Monday, December 28, 2009

Mesyuarat .. banyaknya kerja?

Assalamualaikum buat semua,

Menjelang tahun baharu 2010 ... semua orang memperkatakan sesuatu yang baharu. Azam baharu , harapan tahun baharu . Pada ustaz , semua tu tak lari dari konsep hijrah atau perubahan yang sememangnya fitrah alam. Mahu tak mahu , rela atau tidak kita tetap akan diubah dan sememangnya setiap saat kita kena berubah. Dari sehari ke sehari, dari semasa ke semasa.

Hari ini kita di alam kanak2, esok kita melangkah ke alam remaja, atau ke alam lebih dewasa dan tua seperti ustaz ni. Hari ini kita di zon selesa dengan kepimpinan yang kita senangi , esok lusa kita tak pasti apa perubahan akan berlaku. Hari ini kita aman, esok lusa ntah bagaimana ... yang penting kita berfikiran positif , melihat sesuatu dengan mata hati kerana Allah maha bijaksana lagi maha mengetahui apa2 yang kita tidak tahu.

Sebagai warga pendidik, rutin kami bila menjelangnya sesi baharu ... kita bermsyuarat untuk merangka, menyusun, merancang pelan tindakan tahun hadapan. Contohnya hari ini kami meghadiri mesyuarat pengurusan sebelah pagi, petang mesyuarat kurikulum, esok pagi pengurusan Hal Ehwal Murid, belum lagi mesyuarat Bidang, Panitia dan macam lagi. Lancar atau tidak program 2010 ... bergantung bagaimana kita merancang perjalanan tersebut dan seterusnya melaksanakan. Gagal kami merancang bermakna kami meracang untuk menemui kegagalan di tahun 2010 kelak.

"Jadi cikgu mudah, senang je, pergi sekolah pagi, tgahri dah balik." Itulah ungkapan biasa bila sebut pasal cikgu . Kekadang rasa geram dalam hati tapi apakan daya ... dah itu pandangan orang. bersabar aje lah. Itu belum lagi sindiran atau penghinaan dari golongan tertentu yang rasa hebat dalam diri. " cuma jadi cikgu aje? " Walhal sapa dia tanpa cikgu ? Boleh dia hebat tanpa golongan bernama guru ini?

Nak cerita bebanan kerja ..... hanya Allah lebih mengtahui. Bayang setiap guru kena urus semua perkara berkaitan tentang diri seorang murid. Kecemerlangan akademiknya, peranganinya, kehebatan kokurikulum nya. Dia lah guru kelas, dialah jurulatih permainan di padang, dialah guru keceriaan sekolah, dialah nak ajar ngaji di surau, dia lah kena bawak murid sakit waktu malam .... bayangkan tanggungjawabnya. mungkin yang tak pernah rasa atau bukan guru tak percaya tapi yang dah melaluinya ... itulah hakikat seorang cikgu. Satu masa ustaz terima SMS dari seorang rakan : " mana boleh cam tu banyaknya tugas saya, bukan sikit tanggungjawabnya, koko kena, HEM lagi, Kurikulum lagi ... saya memang tention lah macam tu " ; Setengah yang lain pulak " benyaknya kerja, lepas mesyuarat ni !! "

Cuma pesanan ustaz pada rakan guru ... lapangkan dada, positifkan minda, mulakan dengan niat yang ikhlas, lakukan kerja kita itu dengan pemahaman yang baik dan betul akan setiap tugas kita agar bila sahaja kita bertemu Allah segala kerja kita diangkat menjadi amalan soleh disisi Allah. Jadikan kerja menjadi IBADAH. Hanya Allah dapat membalas segala usaha dan pengorbanan mu wahai guru.

Teruskan perjuangan ...

1 comment:

IMmeHuda said...

salam ustaz...betullah ustaz..mmg banyak betol kerja kita warga Intesaber menjelang 2010 ni..tapi tak apa..kena semangat! semoga tahun 2010 mendatangkan lebih banyak kejayaan buat semua warga SBPISB...amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails