Monday, January 4, 2010

masuk sekolah

Alhamdulillah , akhirnya muncul juga 2010 .... membuka lembara baru, proses dan amalan biasa sudah tentunya urusan persekolahan anak2. Tahun 2010 bertambahnya koleksi anak di SK manakala si kakak masih menunggu tawaran dari MRSM dan lain2 permohonan.




Persiapan untuk sekolah sememangnya sesuatu yang memeningkan bagi setengah ibubapa. Maklumlah bukan sedikit wang ringgit yang perlu disediakan. Si anak2 ni kekadang dia tak reti atau faham dengan susah payah ibubapa mereka. Ustaz dan mama memang selalu bercakap dan cerita ngan anak2 pasal susah senang kami membesarkan dia orang semua. Bukan apa ... supaya mereka faham dan menghargai apa yang ada.




Alhamdulillah nampak tenang je anak ke 3 @ abang Chik ni nak ke sekolah. Pendaftarannya pun ok je dia. Mudahan2 cepat dia menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.




Kemasukan anak ke sekolah menengah sudah tentunya lebih berat kerana kos juga makin bertambah. PAda anak2 yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana2 asrama , belajarlah menghargai peluang yang terhidang. Bukan mudah hari ini untuk menempatkan diri di sekolah2 berasrama. Tambahan pulak sperti MRSM, SBP hatta SMKA sekali pun.

Apa pun.. selamat mendaftar buat calon tingkatan 1 ke SBP pada 11 hb depan.

Jumpa lagi ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails