Friday, March 12, 2010

mari i'rab kalimah


Sebelum kita memulakan latihan i'rab perhatikan catatan di atas. Lihat perbezaan antara dua kalimah iaitu ( الإسلام ) dan ( هؤلاء ) . Kalimah ( هؤلاء ) tetap kekal iaitu tidak berubah baris akhirnya ( berbaris bawah) walau dimana sekalipun kedudukannya samada berada dipangkal ayat atau pertengahan. Ini dipanggil mabniyun. Manakala kalimah ( الإسلام ) berubah baris hujung mengikut perubahan kedudukan dalam ayat. Kalimah ini dikenali sebagai mu'rab

Apa yang penting dalam i'rab ... adalah 3 perkara berikut. pertama posisi kalimah @ mauqi' ( موقع الإعراب ), kedua hukum i'rab ( حكم الإعراب ) dan letiga adalah tanda i'rab ( علامة الإعراب ). Hukum i'rab ada 4 iaitu marfu' , mansub, majrur dan majzum . Alamat @ tanda i'rab pula seperti baris depan, baris atas, baris bawah dan baris mati ( ini adalah tanda asas) selain itu ada tanda lain iaitu huruf alif, wau, ya serta 2 tanda tambahan yang diguna pakai dalam feel mudhori' terpilih @ ( afa'l khomsah ) iaitu subut nun ( kekal kuruf nun ) dan hazaf nun ( buang huruf nun )


Berikut adalah beberapa contoh posisi atau mauqi' dalam i'rab dan hukumnya. Sebagai contoh posisi mubtada dan fael mesti berada dalam hukum marfu' manakala mafulum bih mesti hukumnya mansub dan begitulah seterusnya.


Lihat contoh i'rab berikut ;



Perhatikan carta dibawah. Kepada calon BA Tinggi SPM mari kita i'rabkan jumlah ayat tersebut.



اشتركُ في الدورة التشجيعية
saya menertai kursus motivasi

أشتركُ) فعل مضارع مرفوع بالضمة
perbuatan ini dihukumkan marfu' kerana tidak didahului oleh mana-mana
huruf nasab ( mansub ) atau jazam ( majzum ) maka ia kekal dalam hukum asalnya

( الدورَةَ ) اسمٌ مجرور بالكسرة
kata nama ini pula beubah hukumnya dari yang asal iaitu marfu' kepada majrur kerana didahului oleh huruf jar aiaitu ( في ) maka hukum bacannya turut berubah


أراجع الدرس مراجعة تامة
saya mengulangkaji pelajaran dengan ulangkaji yang sempurna

أراجع ) فعل مضارع مرفوع بالضمة و فاعل ضمير ( انا)
الدرس ) مفعول به منصوب بالفتحة
مراجعة ) مفعول مطلق منصوب بالفتحة
تامة ) صفة منصوب بالفتحة

Semoga paparan ini membantu para calon untuk memahami apa yang telah dipelajari di dalam kelas dengan lebih mendalam. Selamat maju jaya ..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails