Wednesday, March 31, 2010

Sekadar Renungan dari NKI ke 30

Alhamdulillah .. dah lama ustaz nak memperkatakan sesuatu perihal NKI ni tapi tak berkesempatan . Baru ada sikit masa setelah buat seketika bersesak nafas dengan pelbagai aktiviti pelajar yang tiada penghujungnya .
Buat semua para peserta pastinya hilang rasa gundah gelana tatkala berpeluang mengikuti explo riadah yang dijalankan semasa NKI lalu. Melihat kegembiraan mereka hilang juga rasa penat lelah selama membuat persedian akhir khususnya








10 stesyen melibatkan pelbagai aktiviti disediakan sepanjang laluan . Pasang jebak, buat perahu, rebus telur, isi air dalam PVC, kemahiran berkompas dan lain-lain lagi.




Dalam melalui semua tu , apa agaknya yang terlintas dalam diri para peserta ? Pernah tak sesiapa dari mereka atau guru sendiri, atau para pengunjung budiman berfikir ... bagaimana agaknya PERSEDIAAN mereka sebelum tu ? Susah tak agaknya bila membuat program sebesar tu dengan masalah kewangan yang amat terhad? Berapa ramai pelajar dan guru yang tak dapat tidur lena sepanjang program berjalan ya?

Agaknya macamana tahap kerjasama guru dan pelajar sepanjang melaksanakan tugas persediaan tu? Semua AJK turun membantu ke? Atau hanya senarai sahaja? Apa agaknya perasaan kita kalau orang atau rakan yang kita harap dapat membantu tak muncul2 untuk membantu? Sekadarkah kita dalam setengah keadaan , di saat kita lena dibuai mimpi ada orang yang bersengkakng mata menggantikan kita? Atau menjaga keselamatan kita? Atau menyelesaikan tugas yang sepatutnya menjadi t/jawab kita?



Tahukah kita bahawa kebiasaannya orang yang berbakat atau berkebolehan atau terkenal dengan rajinnya sering diasak dengan bebanan tugas yang tiada menghujungnya? Adilkah bagi mereka ini? Rakan yang lain bagaimana?


Sedikit jamuan BBQ diadakan untuk abang-abang "DRIVER" ....

Pemandu? Guru ? Sedarkah kita kekadang orang melihat kita tidak penting bagi mereka? Terutama orang yang diberi sedikit "kelebihan" oleh Allah atas dunia ini samada berupa ilmu, harta benda, pangkat dan darjat atau apa saja . Apa perasaan kita bila dilihat atau diperlakukan demikian? Mungkin juga kita sering lupa tatkala kita bergembira menikmati hidangan yang enak ... ada manusia lain yang MEMBANTU kita mengutip sampah sarap bertaburan atau berlonggok hingga berulat dari sisa makanan kita walhal kita sendiri tak sanggup melakukan kerja itu . Tak penting ke mereka ini dalam hidup kita?

GURU PENGIRING ... Cuba bayangkan barisan guru kita ini yang terpaksa mengurus siang dan malam, berjauhan pulak dari anak sendiri yang ntah bagimana di rumah, terlibat pulak sebagai fasilitator sepanjang program 4 hari 3 malam . Belum lagi memperkatakan perihal kebajikan mereka semasa program berlangsung .. Ini baru satu aktiviti . Bagaimana pulak dengan kegiatan sukan di sekolah? Pasukan Beruniform ? kegiatan kecemerlangan akademik yang memang menjadi teras utama di SBP ini? Belum lagi bercerita guru yang sama menjadi warden di asrama mengurus 500 hingga 900 pelajar setiap hari! Maka bila keluar isu GURU TERSEKSA dan orang melihat guru menanggung beban kerja yang amat berat maka terfikir dalam benak hati kecil ini .... Semua tu berbalik atau terpulang kepada diri sendiri. Apa niat kita menjadi guru? Sedarkah kita bahawa tugas mendidik adalah tugas yang sangat BERAT kerana ia mewarisi tugas para nabi terdahulu. Adakah kita memiliki , mengamalkan konsep Kendiri yang positif atau negatif? Jika kita meletak nilai IMAN dalam setiap gerak kerja kita.... pasti kita berbangga dan bersyukur menjadi guru kerana telah terbentang ruang yang amat luas di depan mata yang bakal menjadi 1 dari 3 aset yang dijanjikan Nabi Muhammad untuk setiap anak Adam yang akan KEMBALI bertemu Yang Maha Pencipta kelak.


ILMUAN ISLAM .... Melihat dan duduk bersama barisan panel diskusi malam tu , terlintas dalam benak ustaz ni , mampukah aku seperti mereka berdua ni ya? tokoh masyarakat yang hebat .... bukan sahaja berjuangan untuk diri dan keluarga lebih dari itu untuk umat sejagat! Apakah mereka menjadi idola remaja kini? Atau siapa mereka di kaca mata para pelajar ??


Perasmi ... Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia hadir merasmikan majlis Penutupan NKI ke 30 di Intesaber . Apa yang boleh difikir-fikirkan .... Bagaimana agaknya urusan protokol dijalankan sepanjang majlis yang dihadiri orang kenamaan seperti ini? Sempurna ke tidak perjalanan majlis? Bersediakah penganjur menghadapi sebarang perubahan di saat-saat akhir bila melibatkan orang "kenamaan" ? Adakah protokol yang dicipta manusia banyak memudahkan atau menyusahkan manusia sendiri? Apa yang pasti bila ada kenduri kendara samada besar atau kecil pasti akan ada pinggan, piring atau gelas yang pecah di sana sini .... Dengan belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain kita sebenarnya belajar menghargai mereka kerana sesungguhnya tiada manusia atau tiada tindakan manusia yang sempurna di dunia ini.



Apa pun persoalan yang bermain di dalam benak fikiran kita ... bagi ustaz NKI kali ke 30 yang lalu tetap memberi ilmu baru dan pengajaran amat berharga dalam hidup ini. Sebanyak mana cabaran, masalah yang timbul jika kita tangani secara positif akan menghasilkan nilai postif dalam diri dan orang lain.

Dengan menjadikan BERFIKIR sebagai budaya dan amalan kita serta sentiasa berusaha belajar memahami orang lain kita sebenarnya mengajar diri kita untuk lebih memahami diri sendiri dan menghargai orang di sekeliling kita serta menghargai apa jua peluang yang ada di depan mata


Salam NKI dan ukhuwwah Islamiyah buat semua bekas peserta NKI ke 30 tahun 2010

Friday, March 19, 2010

nota qawaid نائب الفاعل

Alhamdulillah .. kita teruskan siri perbincangan qawaid ini. Kali ni ustaz buka pada perbincangan umum ... bolehlah sapa-sapa berkemahiran , bantu rakan2 atau anak2 kita yang sedang mempelajari bahasa arab ini agar lebih memahami tajuk ini .

Meskipun paparan ini ustaz ambil dari buku teks tg 2, tapi tajuk atau kandungannya tetap releven untuk calon SPM ..

Feel binak maklum ; feel madi atau mudhori' yang dapat kita kenalpasti pelaku atau fael di dalam ayat tersebut sebagai contoh ayat di atas ...

1. Ahmad membaca al quran 2. Pelajar lelaki itu sedang menulis cerita

dalam ayat ini kita tahu pelaku adalah ahmad dan pelajar lelaki manakala kalimah al quran dan cerita berada pada posisi mafu'lum bihi. maka feel dalam ayat ini dipanggil feel binak maklum





adapun

Feel minak majhul ; feel madi atau mudhori' yang tidak diketahui siapa pelaku atau fael dalam ayat tersebut . Contoh

1. Al Quran itu dibaca 2. Cerita itu ditulis

dalam ayat ini kita tidak mengetahui siapa pelaku perbuatan tersebut maka feel ini dikenali sebagai binak majhul dan kalimah al quran dan cerita yang sebelumnya dalam kedudukan mafu'lum bihi kini bertukar tempat sebagai naib fael




Naib fael ; kata nama marfu' yang terletak selepas feel binak majhul . Asal kalimah dari mafu'lum bihi , apabila fael di hilangkan maka ia mengambil alih tempat fael dan hukumnya marfu' .



mantap qawaid bersama arab2u ....

Friday, March 12, 2010

mari i'rab kalimah


 

 

Sebelum kita memulakan latihan i'rab perhatikan catatan di atas. Lihat perbezaan antara dua kalimah iaitu ( الإسلام ) dan ( هؤلاء ) . Kalimah ( هؤلاء ) tetap kekal iaitu tidak berubah baris akhirnya ( berbaris bawah) walau dimana sekalipun kedudukannya samada berada dipangkal ayat atau pertengahan. Ini dipanggil mabniyun. Manakala kalimah ( الإسلام ) berubah baris hujung mengikut perubahan kedudukan dalam ayat. Kalimah ini dikenali sebagai mu'rab

Apa yang penting dalam i'rab ... adalah 3 perkara berikut.

1.     Posisi kalimah @ mauqi' موقع الإعراب ),

2.     Hukum i'rab حكم الإعراب     

3.     Tanda i'rab ( علامة الإعراب ).

 

Posisi i’rab (  موقع الإعراب  )  berubah mengikut tempat dan kedudukan dalam ayat seperti mubtada (  مبتداء  ), khabar (  خبر  ) , mafu’lumbi (  مفعول به  )  , hal ( حال  )  , sifat (  صفة   )

 

Hukum i'rab  ( حكم الإعراب )ada 4 iaitu marfu' (  مرفوع ) , mansub (   منصوب  ) , majrur (  مجرور   ) dan majzum (  مجزوم ).

 

Tanda i'rab (  علامة الإعراب   ) pula seperti baris depan, baris atas, baris bawah dan baris mati ( ini adalah tanda asas) selain itu ada tanda lain iaitu huruf alif, wau, ya serta 2 tanda tambahan yang diguna pakai dalam feel mudhori' terpilih @ ( afa'l khomsah ) iaitu subut nun ( kekal kuruf nun ) dan hazaf nun ( buang huruf nun )



Berikut adalah beberapa contoh posisi atau mauqi' dalam i'rab dan hukumnya. Sebagai contoh posisi mubtada dan fael mesti berada dalam hukum marfu' manakala mafulum bih mesti hukumnya mansub dan begitulah seterusnya

 




Lihat contoh i'rab berikut ;





Perhatikan carta dibawah. Kepada calon  SPM mari kita i'rabkan jumlah ayat tersebut.



 اشتركُ في الدورة التشجيعية

saya menertai kursus motivasi

أشتركُفعل مضارع مرفوع بالضمة)

perbuatan ini dihukumkan marfu' (  مرفوع   ) kerana tidak didahului oleh mana-Mana huruf nasab ( mansub ) atau jazam ( majzum ) maka ia kekal dalam hukum asalnya

 

الدورَةِ ) اسمٌ مجرور بالكسرة)

  kata nama ini pula beubah hukumnya dari yang asal iaitu marfu' kepada majrur kerana didahului oleh huruf jar aiaitu ( في ) maka hukum bacannya turut berubah


أراجع الدرس مراجعة تامة

saya mengulangkaji pelajaran dengan ulangkaji yang sempurna

  

أراجع فعل مضارع مرفوع بالضمة و فاعل ضمير ( انا)

الدرس ) مفعول به منصوب بالفتحة)

مراجعة ) مفعول مطلق منصوب بالفتحة)

تامة ) صفة منصوب بالفتحة)





Semoga paparan ini membantu para calon untuk memahami apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan lebih mendalam. Selamat maju jaya ..


Wednesday, March 10, 2010

SPM OH SPM

Assalamualaikum buat semua pengunjung

Cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi result SPM 2009 bakal diketahui. Ya Allah hanya padaMu kami berserah . Apa pun keputusan yang bakal keluar esok, didoakan semua tabah menghadapi dan menerimanya. Lebih penting dari itu REDHA dengan segala ketentuan Allah, berbaik sangka dengan ketetapanNya.

Kami guru-guru intesaber sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian semua. Jauh disudut hati ini, pasti mengharap paper Bahasa Arab Tinggi akan terus melonjak dan meningkat dari sebelumnya. Amin ....

Jumpa ESOK !!!

Saturday, March 6, 2010

Persediaan Hari Terbuka Asrama

Persediaan akhir sempena Hari Terbuka Asrama Intesaber 2010 ..





Semangat nampak nak memulakan jualan esok pagi ... jual apa agaknya tu!


Ustaz Fazlan tak ketinggalan memantau anak buah Helium nya membuat persediaan akhir malam ni


Ha .. kemas, hias, jangan tak hias !!!


Awal pagi dimulakan dengan senamrobik warga asrama
diikuti sarapan pagi
Mesyuarat PIBG
Jualan bermula
Pertandingan melukis poster kulit buku teks
Pertandingan mewarna kanak-kanak
Catur dll
malam .. persembahan nasyid istimewa bersama Nowseeheart


Berita lanjut dalam http://hemsbpisb.blogspot.com esok .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails