuuuu ... tension kot!!! he.he. Tak apa ... esok lusa kita bantu siapkan blog baharu BM dia. Cikgu Nan ( bawah ) dan pasangannya cikgu azizah pulak rasa puas dengan kejayaan menyempurnakan blog masing2. Senanglah lepas ni. Nak cari bahan math ... masuk je lah blog dia orang tu.



alhamdulillah berikut adalah antara contoh paparan blog mereka yang dah siap . hmmm.. seronok benar dia orang bila dah siap hasil penat lelah mereka petang ni. syabas dan tahniah lah kerana berjaya akhirnya menyelesaikan tugasan petang ni. berbaloi-baloi datang petang ni. Pada rakan yang tak hadir jangan cemburu pulak .... bila2 boleh belajar dengan mereka ini .













Terima kasih bebanyak pada rakan blogger ustaz zaki ( tanya ustaz.blogspot.com ) yang turut membantu menjayakan bengkel hari ini. Sebenarnya kami bahagi 2 slot. slot 1 ustaz beri tatacara penyediaan blog. Dari mula buat email dalam google hingga siap tapak blog. Setelah selesai edit dan setting blog masing2, slot 2 diidi pula oleh ustaz zaki iaitu bahagian penulisan artikel, add image dan video dalam post dia orang semua. Ok lah nampak mudah ikut apa yang diajarkan.


Sebelum lupa .. kami ucapkan bebanyak terima kasih pada mentor kami dalam blog iaitu anakanda faka kerana atas daya usaha dan pujuk rayu dialah kami akhirnya kami bergelumang dalam dunia blog ini. Tanpa disangka2 pula ... akhirnya kami pulak yang diberi tanggungjawab utk membimbing rakan lain ke dunia blog ni. Moga segala usaha ini akan diangkat menjadi amal soleh yang membuahkan kebajikan dan manfaat buat semua

InsyaAllah bila semua dah berjalan lancar.. akan datang ustaz akan paparkan list blog mereka buat makluman anak didik intersaber dan pengunjung semua. ok jumpa lagi dalam perkembangan terbari kelak.



2 comments:

Hamzah Marwan said...

salam...wah, tahniah buat guru2ku semuanya..moga manfaatnya berkekalan:)

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustaz,
secangkir ilmu blog yg saya bg utk ustaz secara online x sama nilainya dgn ilmu bahasa arab & ilmu agama yg ustaz berdua ajar saya secara talaqi di bumi Intersaber tu...

Saya ada projek baru utk ustaz,ustaz tanya2 kat cikgu rashid pasal wordpress self-hosted[nanti tahulah cikgu rashid nak explain]

sbb blog tanyalah ustaz tu dpt byk offer utk jd blog wordpress self hosted,saya pindahkan ckit rezeki tu ke cni,he3x =)

p/s:saya x pujuk rayu ustaz sgt la...ingat pesan mentor ustaz a.k.a guru cemerlang BM saya tu, kalau tak dipecahkan tempurung manakan dapat sagunya(belum blog belum tahu manfaatnye,he3x)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails