Thursday, November 5, 2009

tv9 pelawa pengacara?

Alhamdulillah segala pujian kehadrat Ilahi atas segala nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga.

Pengalaman baru dan menarik untuk dikongsi ....
Hmm .... al kisah bermula bila mana awal pagi 4hb lalu ustaz buka blog ni seperti biasa sebelum memulakan kerja sebagai pendidik ni. Opss!! apa ni? Pengacara bahasa arab untuk tv9? biar betul ni!!! macam tak nak percaya tapi macam boleh percaya ... tak kan ust Nik Tarannum nak main2. Lagi pun selama ni memang ust tak pernah mengenali beliau kecuali melalui rancangan menariknya " mari bertannum" tu.

Ustaz pun memberanikan diri menghubungi beliau . Hmm ... rupanya memang betul . Sah lah apa yang dimesejkan pada ustaz tu. Setelah berbincang dan minta sedikit penjelasan lanjut, akhirnya ustaz mohon kebenaran pengetua untuk ke sana pagi tu.

Bergegaslah ustaz dari sekolah. Kebetulan di sekolah ada program Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2009 . Sebaik selesai perasmian penutupan, ustaz terus bergerak ke Seri Pentas Damansara. Macam2 perasaan dalam hati ni. Boleh ke aku ni? layak ke? Tapi didorong rasa ingin tahu dan inginkan mencari pengalaman baru ... gagahkan diri jugalah untuk mencuba.

Bak kata mentor ustaz Tuan Haji Rizuan Atan ; " Kalau kita nak apa saja dalam dunia ni .. mesti bertindak untuk mendapatkannya, nak ikan mesti letak jaring. Tak ada jaring besar dan baik .. jaring kecil dan koyak pun tak apa ... asalkan kita dah letak. Ada rezeki dapatlah ikan tu. Tak ada rezeki paling tidak kita dah ada usaha mendapatkannya. Kalau tak usaha ..... cerita panjang lebar berhari-hari pun tak jadi apa. Habuk pun tak ada! "

Maka akhirnya bertemulah ustaz dengan dua orang pegawai yang bertanggungjawab iaitu Puan Aizah Mahani ( kanan berbaju biru ) selaku penerbit dan puan ilmi ( kiri baju oren tu ). Seperkara lagi ... bertembung pulak ustaz dengan saudara mazidul depan pintu sebelum jumpa 2 pegawai tu. He.he. ... bagi kita orang awam dan kebanyakkan ni perasaan suka dan teruja sedikit sebanyak pasti wujud dalam situasi begini. Maklumlah ... selalunya tengok tv je. Manalah berangan sampai nak menjengah ke dalam stesyen tv tu...


Pihak tv9 sedang menemuduga calon2 untuk mengisi slot bahasa arab yang akan diterbitkan tahun hadapan . Jadi panjang lebarlah kami berbual. Apa pun satu pengalaman menarik dalam hidup ustaz. terima kasih pada puan aizah dan puan ilmi atas baikbudi dan layanan baik yang diberi. sempat lagi belanja ustaz makan laksa ... terima kasih lah. Lain kali datang seri pentas ustaz pulak belanja kalian berdua ya ... YANG PENTING bagi ustaz bukan soal pelawaan atau inginkan tugas pengacara tu , tapi bagaimana proses kita MEMBINA HUBUNGAN itu berjalan dalam komunikasi seharian kita baik sesama rakan sendiri yang kita dah kenali termasuk anak isteri suami ataupun dengan orang yang tidak kita kenali dengan rapat. Ustaz fikir dan yakin banyak persoalan dan permasalahan wujud dapat diselesaikan melalui kaedah hubungan baik ini. Dimaklumkan ramai pensyarah dan ustaz2 yang telah menjalani proses pemilihan dari awal pagi. Ustaz datang ... untuk mendapat gambaran jelas tentang pelawaan yang diberi. Tidak mudah, mencabar dan memang memerlukan komitman tambahan dari kita. Ada kemampuan ustaz akan cuba , kalau tidak pun ... ustaz dah mempelajari satu lagi pengalaman baru dalam hidup. betul tak???




Sebelum keluar sempat juga posing depan konti . Kebetulan AG sedang ke udara di radio waktu tu. Sekali lagi syukran atas pengalaman yang diberi. Ustaz doakan mereka dapat menjalani kehidupan harian dan melaksanakan tugas dengan baik serta dirahmati Allah. Lucunya .. kat sekolah dah sibuk cikgu2 panggil ustaz selebriti !!! siap nama baru lagi ... ustaz amir hay . he.he. biasalah kawan2 bergurau




Pesan kepada anak didik semua ;

Serlahkan dan manfaatkan sepenuh potensi diri agar ia memberi kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk semua


Jumpa lagi .....

5 comments:

teacher azimah said...

wah wah...'ustaz hay' ya. balik umah mael pun sibuk dok citer hehe.. klu dpt jd pengacara, kuar muka kat tv mesti iman excited tgk ustaz amir ayah kak ijah kat tv hehe...insyaallah,klu dah rezeki ustaz dpt le tu :)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

assalamualaikum ustaz,

penulisan / content yang bagus.. dan semoga Allah memberi laluan kepada ustaz untuk mengisi rancangan yang bakal diterbitkan nanti.. insyaallah.. :)

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustaz,
besar sungguh penangan blog ustaz ni...
sampai ustaz nik azizan tu pun dapat detect
sebagai anak murid a.k.a rakan kongsi blog,saya ucapakan selamat maju jaya utk ustaz =)

p/s:doakan saya exam minggu dpn ni ye ustaz

sf said...

Subhanallah,tahniah ustaz, Tahniah3X, Alfu Mabrook,semoga ustaz terus maju jaya dalam segala lapangan yang diceburi. Begitu lah janji Allah..إن تنصروا الله ينصركم(jika kamu menolong Allah, Allah akan menologn kamu pula)

TegakKan KalimatuLlah dengan Bahasa Arab.

Safi-SAMTTAR Sg. Manggis.

bahirah said...

harap2la ustaz terpilih...amin...;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails